Anda di halaman 1dari 3

RAKYAT BERINTEGRITI, MALAYSIA CEMERLANG

Bimillahirrahmanirrahim,

Sewaktu kita masih kecil,  kita diberitahu oleh ibu bapa kita tentang fungsi tiga warna
pada  lampu isyarat. Warna MERAH untuk berhenti, warna HIJAU untuk meneruskan
perjalanan dan warna KUNING untuk sedia berhenti. Namun, selepas meningkat
dewasa, doktrin yang telah dikoordinasikan semenjak kecil, ibarat masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri. Tatkala keseorangan dalam pemanduan, tanpa ada seseorang yang
memandang ataupun pihak berkuasa melakukan sekatan, kita menghijaukan warna
Merah dan kita juga menghijaukan juga warna kuning. Inilah secebis kisah tentang
INTEGRITI.

Salam apresiasi buat  saudara pengerusi majlis, barisan panel kehakiman yang penuh
berintegriti, dif-dif kehormat  yang disanjungi,  seterusnya  hadirin yang bervisi  dekat
di hati.  Assalamualaikum w/b/t salam 1 Malaysia  buat anda semua.

RAKYAT BERINTEGRITI, MALAYSIA CEMERLANG begitulah mauduk pidato yang


bakal saya persembahkan  buat  santapan minda warga dunia.

Menurut Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, konsep Rakyat
Berintegriti mencakupi perkara-perkara yang lebih besar dari isu rasuah semata-mata.
Rakyat Berintegriti membawa maksud rakyat  yang memiliki nilai-nilai amanah, boleh
dipercayai, jujur dan  sifat-sifat peribadi yang teguh. Maka, untuk menjadikan Malaysia
Cemerlang, kualiti unggul yang digariskan menerusi konsep Rakyat berintegriti
diperlukan bagi memacu kecemerlangan Malaysia.

Namun persoalannya, bagaimanakah kita dapat melahirkan Rakyat Berintegriti yang


akan memacu kecemerlangan Malaysia ?

Maka hayatilah pragmatik yang pertama INSTITUSI KELUARGA DIPERKASA,


INTEGRITI TERPELIHARA

Institusi  keluarga  merupakan institusi penting dalam masyarakat kita kerana asas


segala asuhan  bermula daripada  keluarga.  Ibarat melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sedari kecil, anak-anak perlu dididik dengan sifat-sifat peribadi yang teguh,
dan ibu bapa juga seharusnya menjadi suri teladan terbaik buat anak-anak. Menurut
Prof Syed Naquib Al Atas dalam bukunya Ar Risalah, mengatakan peranan institusi
keluarga sangat utama dalam pembentukan masyarakat sejahtera. Statistik yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
menunjukkan setiap 15 minit, satu pasangan islam bercerai di Malaysia, setiap 5 hari,
seorang bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa dan setiap dua  hari, 2 orang remaja kita
lari dari rumah. Kegagalan integriti  diterapkan sedari awal menyebabkan institusi
keluarga menjadi pincang, dan akhirnya Malaysia yang cemerlang terencat untuk
dizahirkan.  Namun saya ingin berterima kasih  kepada  ibu bapa di hadapan saya yang
menyahut kempen Rumahku Syurgaku, Baiti Jannati yang sentiasa menyemaisuburkan
asas integriti dalam  kalangan ahli keluarga, berteraskan yang tua dihormati, yang
muda disayangi. Lantaran itu, rakyat berintegriti yang ditunjangi oleh kekuatan institusi
kekeluargaan dapat dilahirkan, akhirnya Malaysia Cemerlang di persada dunia.

Sidang hadirin bervisi

Pragmatik kedua PENDIDIKAN DIMANTAPKAN, INTEGRITI DIBUDAYAKAN

Sedari Awal Kalimah Iqra diturunkan oleh Pencipta adalah untuk menyeru seluruh umat
manusia mencintai ilmu. Maka, seharusnya Institusi pendidikan menjadi tapak  untuk
menanam asas integiriti dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita sedar, institusi pendidikan
merupakan institusi cukup dihormati dan dekat di hati. Namun kita disentak dengan
beberapa isu integriti dalam bidang pendidikan, kes kebocoran soalan UPSR yang tidak
sepatunya berlaku sehinggalah kisah  pelajar memukul guru yang berkorban
mencurahkan  ilmu. Cukup sedih apabila melihat SEORANG  murabbi diperlakukan
sedemian rupa. Namun, saya cukup yakin, itu hanya kes-kes terpencil kerana masih
ramai dalam kalangan  putra-putri merdeka yang menjunjung falsafah rasmi padi,
semakin berisi, semakin menunduk ke bumi. Usaha-suaha diperkasakan melalui sektor
pendidikan untuk menyemaisuburkan integriti bukan sahaja dalam kalangan pelajar,
malahan kepada murabbi.  Dari seawal Penyata Razak sehinggalan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia ,  pelbagai usaha dilaksanakan bagi melahirkan modal insan
beringriti.  Pendidikan agama dan moral diwajibkan, pendidikan sivik dan 
kewarganegaraan juga diperkasakan, kegiatan kokurikulum disulam dengan asas
integriti yang kuat. Lantaran itu, lahirlah modal insan bermentaliti kelas pertama yang
akan memacu kecemerlangan Malaysia.

Pragmatik ke tiga, MEDIA MASSA MAINKAN  PERANAN, AMALAN INTEGRITI


DITINGKATKAN.  Menyedari betapa dunia hari ini dihujani dengan ledakan media
sosial, kita tidak boleh mengatakan tidak kepada kehadiran teknologi ini. Dilaporkan
bahawa kini terdapat lebih 500 juta pengguna facebook dan lebih 100 juta pengguna
twitter di seluruh dunia, membuktikan media social merupakan satu ancaman jika tidak
digunakan dengan cara yang betul. Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada 12 Julai
lepas, misalnya, hanyalah berpunca daripada insiden mencuri telefon bimbit tetapi
menjadi viral kononnya melibatkan isu pergaduhan kaum. Bukan itu saja, penyebaran
spekulasi liar dan berita palsu berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang
hilang sejak 8 Mac tahun lepas juga antara bukti penyebaran berita tidak sahih. Fitnah
ini membuktikan ketirisan integriti ysng gsgsl dibezakan kebenaran dan kepalsuannya.
lantaran itu, pengguna media sosial yang memiliki integriti yang tinggi seharusnya
berupaya menapis dan menentusahkan setiap berita sebelum menyebarkannya di
media massa. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyebarkan berita yang
palsu. Di pihak kerajaan, pelbagai usaha dilaksanakan.  Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia menggubal  Akta Komunikasi dan Multimedia  bagi menyekat berita
yang tidak ada integriti.  Kempen-kempen integriti di kalangan pengguna media sosial
dirancakkan dan seharusnya disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia.

Anak-anak bangsaku

Sebelum saya meninggalkan medan pidato in, saya dapat simpulkan betapa hari ini kita
mampu melahirkan rakyat berintegriti yang bakal memacu kecemerlangan Malaysia
andai institusi keluarga diperkasa, pendidikan integriti menjadi budaya serta media
social diguna sebaiknya. Ayauhlah bangsaku, kita lakarkan potret kecemerlangan
Malaysia, maka benarlah Rakyat Berintegriti, Malaysia Cemerlang.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai