Anda di halaman 1dari 9

1

KLINIK BMM3104
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA
MELAYU
Nota Ringkas

Aspek kemahiran berbahasa meliputi


Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,
Membaca dan Menulis.
Kemahiran
mendengar
dan
bertutur
merupakan aspek asas yang paling penting
dalam kemahiran berbahasa
Murid yang menguasai kemahiran mendengar
dan
bertutur
berpotensi
menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan
baik
Kemahiran
mendengar
yang
baik
membolehkan seseorang memperoleh dan
memproses maklumat dengan tepat.
Seseorang yang mempunyai kemahiran
bertutur yang baik dapat menyampaikan
perasaan dan fikirannya dengan berkesan
Dalam proses lisan, kemahiran mendengar
melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau
maklumat; manakala kemahiran bertutur
pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat.
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur
dengan baik dan berkesan sangat penting
dalam kehidupan seharian
Seorang pendengar yang baik dapat
memahami dan memperoses
maklumat
yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.
Manakala, seorang penutur yang baik dapat
menyampaikan perasaan
dan
pemikirannya dengan tepat dan berkesan
dalam interaksi tersebut.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam


Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah KBSR (1983:3)
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan
bahasa Melayu bertujuan:
a. mendengar dan memahami pertuturan dan
siaran yang terdapat dalam kehidupan
sehari-hari sama ada di dalam atau di luar
rumah;
b. bertutur dan mengeluarkan buah fikiran
dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam perbagai keadaan perhubungan
seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru,
ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis
bahas, syarahan dan lain-lain.

Antara cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan


(mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh
murid:
(a) Mendengar dan menyebut bunyi.

(b)

Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa


melibatkan kemahiran mengenal, membeza
dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan;
mengecam dan menunjukkan sumber arah
datangnya bunyi berkenaan.
Arahan dan permintaan.

Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan


kemahiran menyampaikan arahan dan
pesanan tertentu secara berurutan supaya
mudah difahami, menghasilkan permintaan
yang mudah untuk diri sendiri dan orang
lain;

(c)

Menyampaikan ucapan bertatasusila


meliputi kemahiran melafazkan ucapan
bertatasusila, secara beradab dengan
menggunakan kata sapaan;

(d)

Bersoal jawab kemahiran membina dan


mengemukakan
soalan
bagi
tujuan
memperoleh maklumat tertentu;

(e)

Bercerita kebolehan menyampaikan cerita


dengan menggunakan daya kreativiti ayat,
gaya, sama ada menggunakan berbantukan
gambar atau tidak;

(f)

Menyampaikan berita dan laporan


kebolehan menyampai dan melaporkan sama
ada yang dilihat, didengar atau dialaminya
sendiri dengan ringkas dan padat;

Contoh bahan bantu mengajar yang sesuai dalam


pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur;
i

Skrip pengumuman; pengumuman di


lapangan terbang, stesyen kereta api,
pengumuman ddi sekolah dll

ii

Bahan kartun; gambar kartun bersiri. Murid


bercerita dengan menggunakan bahasa yang
sesuai

iii

Video dan bahan sastera; setelah menonton


rakaman drama, murid diminta melakonkan
semula dengan menuturkan semua dialog
watak-watak penting dalam drama

2
iv

Seni kata lagu atau lirik, dialog dan petikan


karangan. Murid meniru dan mnghafaz
dialog, lirik atau senikata lagu yang sesuai
dengan kematangan dan kebolehan murid

Tayangan peristiwa daripada rakaman video


tanpa suara; murid meramal perbualan
dalam video

vi

Kad gambar; murid menerangkan tentang


peristiwa dalam gambar seperti peristiwa
kemalangan jalan raya, perayaan di
Malaysia dsb.nya.

vii

Potret atau Foto Tokoh: Murid menerangkan


emosi yang digambarkan atau ditunjukkan
kepada mereka.

Proses Mendengar

Komunikasi lisan melibatkan dua proses,


iaitu penghasilan
(terlaksana melalui
pertuturan) dan penerimaan mesej (melalui
pendengaran).
Proses mendengar biasanya berlaku secara
berperingkat. Empat peringkat proses
mendengar:
(1) mendengar deretan bunyi-bunyi
bahasa;
(ii) memahami bunyi-bunyi bahasa
tersebut;
(iii)
menilai
bunyi-bunyi
yang
diperdengarkan; dan
(iv)
bertindak balas terhadap bunyibunyi tersebut.
Dalam
proses
mendengar,
seseorang
pendengar yang baik menggunakan alat
pendengaran dan keupayaan akalnya secara
bijaksana

Prinsip Kemahiran Mendengar:


a. mendengar merupakan gabungan daripada
segala yang pernah dilihat, didengar dan
dingati;
b. proses mendengar berlaku melalui latihan
secara khusus yang dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat;
c. individu lebih banyak belajar mendengar
melalui pengalamannya berbanding daripada
kecerdasan otaknya;
d. aspek fizikal, psikologi dan neorologi
mempengaruhi
proses
pendengaran
seseorang;

Prinsip

Pembinaan dan Penggunaan


Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan

(a) Bahan yang sesuai

Kriteria pemilihan bahan berkenaan


hendaklah sesuai
dengan matlamat
pengajaran bahasa Melayu (secara khusus
kemahiran lisan),pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan
murid-murid, suasana dan kecenderungan
pembelajaran murid:

(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal


ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan
grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid;
bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi
arahan yang jelas;
(e) Bahan yang jimat dan murah
Bahan yang dipilih murah dari segi kos
penghasilan dan penyelenggaraan
(f) Bahan yang praktikal dari segi boleh guna,
ekonomik digunakan secara berulangkali,
bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata
pelajaran lainnya; mudah dikendalikan serta
sesuai dengan semua peringkat kemahiran
(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang
boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam
kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan
antara sekolah dan wilayah.
Kaedah Pengajaran Bertutur
1. Kaedah Terus
murid-murid dapat mempelajari bahasa
dengan cara mendengar pelbagai perbualan
dalam bahasa sasaran dan kemudian
melibatkan diri dalam perbualan tersebut.
Ciri-ciri Kaedah Terus:
murid digalakkan memahami perkataan dan
frasa yang sukar berdasarkan konteks
penggunaan bahasa tersebut;
guru akan menghuraikan makna dengan
menggunakan bahasa sasaran, lukisan,
lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain
(sekiranya murid tidak faham)

3
aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara
dan contoh-contoh yang sesuai;
murid dilatih membuat kesimpulan terhadap
bentuk-bentuk struktur yang dipelajari
secara induktif, dan
guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan
linguistik bagi mengajar sebutan dan
intonasi yang betul
Langkah-langkah pengajaran berasaskan kaedah
terus:
Guru akan memperdengarkan kepada murid
satu perbualan mudah yang mengandungi
ayat-ayat yang sempurna.
Murid dilatih untuk berbual dengan
menggunakan dialog perbualan yang diberi.
Guru menggunakan teknik latih tubi bagi
memastikan murid dapat menguasai sebutan
dan intonasi serta dapat menyerapkan
peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola
ayat dalam perbualan tersebut.
Kelebihan Kaedah Terus
murid boleh menguasai kemahiran bertutur
dengan baik .
murid terlibat secara aktif dalam pertuturan.
Murid dapat mempraktik atau mengguna kan
kemahiran berbahasa yang diajarkan di luar
bilik darjah.
Kelemahan Kaedah Terus
Bahan-bahan pengajaran yang digunakan
oleh guru dalam kaedah ini merupakan
bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan
perbualan yang telah ditetapkan.
Bahan-bahan
mungkin tidak sesuai
digunakan dalam situasi perbualan yang
lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat
Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik

Guru perlu memastikan penggunaan


latih tubi unsur-unsur bahasa dalam
aktiviti bertutur itu dikuasai sebaikbaiknya oleh murid sebelum mereka
dibenarkan membaca bahan dalam
konteks bahasa yang dipelajari itu.

i
ii
iii

Kaedah ini mendahulukan perkataan


yang hampir-hampir sama bunyi
daripada kedua-dua bahasa yang
dibandingkan. Misalnya,
coffee
kopi
school
sekolah
radio
radio

Guru boleh merancang pengajaran seperti yang


berikut:
i Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan
dalam bahasa sasaran;
ii Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi
tersebut;
iii Guru memberi contoh-contoh struktur ayat
atau unsur-unsur tatabahasa; dan
iv Murid membuat kesimpulan berdasarkan
contoh-contoh yang diberi oleh guru.
Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip:
Bahasa adalah alat pertuturan bukan
penulisan;
Bahasa merupakan satu kebiasaan atau
kelaziman;
Murid mestilah diajar untuk menggunakan
bahasa bukan dajar tentang pengetahuan
bahasa;
Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh
penutur natif; dan
Bahasa berbeza antara satu sama lain
Kesimpulannya, Kaedah fonetik @ linguistik
beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur
merupakan proses untuk membentuk kelaziman
pertuturan murid
mengutamakan penggunaan bahasa
bahan sama ada yang digunakan atau
diperdengarkan perlu mengambil contoh
bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif
bahasa berkenaan
membolehkan murid memahami kebudayaan
asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui
kemahiran bertutur
Kemahiran Membaca
Murid perlu menguasai kemahiran membaca
untuk memperoleh infomasi , ilmu
pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu
perkara.
Membaca juga merupakan satu bentuk
komunikasi iaitu komunikasi antara
pembaca dan penulis.

4
Murid-murid diperkenalkan dengan huruf
terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan
menjadi suku kata, dan suku kata
digabungkan menjadi perkataan.
Perkataan akan membentuk ayat.
Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad

Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:


1.
Skimming
2.
Scanning
3.
Bacaan Cepat @ Baca Laju
4.
Bacaan berat atau bacaan intensif
Proses membaca memerlukan seseorang itu
menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak
disampaikan oleh penulisnya.
Faktor-faktor yang
membaca murid.

mempengaruhi

kesediaan

Keadaan fizikal
Pengalaman dan persekitaran
Emosi
Motivasi
Kecerdasan mental
Perkembangan kognitif

Terdapat 5 peringkat pengajaran kemahiran membaca


yang perlu diketahui oleh guru.
i
ii

iii
iv

Peringkat kesediaan membaca - peringkat


penguasaan membaca pada tahap satu
sekolah rendah
Mendirikan asas mekanis guru
menyediakan murid dengan pengetahuan
tentnag bentuk, huruf, bunyi dan sebutansebutan huruf, suku kata, perkataan dan ayat
Melatih membaca (aktiviti prabacaan) latihan membaca dengan kuat, mempunyai
sebutan, intonasi dan gaya yang betul
Melatih membaca untuk ilmu dan hiburan
Peringkat membina dan membina dan
memperkukuh sikap gemar dan membaca menggalakkan murid menggunakan sumber
rujukan lain untuk mengesan maklumat tidak
bercetak, mencari isi-isi penting dan
membuat rujukan

PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA


BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF
DAN PENGALAMAN BAHASA
Pendekatan Binaan
Dikenali sebagai pendekatan sintesis.
Pengajaran bacaan dimulakan dengan
memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil
terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan
unsur-unsur yang lebih besar
Unsur-unsur yang kecil akan membentuk
unsur-unsur yang lebih besar.

Pendekatan Cerakinan
Adalah pendekatan pengajaran yang
mendahulukan unsur-unsur besar, kemudian
unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsurunsur yang kecil yang membentuk struktur
yang besar itu.
Ayat dicerakinkan kepada perkataan.
Manakala perkataan dicerakinkan kepada
suku kata dan seterusnya kepada huruf
Murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf
yang tiada makna (abstrak) dengan
cerita/ayat yang bermakna
Pendekatan Komunikatif
Menekankan penggunaan bahasa dalam
komunikasi.
Yang dipentingkan dalam pembelajaran
bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa
digunakan dalam situasi dan konteks
tertentu.
Untuk melaksanakan komunikasi dalam
kemahiran membaca, guru harus merancang
pembelajaran yang boleh mewujudkan
situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi
dengan cekap dan tidak hanya tertumpu
kepada penguasaan struktur bahasa sahaja.
Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja
kumpulan atau secara berpasangan, dalam
melakukan pelbagai aktiviti bagi
mewujudkan hubungan interpersonal yang
posititf.
Antara aktiviti ialah:
i
ii
iii
iv

Bercerita
Teater pembaca
Laporan/ulasan buku
Choral speaking
Prinsip pendekatan komunikatif
a) Murid mengetahui tujuan aktiviti yang
dilakukannya
b) Pengajaran bahasa dibuat dalam konteks
wacana
c) Pengajaran bahasa mengikut proses
komunikasi sebenar
d) Mempelbagaikan aktiviti komunikasi

PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA)


Memberi penekanan kepada pengalaman
atau pengetahuan sedia ada murid-murid
dalam membaca.
Apabila murid-murid mempunyai
pengalaman membaca bahan yang
menggunakan laras yang sama serta mereka
mempunyai pengetahuan mengenai bidang
yang dibincangkan, murid-murid akan
mudah memahami mesej yang cuba
disampaikan oleh penulis dalam tulisannya.
3 peringkat dalam proses membaca iaitu
lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian
makna.
Murid-murid perlu mempunyai pengalaman
atau pengetahuan sedia ada untuk
memudahkan mereka mengusai peringkatperingkat tersebut.

Pengalaman mereka membaca pelbagai


bahan yang mempunyai pelbagai laras,
susuk ayat dan sebagainya akan
memudahkan mereka mengenali tulisan
tersebut.
Pada peringkat interpretasi & inferens,
pengetahuan atau pengalaman murid-murid
sangat diperlukan untuk mentafsir makna
(mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis
Murid-murid mudah mentafsir makna
sekiranya bahan yang dibaca berkaitan
dengan suatu bidang yang diketahuinya.
Sebagai contoh:
Jjika murid-murid mempunyai pengalaman atau
pengetahuan tentang pelancongan, ini akan
memudahkan mereka memahami teks yang
membincangkan tentang pelancongan.
Kesimpulannya, pendekatan ini
memanfaatkan pengalaman murid
dalam pembelajaran kemahiran
bacaan
Tindakan yang boleh dilaksanakan guru dalam
pendekatan LEA:
a. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada
murid-murid untuk membantu mereka
memahami bahan yang dibaca. Pengalaman
boleh terdiri daripada pengalaman sendiri
atau pengalaman orang lain.
b. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk
dibaca oleh murid-murid perlu sesuai
dengan pengetahuan sedia ada mereka.
c. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti

d.
e.

gambar, grafik, bahan maujud dan


sebagainya untuk membantu murid-murid
mengusai konsep.
Perbincangan mengenai bidang yang
terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan
sebelum aktiviti membaca.
Guru perlu mempelbagaikan bentuk/ laras
bacaan dalam pengajaran pembelajaran
membaca.

Proses Mengarang Berasaskan Pendekatan LEA


Perbincangan mengenai tajuk pilihan
Murid membina isi cerita
Perkataan-perkataan tertentu yang akan
digunakan dalam petikan disebut dalam
perbincangan oleh guru
Murid-murid membina ayat berdasarkan
idea yang mereka berikan
Setelah selesai, guru membimbing murid
memberi tajuk
Guru menulis ayat-ayat untuk membina
cerita bertulis
Setelah selesai, guru membaca secara
nyaring dan murid mendengar
Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh
guru
Murid menggariskan perkataan yang mereka
tahu
Guru meminta murd-murid menggunakan
pengalaman atau pengetahuan mereka dalam
situasi tertentu bagi menulis karangan
Lingkaran soalan digunakan oleh guru bagi
memantapkan penguasan kemahiran membaca dalam
kalangan murid
Empat
pendekatan pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru
ketika pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca.
i

Pendekatan A
Guru menunjukkan gambar dan meminta murid
menamakannya, berbual tentang gambar. Murid
diminta membaca kad perkataan yang ditunjukkan
guru. Guru berikan kad huruf lain dan meminta
murid membunyikan huruf-huruf itu.

ii

Pendekatan B
Guru memperkenalkan dua huruf sahaja, iaitu
huruf m dan s. Murid membunyikan huruf mengikut
sebutan guru. Latih tubi sehingga murid dapat
menyebut dengan betul. Kemudian murid diminta
membunyi huruf secara individu dan berkumpulan.

6
iii

iv

Pendekatan C
Guru perkenalkan bunyi 2 atau 3 huruf vokal.
Kemudian membunyikan satu huruf konsonan,
misalnya huruf k. Murid diminta menggabungkan
bunyi konsonan dan vocal supaya menjadi suku kata.
Contoh: ka + ki = kaki
Guru mengulang gabungan huruf konsonan
seperti b dan s dengan huruf vokal a,i,u agar
menjadi bunyi ba, bi,bu,sa, si dan su. Guru membina
beberapa ayat dan murid membacanya. Murid
diminta membina perkataan dan ayat-ayat lain serta
membacanya.
Pendekatan D
Guru menunjukkan gambar dan meminta murid
menceritakan tentang gambar yang dilihat oleh
mereka. Guru perkenalkan nama huruf-huruf tunggal
seperti b,a,j,u dan meminta murid menyebutnya.
AKTIVITI PENGAJARAN BERTUTUR BAGI
PENDEKATAN SITUASI
LATIH TUBI
Latih tubi dijalankan bagi melatih murid
menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru.
Mulakan
dengan
penyebutan
guru,
kemudian murid meniru dan mengulangi
sebutan tersebut.
Sekiranya murid masih bermasalah dengan
sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi.
Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa,
perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi
fonem yang diambil dibahagian dialog
kemudian dibaca oleh murid.
Pasangan perkataan yang mempunyai
perbezaan yang paling kecil tetapi dapat
menghasilkan makna digunakan.
Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari,
malu dengan balu.

DIALOG DAN NYANYIAN


Dialog atau perbualan merupakan bahan
yang sering digunakan dalam latihan lisan.
Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi
oleh guru sebelum guru dapat menyuruh
murid meniru dan menghafal dialog.
Aktiviti nyanyian dapat membantu muridmurid menguasai kemahiran lisan kerana
menyanyi memerlukan penyebutan bunyibunyi dengan betul, mengikut rentak, nada
yang betul.
LATIHAN PANDANG DAN SEBUT

Gambar-gambar boleh digunakan bagi


menghasilkan pertuturan.
Latihan pandang dan sebut merupakan latih
tubi bertutur dengan menggunakan gambargambar yang dimasukkan dalam teks
latihan.
Carta bergambar, bahagian filem dan slaid
juga digunakan.
Semua alat digunakan supaya murid-murid
dapat menghasilkan pertuturan yang
baik.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN


Permainan bahasa adalah salah satu cara
dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan
intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
Permainan dapat menimbulkan situasi
pembelajaran yang menggembirakan
murid.
Guru dapat memupuk semangat bersaing di
antara murid-murid.
Dapat menanamkan semangat kerjasama
antara ahli kumpulan.
Guru dapat melatih murid-murid untuk
mengaktifkan kecekpaan bahasa mereka
serta mengembangkan penguasaan keempatempat kemahiran bahasa.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju
yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan
Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Hala tuju ini diinterapetasikan melalui
objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut iaitu :
a. merangsang interaksi verbal pelajar
b. menambah kefasihan dan
keyakinan
c. menyediakan konteks pembelajaran
d. bertindak sebagai alat yang dapat
mengikis rasa bosan bertindak
sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan

TUJUAN TEKNIK PERMAINAN


Mewujudkan satu suasana pembelajaran
bahasa yang selesa dan menggembirakan

i
ii
iii
iv
v

Membolehkan murid-murid menggunakan


bahasa sebagai alat perantaraan semasa
bermain
Meneguhkan penggunaan unsur-unsur
bahasa tertentu tanpa disedari oleh muridmurid
Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi
membolehkan murid berinteraksi
dengan rakan sebaya mereka.
Mendorong minat murid untuk berkerjasama
bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.
CONTOH PERMAINAN
Permainan yang berasaskan pemerhatian
atau ingatan.
Permainan yang berasaskan huraian atau
meneka.
Permainan yang berasaskan interaksi
kumpulan atau antara individu
Permainan kad
Permainan dam

PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN /


AKTIVITI
Aktiviti bermaksud gerak kerja atau
tindakan.
Dalam konteks pendidikan, ia melibatkan
segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru
dan murid untuk mencapai objektif
pelajaran. Dengan kata lain, aktivitimengandungi segala tindakan dalam P&P.
Aktiviti- suatu pendekatan utama dalam
pendidikan moden.
J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah
berasaskan aktiviti murid.
Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat
dikembangkan secara menyeluruh
dan seimbang.
Murid-murid akan belajar dengan lebih
berkesan melalui cara praktik.
Didalam konteks pendidikan moden,
terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang
boleh digunakan di sekolah.
Antaranya aktiviti membaca, menulis,
mengira, bermain, berbincang,
membuat model, melukis, menyelesaikan
masalah, menyanyi dan sebagainya.

Penggunaan pelbagai aktiviti P&P yang


disarankan diatas telah menghasilkan
beberapa kaedah mengajar yang berkaitan
seperti kaedah penyelesaian masalah,
kaedah perbincangan dan sebagainya.

Kaedah ini juga digunakan untuk


membimbing murid-murid menjalankan
aktiviti.

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN


Terhasil daripada huraian ahli-ahli
tatabahasa tradisional atau klasik.
Kaedah yang paling awal digunakan dalam
pengajaran bahasa.

Ahli bahasa tradisional lebih


mengutamakan penulisan dalam kajian
mereka daripada lisan.
Oleh itu, yang terhasil daripada huraian
bahasa ini juga mengutamakan penulisan
daripada lisan.
Unsur-unsur sebutan tidak dipentingkan
Pengajaran bahasa yang menggunakan
kaedah ini amat terikat dengan penggunaan
buku teks.

Bahan-bahan bahasa yang diajar iaitu bahan


bacaan dan terjemahan diambil daripada
buku teks.
Dalam sesuatu pengajaran bahasa, muridmurid akan dilengkapi dengan satu
senarai kata yang perlu dikuasai.
Bagi memahami perbendaharaan kata
tersebut murid-murid diberi terjemahan
dalam bahasa ibunda.

Di samping itu, murid-murid juga dilatih


untuk membentuk ayat berdasarkan
peraturan-perturan nahu yang telah diajar

Aktiviti membaca merupakan asas untuk


mecerakinkan nahu serta menterjemahkan
bahasa daripada bahasa sasaran kepada
bahasa ibunda ataupun sebaliknya.
Aktiviti menulis merupakan latihan nahu
yang telah diajar serta latihan menulis
tentang bahan-bahan yang dibaca dan
diterjemahkan oleh murid-murid.

Kelebihan kaedah tatabahasa terjemahan


Amat berkesan dalam kelas yang
mempunyai murid-murid cerdas yang
berminat untuk menaakul konsep-konsep
abstrak

Murid-murid tersebut mempunyai


kemampuan untuk memahami segala
huraian bahasa yang diajar serta dapat

mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan


perbendaharaan kata yang diajar.
Tidak memerlukan persediaan yang teliti
dalam menyediakan bahan dan bantu
mengajar kerana hanya melibatkan bahan
bacaan sahaja.
Dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam
perancangan dan pelaksanaan teknik
pengajaran.
Guru hanya perlu menggunakan kapur dan
papan hitam bagi menghuraikan nahu dan
perbendaharaan kata.
Kebanyakan bahan pengjarannya terdiri
daripada buku teks.
Dapat diajar dalam jumlah pelajar yang
ramai.

iii

Situasi
melaksanakan tugasan atau
projek, atau program yang
bersesuaian dengan
i
Objektif tertentu
ii
Kumpulan atau
orang yang
bertanggungjawab
iii
Jangka waktu yang
ditetapkan
Persediaan
i
Peserta
mengumpulkan
maklumat

Tujuan kemahiran menulis ialah:

Menggayakan
peranan atau aksi

melatih murid melahirkan idea


melatih murid menghujah dan
mengembangkan idea
melatih murid mengembangkan idea dengan
menggunakan perenggan dan ayat yang
betul
melatih murid menggunakan bahasa yang
betul dan sesuai
menyuburkan minat penulisan
menambah perbendaharaan kata murid

Aktiviti pengajaran ejaan yang boleh dilaksanakan


adalah seperti yang berikut:
i
ii
iii
iv

Situasi ditentukan
oleh peserta secara
spontan

Main Peranan

Kemahiran Menulis

Perbezaan antara teknik simulasi dan main peranan


Simulasi
Main Peranan
Bil peserta
lebih daripada seorang
seorang atau lebih
untuk memainkan
peranan yang telah
ditetapkan
Peranan
i
Menggayakan
situasi
ii
Menyelesaikan
masalah
iii
Membuat
keputusan
iv
Melaporkan hasil
perbincangan atau
menghasilkan
penerbitan

Simulasi
Menentukan atau
mengagihkan
tugasan
Merancang tugasan

ii

v
vi
vii

Membina perkataan berirama sama ada di


pangkal, di tengah atau di hujung. labu, lalu,
keladi, selalu, kala, bala, sila
Melengkap atau memberi imbuhan perkataan
seperti makan (dimakan, memakan, makanan,
dimakannya
Mencari perkataan dalam perkataan. Contoh:
perkarangan (perkara, ara, karangan, arang, rang)
Membina perkataan dari huruf-huruf dalam
perkataan. Contoh: sapu (usap, suap, puas)
Mencari perkataan berlawan: pagi petang, ibu
bapa, hitam putih
Permainan teka-teki atau silang kata
Aktiviti kamus; mencari makna perkataan seerti,
mencari perkataan dll

Menerima dan
memahami arahan

9
Puan Norhayati Idris
12/5/2014
Disediakan oleh:

Anda mungkin juga menyukai

  • Visi Ipgm
    Visi Ipgm
    Dokumen1 halaman
    Visi Ipgm
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • HUTANKU
    HUTANKU
    Dokumen1 halaman
    HUTANKU
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Anak Ayam
    Anak Ayam
    Dokumen2 halaman
    Anak Ayam
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Doa Penerang Hati 1
    Doa Penerang Hati 1
    Dokumen1 halaman
    Doa Penerang Hati 1
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • Tuas
    Tuas
    Dokumen1 halaman
    Tuas
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat
  • PERSETIAAN PGKP
    PERSETIAAN PGKP
    Dokumen2 halaman
    PERSETIAAN PGKP
    King'sRHussin
    Belum ada peringkat