Anda di halaman 1dari 2

PERSETIAAN, FALSAFAH, DEFINISI DAN MATLAMAT PENGAKAP

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan
seberapa daya upaya, saya akan:

Taat kepada Tuhan, Yang DiPertuan Agong dan Negara


Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap

Falsafah Pengakap

Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang


berasaskan Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai
nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira
warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha dan amalan sedemikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan akhlak
diri, membentuk sifat bersopan santun, berbudi bahasa serta bertanggungjawab
terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk menuju ke matlamat akhir
pergerakan supaya menjadi warga yang berguna kepada Agama, Bangsa dan
Negara.

Definisi Pengakap

Pergerakan pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik


untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul,

bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang
diasaskan oleh Baden Powell.

Matlamat Pengakap

Matlamat pergerakan pengakap adalah untuk melatih generasi muda bagi


melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta
bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya
masyarakat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai