Anda di halaman 1dari 4

Bidang Makna Bidang makna ataupun semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu

linguistic kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa menurut
R.H. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu
bahagian yang penting dalam linguistik am. Selain itu ada lagi tokoh-tokoh yang
mengemukakan pendapat yang lain. Firth (1994) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti
dalam sesuatu kajian bahasa. Berdasarkan pernyataan bagi ketiga-tiga tokoh diatas, makna
merupakan perkara yang sangat penting, sekiranya kita membaca sesuatu ayat ataupun
menulis ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya, maka tidak sempurnalah. Seharusnya kita
perlu mengetahui makna apa sahaja yang kita baca, kita tulis. Dalam bidang linguistik ,
semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim,
2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas, dimana ianya
mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian
psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu
antaranya ialah makna afektif, makna leksikal, makna konseptual, makna konotatif, makna
kolokatif, makna tematik dan banyak lagi. 2.0 Jenis-Jenis Makna 2.1 Makna Konseptual Melihat
pada makna konseptua, perkara yang paling utama perlu kita tahu adalah apa itu konsep dalam
sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan makna konsep makna yang paling penting
dalam bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentafsir makna, memahami ujaran,
ataupun membuat intterpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini
bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya makan sebarang
analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal demikian pemahaman
konsep adalah mustahak. Makna konsep ini mencakup komponen seperti benda, tindakan,
proses, keadaan atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974), pula, di
dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu
sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula menyatakan
bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan
konsep pemikiran. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran
yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu Segitiga
Semiotik. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Oleh sebab
itulah dalam formulasi tersebut meletakkan pemikiran itu pada tahap yang paling atas.
Organisasi makna konseptual ini adalah rumit. (Kushartanti et. al., 2005). Cuba lihat contoh
perkataan iaitu wanita dan juga perempuan. Sekiranya dilihat secara rasionalnya, kedua-dua
perkataan tersebut mempunyai makna yang sama iaitu seorang yang dewasa, bukan laki-laki.
(Kamus Dewan, 2001). Leech (1974) pula mengaitkan konsep itu dengan berdasarkan dua

prinsip iaitu prinsip konstrantif dan juga prinsip struktur konstituen.contohnya, konotasi antara
wanita dan juga perempuan adalah berbeza. Buktinya wanita boleh dispesifikasikan sebagai
wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita sopan tetapi apabila kita tukar kata wanita itu kepada
perempuan ianya akan menjadi perempuan dewasa, perempuan solehah, perempuan
bekerjaya. Dapat dilihat apabila kata wanita itu digantikan dengan kataa perempuan ianya akan
menjadi kurang sesuai untuk mengucapkannya. Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai
dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang
dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh
difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap iaitu Fonologi, Sintaksis, dan
Semantik. Bagi penutur, tindakan yang pertama ialah mengenkod makna apa yang hendak
dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar
pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. Dalam
menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu lakukan ialah menetapkan reprentasi Fonologi
dan juga reprentasi Sintaksis dan juga reprentasi Semantik. Reprentasi yang sering
diperkatakan ini bermaksud sesuatu yang melambangkan, menggambarkan atau menyatakan
sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau penyataan. (Kamus Dewan, 2004). Konsep
memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami, memutuskan buah
fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna
sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi
penggunaannya, maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna
gramatikal (Kushartanti et. al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal.
Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya,
maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagi akibat berlakunya proses
gramatikal. Contohnya seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Tetapi menurut
Setiawati Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut
memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. (Kushartanti et. al., 2005). 2.2
Makna Konotatif Apa yang dimaksudkan dengan makna konotatif ialah makna yang ada kaitan
dengan nilai rasa. Nilai rasa yang dimaksudkan tidak kira sama ada positif ataupun negatif. (Nik
Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin
tidak akan memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai
makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang
berbeza. Perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala wanita mempunyai nilai rasa
yang tinggi. Begitu juga perkataan-perkataan yang lain iaitu jantan dan juga lelaki. Jantan
mempunyai nilai rasa yang rendah manakala lelaki mempunyai nilai rasa yang tinggi. Bagi

masyarakat yang beragama islam pula, nilai rasa mereka berbeza dengan interprentasi
masyarakat yang bukan beragama islam. Bagi umat islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau
sesuatu yang negatif. Tetapi bagi mereka yang bukan beragama islam babi itu sejenis makanan
yang paling sedap. Selain itu, makna konotatif ataupun makna tambahan ini juga boleh berubah
merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan khalwat. Perkataan ini pada
asalnya membawa maksud mendekati Allah, duduk bersendirian mengasingkan atau
memencilkan diri kerana menenagkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan, 2004). Tetapi pada
hari ini, maksud perkataan tersebut telah mengalaami perubahan makna yang membawa
maksud pengaingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi oleh lelaki
dan juga perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap
sabagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan, 2004). Makna konotatif ini tidak begitu
spesifik pada bahasa sahaja tetapi dikongsi bersama system konunikatif seperti seni visual dan
juga muzik. Contohnya barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti
produk yang diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat peripheral. Makna konotatif
tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yangv
terpelajar atau orang yang meninba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza
pendapat yang timbul apabila melihat sesuatu ataupun memberikan pendapat. Ketiga, makna
konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus,
sedap didengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh
masyarakat Melayu. Sebagai contohnya perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan
minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit iaitu kudap-kudap sahaja. Makna
denotatif ini ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. 3.0 Kesimpulan Secara
kesimpulanya, konsep memainkan perana penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami
dan juga menyatakan buah fikiran. Sekiranya konsep tidak dapat difahami ianya tidak akan
wujud. Tanpa konsep juga tidak akan wujud makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna
sebenar. Harus diingat juga bahawa makna konotatif pula ditentukan oleh makna asosiatif dan
juga makna afektif. Secara keseluruhan jelas menunjukkan bahawa beberapa tokoh bahasa
cuba memperlihatkan satu perkara yang sama iaitu kepentingan makna dalam sesuatu bahasa.
Makna memainkan peranan penting untuk mentafsir, mentakrif, membuat ujaran dan
sebagainya. Tanpa makna, ia tidak lengkap. Tidak cukup sekiranya kita hanya tahu menulis,
membaca sahaja tetapi tidak mampu mengetahui apa makna disebalik apa yang kita tulis dan
juga apa yang kita baca. Bibliografi Abdullah Yusof et. al., 2009. Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Adn. Bhd. Abdullah Hassan. 1992. Semantik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia. Asmah Haji

Omar (1995). Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan pustaka. Kamus Dewan, 2004.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai

  • Visi Ipgm
    Visi Ipgm
    Dokumen1 halaman
    Visi Ipgm
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • HUTANKU
    HUTANKU
    Dokumen1 halaman
    HUTANKU
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Anak Ayam
    Anak Ayam
    Dokumen2 halaman
    Anak Ayam
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Doa Penerang Hati 1
    Doa Penerang Hati 1
    Dokumen1 halaman
    Doa Penerang Hati 1
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Tuas
    Tuas
    Dokumen1 halaman
    Tuas
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • PERSETIAAN PGKP
    PERSETIAAN PGKP
    Dokumen2 halaman
    PERSETIAAN PGKP
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat