Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK PENGAJARAN ORANG MISTERI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMUDAHCARAAN (PDPc) ABAD KE-21.

DANIAL BIN MOHD RIDZUAN

SK SRI PETALING

1.0. Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia mengalami beberapa transformasi sejajar dengan


perubahan arus di dunia ini. Teknologi yang semakin canggih dan ditambah dengan
matlamat kerjaan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama. Jadi,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sistem
pembelajaran abad ke-21 (SPA 21). Dalam pembelajaran abad ke-21, guru menjadi
pemudahcara sahaja dan murid akan menjalani pembelajaran secara kooperatif,
inkuiri, main peranan dan lain-lain. Matlamatnya satu untuk memberikan murid
meneroka sendiri untuk mencari maklumat dan guru hanya membimbing sahaja. Jika
dahulu pembelajaran berpusatkan guru iaitu guru banyak memberi input kepada murid,
namun sekarang guru hanya merangsang murid untuk mencari sesuatu perkara baharu.
Justeru, penulis memperkenalkan satu teknik pengajaran orang misteri sejajar dengan
pembelajaran abad ke-21.

2.0. Teknik Pengajaran Orang Misteri

Teknik pengajaran orang misteri telah diaplikasikan kepada murid-murid tahun 4


Anggerik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran tatabahasa menjadi
pilihan penulis untuk mengaplikasikan teknik pengajaran ini, Seperti yang sedia
maklum, dalam bahasa Melayu mempunyai lima kemahiran yang perlu diterapkan
kepada murid. Kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca,
kemahiran menulis, kemahiran seni bahasa dan kemahiran tatabahasa.

2.1. Langkah pelaksanaan teknik pengajaran orang misteri


1. Guru perlu menyediakan kad peranan kepada murid. Tetapkan kod
nombor kepada kad orang misteri untuk murid lain meneka siapakah
orang misteri tersebut.

2. Tetapkan bilangan murid yang akan menjadi orang misteri.

3. Kad peranan diulis sebagai orang misteri dan orang biasa.

4. Murid mencabut kad peranan yang diberikan oleh guru.

5. Murid mengenalpasti apakah identiti mereka.

6. Minta murid rahsiakan identiti mereka dan lihat kod yang ada pada kad
tersebut.

7. Murid diberikan di hadapan kelas beberapa nombor sebagai kod.

8. Murid diminta meneka nombor tersebut dan perlu menyebut adakah kod
tersebut sebagai kod orang misteri.

9. Apabila orang misteri telah dijumpai mereka perlu memberi arahan


tugasan yang disediakan oleh guru kepada murid yang lain. Mereka
diibaratkan sebagai pembentang di hadapan.

2.2. Rancangan Pengajaran Harian menggunakan teknik orang misteri.

TARIKH / 11 Julai 2017


MASA Selasa
TEMA Sediakan Payung Sebelum hujan.
TAHUN 4 ANGGERIK
TAJUK
Kata Perintah
MASA 10.50-11.50 Pagi

STANDARD
KANDUNGAN 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
mengikut konteks.
STANDARD 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata bantu, kata perintah
PEMBELAJARAN dan kata pemeri dengan betul mengikut konteks.

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menyatakan kata perintah
2. Membina ayat menggunakan kata perintah
KRITERIA Murid berjaya sekiranya:
KEJAYAAN
1. Murid dapat memindahkan maklumat daripada video kepada jadual kata
perintah.
2. Murid dapat mencari orang misteri melalui permainan siapa dia?
3. Murid dapat membina ayat berdasarkan kata perintah yang diperoleh.
AKTIVITI 1. Guru bertanyakan menunjukkan perkataan Jangan.
2. Murid dan guru bersoal jawab.
3. Murid diminta menonton video sambil menulis maklumat daripada
video.
4. Murid bermain permainan siapa dia?guru mengedarkan peranan. Murid
yang terpilih perlu rahsiakan identitinya. Murid meneka kod yang ada di
dalam slide. Apabila murid dapat meneka kod tersebut maka mereka dapat
mengetahui siapakah identiti tersebut.
5. Murid diminta membina ayat berdasarkan kata perintah yang diberikan.
6. Murid merumus pembelajaran.
PENGISIAN Ilmu: Pendidikan moral.
KURIKULUM Nilai: penyayang, kebersihan dan kerjasama
Emk: nilai
Kb: Menghubung kait dan menjana idea
BAHAN BANTU Komputer, LCD, Kad peranan dan kertas maklumat kata perintah.
MENGAJAR
PENILAIAN P&P Murid dapat menyatakan kata perintah dan membina ayat berdasarkan kata
perintah tersebut.
REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai