Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH-FAEDAH MELAWAT KE LUAR NEGARA

Melawat ke luar negara merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja. Lawatan ini biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah, cuti sekolah,cuti bekerja atau
hujung minggu. Jika seseorang itu ingin melawat ke luar negara, ia memerlukan kos perjalanan
yang agak banyak.Sebagai contoh,untuk ke negara China, India, Australia, Indonesia, England
dan lain-lain. Sebenarnya, ada banyak faedah melawat ke luar negara.
Faedah yang pertama ialah kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila
kita ke luar negara,kita akan pergi ke tempat yang belum pernah kita kunjungi. Contohnya,jika
kita ke Indonesia,kita boleh berkunjung ke tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Pancasila.
Jika kita seorang pelajar,kita perlu membuat catatan dan membuat bertanya kepada pegawai
yang bertugas di tempat tersebut, Pengetahuan tersebut boleh dijadikan bahan maklumat
kepada kita.
Di samping itu,dengan melawat ke luar negara,kita boleh menambahkan pengalaman.
Contohnya,pengalaman menaiki kapal terbang adalah sangat menarik hati. Kita dapat merasai
pengalaman ketika berada di kawasan pemeriksaan kastam atau imigresen di lapangan
terbang. Semasa di dalam kapal terbang, biasanya penumpang tidak boleh membawa beg yang
beratnya melebihi 25 kilogram dan juga tidak boleh membawa barang-barang yang dilarang
seperti cecair,makanan,senjata tajam dan lain-lain. Pengalaman ini akan menjadi panduan
sehingga kita dewasa.
Selain itu,lawatan ke luar negara dapat memberikan semangat kepada diri seseorang
untuk menjadi lebih baik. Jika kita seorang pelajar,kita akan lebih bersemangat untuk belajar
bersungguh-sungguh. Bagi sesetengah orang, lawatan ke luar negara sangat dinanti-nantikan
kerana tempat tersebut ialah suasana yang sebenar dialami dan sekali gus dapat memberi
motivasi diri terutama apabila kita melihat masyarakat di negara luar yang lebih maju dan hidup
dalam keadaan harmoni seperti di negara matahari terbit iaitu Jepun.
Bagi seorang yang sudah bekerja,melawat ke luar negara akan menghilangkan rasa
bosan kerana penat bekerja. Contohnya, jika seseorang itu dapat melawat negara beriklim
sejuk seperti England,mereka boleh bermain salji semasa musim sejuk lantas menjadikan
mereka lebih teruja dan seronok kerana dapat berehat sambil melepaskan tekanan kerja dan
memperoleh pengalaman baru di sana. Kita juga boleh berjumpa dengan orang yang berlainan

bangsa seperti bangsa Afrika,Inggeris,Perancis dan lain-lain. Dengan ini,kita juga boleh
menambahkan kenalan dari seluruh dunia, bak kata peribahasa,berkawan biar seribu,berkasih
biar satu.
Dengan melawat ke luar negara,kita dapat mengenali budaya orang lain termasuklah
budaya orang Jepun,Indonesia,Arab dan lain-lain. Percakapan juga berbeza di samping cara
hidup,makanan dan sebagainya. Contohnya, di Jepun, mereka akan membongkokkan badan
dan menganggukkan kepala mereka menggantikan budaya bersalaman jika di negara
kita.
Seterusnya,melawat ke luar negara dapat meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri
seseorang. Amalan nilai murni sememangnya penting bagi diri seseorang supaya lebih
dihormati oleh orang lain. Antara nilai murni tersebut ialah mematuhi peraturan,menepati
masa,bekerjasama dan lain-lain. Masyarakat Indonesia rajin bekerja,menggunakan bahasa
Indonesia dalam apa-apa jua urusan tidak kira lapisan masyarakat,menjalankan kerja secara
berpasukan dan sebagainya,bak kata peribahasa,bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana
muafakat.
Akhir kata,melawat ke luar negara banyak memberi faedah kepada setiap orang. Namun
begitu untuk membuat lawatan ke luar negara,kita perlu membuat persiapan rapi seperti
menyediakan dokumen penting,barangan keperluan yang secukupnya supaya perjalanan kita
untuk pergi dan balik tidak mendatangkan masalah serta memberikan 1001 pengalaman manis
sepanjang lawatan itu seperti kata peribahasa,sediakan payung sebelum hujan.

Anda mungkin juga menyukai

  • Visi Ipgm
    Visi Ipgm
    Dokumen1 halaman
    Visi Ipgm
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • HUTANKU
    HUTANKU
    Dokumen1 halaman
    HUTANKU
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Anak Ayam
    Anak Ayam
    Dokumen2 halaman
    Anak Ayam
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Doa Penerang Hati 1
    Doa Penerang Hati 1
    Dokumen1 halaman
    Doa Penerang Hati 1
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Tuas
    Tuas
    Dokumen1 halaman
    Tuas
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • PERSETIAAN PGKP
    PERSETIAAN PGKP
    Dokumen2 halaman
    PERSETIAAN PGKP
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat