Anda di halaman 1dari 10

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG

Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:


1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan
kemahiran belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat
membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang
berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna
baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat
mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.
Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi
keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan
kemahiran yang kita pelajari.

2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.


Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita
mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam
pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku
seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat
dikenalpasti.

3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.


Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus
kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak
dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni
mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran
intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin
diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan
menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran
seumur hidup secara menyeluruh.

4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

1
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak


kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat
keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita
belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu
dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan
perlakuan kita.

5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan ‘Lateral Leaps’


Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,
berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga
adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang.
Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah,
membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

Faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan
seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru
permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan
aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.

Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori
pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

Faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik:


1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan
saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan

2
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,
berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan
inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih
yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan,
guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi,
inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-
murid tersebut.

2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan


pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti
seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua
benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan
proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat.


Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant
Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang
terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang
keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran
dan pembelajaran.

4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan


pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan
kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang.
Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini
kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga
melalui perbagai teknik pengajaran.

3
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam
setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni
dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan
selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh:


1. Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan menggembirakan.
2. Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera.
3. Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya.
4. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
5. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
6. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab.
7. Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya
dengan keselesaan hidup.
8. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang berfaedah.
9. Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah air.

TAJUK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi’ (Hide and


seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:

1. Bagaimana mereka menguruskan permainan ini.


Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh. Seorang
penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan menyembunyikan
diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim bertindak sebagai
pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau
melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan
markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa orang yang dapat dicarinya.
Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli yang lain sudah bersembunyi dan
bersedia untuk dicari olehnya. Loceng diletakkan di satu tempat dan tidak boleh
dibawa.

4
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai
penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi pertama
yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada permainan yang
seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat dicari adalah
bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli yang bermain pada
permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang bersembunyi, dia akan
menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu membunyikannya.

2. Bagaimana menyembunyikan diri mereka.


Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk menyembunyikan
diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh dan susah untuk dicari oleh
si pencari.

3. Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari.


Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari
pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan oleh hakim.

4. Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.


Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai penyembunyi,
ekspresi muka mereka akan menggambarkan kekecewaan kerana mereka
sangkakan tempat persembunyian mereka agak strategik. Mereka juga menunjukkan
ekspresi muka yang terkejut kerana si pencari berjaya mencari dan menjumpai
mereka terutama kepada penyembunyi pertama yang telah dijumpai oleh si pencari.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak


1. Keinginan untuk bergerak
Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri
dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam sebarang
perlumbaan atau lumba lari.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.


Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu
dihargai. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan
dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan
ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan dan
penghargaan.

5
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam
masyarakat.
Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati
oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya
dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. Oleh itu,
mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan dihormati kerana kesanggupan
mereka untuk berkongsi permainan dan mereka dianggap tidak kedekut.
4. Keinginan untuk bersaing.
Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan
fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak-kanak memanjat
tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan, ketangkasan
dan kekuatan fizikal mereka.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik.


Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri
atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. Contohnya, kanak-
kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat tempat pertama dalam
apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi sumber penarik kepada
kanak-kanak yang lain.

6. Keinginan untuk meneroka.


Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa
tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja
amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman
baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan kepada mereka.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.


Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti
membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikan
bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaan
manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.


Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea
mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam

6
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari
dengan rancak mengikut irama yang dimainkan.

9. Keinginan untuk kefahaman.


Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman
dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh
dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. Contohnya,
dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan yang baik untuk
menunjukkan watak yang dipegang seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan
sebagainya. Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar
dan sterusnya menjiwai watak tersebut.

TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANG

Ubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk belajar.
 Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan.
 Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan
sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian murid.
 Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk
menampakkan lebih keceriaan.
 Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan plastik di
atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.

Peranan warna dalam kehidupan harian


 Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau
garang atau terang.
 Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang.
 Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita.
 Warna memberi ketenangan dalam kehidupan.
 Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.

Ruang
Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu pergerakan.
Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita melakukannya di tempat
yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk bergerak dengan bebas.

7
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan dalam berkeadaan duduk
menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat bergerak dengan bebas. Cara
pernafasan kita juga tidak lancar.

Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia (1983)
menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat dunia dengan lebih
tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, rupa,
bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakan juga melibatkan pemikiran
kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang luas dan mempunyai udara yang
segar seperti di taman atau di padang, kita akan merasa lebih selesa dan secara tidak
langsung keadaan akan mempengaruhi pemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar
dan puas.

8
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Bunyi

Suasana Waktu
Rehat

Bunyi yang Pergerakan Warna makanan,


Susunan peralatan
didengar manusia minunan & alatan

Berjalan
Bunyi bersiul Meja teratur Hijau

Bunyi bercakap / Kerusi kurang


Berlari oren
menjerit teratur

Bunyi ketawa Bersentuhan Pensil berselerak putih

Bunyi berjalan Bertepuk tangan Buku tidak kemas merah

Bunyi berlari Berdiri tegak Kasut tidak teratur jernih

Tong sampah
Bunyi tepukan Berlari anak rebah coklat

Bunyi ronyokan Menoleh kiri dan


silver
kertas dan plastik kanan

Bunyi benda
Berpusing badan Biru tua
terjatuh

Bunyi mengunyah
makanan Mengangguk
Hitam
kepala

Memegang
Bunyi menyanyi
sesuatu

9
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 4 DERIA DAN SENI

AKTIVITI JENIS DERIA

 Melukis gambar pemandangan dan warnakannya.  Lih


 Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa dalam at dan sentuh
gambar tersebut.  Lih
 Pelajar mengekspresikan suasana dengan menggunakan at
alat-alat muzik.  Lih
at, sentuh, dengar
dan rasa

 Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara  Den


manusia. gar
 Pelajar bertindak balas dengan pergerakan  Ras
yang sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni a dan sentuh
visual.

 Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur  Lih


dan kontur sesuatu permukaan. at dan rasa
 Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu
objek yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik  Sen
benang bulu dan kapas. tuh dan rasa
 Pelajar membanding bezakan sentuhan yang
dialami dan mengekspresikan melalui pergerakan.
 Sen
tuh dan rasa

 Membuat latihan melalui pernafasan.  Hid


 Melakukan pergerakan dengan menggunakan imaginasi u
anda untuk menunjukkan bau harum, udara nyaman dan  Lih
kemudian melukiskan imej visual mengikut sepertimana at dan hidu
yang diekspresikan.

10

Anda mungkin juga menyukai