Anda di halaman 1dari 2

SKRIP PIDATO

Sekolah: SK SRI PETALING

Nama Peserta : Nur Nisrina Nabihah

Tajuk: Rukun Negara amalan hidup kita.

Kejadian 13 Mei 1969 menggegarkan negara dan mencetuskan peperangan antara


kaum. Sejambak kasih dan seharum kasturi buat tuan/puan pengerusi majlis.
Barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum W.B.T. dan salam
sejahtera, salam sejahtera sebagai pembuka kata. Berdirinya saya di persada pentas ini
bagi menyampaikan pidato yang bertajuk rukun negara amalan hidup kita.

Hadirin Sekalian,

Rukun negara dilafazkan dan dikrarkan oleh semua murid di sekolah setiap kali
perhimpunan mingguan berlangsung. Rukun negara telah diwujudkan pada 1970 hasil
Majlis Perundingan Negara(MPN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak
Hussein maka lahirlah Rukun Negara sebagai satu bentuk garis panduan dalam
membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.Oleh itu, bagi merungkai
kepentingan rukun negara dan membuktikan kemampuannya,5 perspektif hujah saya
unjurkan.

Hijab pidato ini saya buka dengan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.Albert
Einstein pernah berkata, “agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu
buta”.Nah,terbuktilah bahawa agama amat penting dalam kehidupan manusia.
Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi
persekutuan tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
bebas di negara kita.

Hadirin sekalian,
Hujah saya yang kedua di bawah lembayung kata Prinsip Kesetiaan Kepada Raja
dan negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada
pemerintah dan negara. Setiap warganegara haruslah menumpukan sepenuh taat setia
kepada raja dan negara kerana Raja lambang perpaduan negara

Keluhuran perlembagaan adalah prinsip ketiga dalam rukun negara.Prinsip ini


menekankan perlunya rakyat menerima,mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan perlembagaan negara keran perlembagaan negara merupakan sumber
perundangan yang tertinggi.

Hadirin sekalian,

Beralih kita kepada hujah saya yang keempat adalah bedasarkan Prinsip
kedaulatan undang-undang.Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,stabil dan makmur sekaligus
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan lancar dan teratur
tanpa sebarang kekacauan.

Kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip terakhir dalam rukun negara selaras
dengan hujah saya yang terakhir pada hari ini.Prinsip ini menekankan perkembangan
personaliti dan tingkah laku seseorang yang bertujuan untuk membentuk warganegara
yang bersopan santun dan bersusila.Pengamalan prinsip ini membolehkan rakyat
berbilang kaum di negara ini mengamalkan sikap saling menghormati dan menjaga
hubungan baik antara satu sama lain.

Marilah kita bersama-sama berharap agar pada tahun baharu 2019 ini, semua
rakyat Malaysia tanpa mengira asal usul dan keturunan mempunyai iltizam untuk
menjadikan lima matlamat dan lima prinsip Rukun Negara sebagai panduan hidup
bagi mencapai wawasan negara dan perpaduan nasional.

Sepuluh jari saya pohonkan agar tidak ada hati yang terasa. Sekian sahaja hujah
saya pada hari ini. Berdoalah agar negara kita terus maju seiring dengan arus
globalisasi dunia. Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai