Anda di halaman 1dari 1

Budi Bahasa, Budaya Kita

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, yang berbahagia para hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam 1
Malaysia. Pada pagi yang cukup cerah ini, saya akan menyampaikan syarahan saya
yang bertajuk "Budi Bahasa,Budaya Kita".

Hadirin yang dihormati,

Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini pernah
mendengar ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah anda
mengetahui maksud ungkapan ini? Ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita ' ini
merupakan satu kempen yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia bagi menyerapkan
sikap budi bahasa dalam kehidupan golongan masyarakat.

Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukan susah sangat. Perbuatan mudah


seperti mengucapkan terima kasih dan memberi salam juga dikira sebagai bersikap
budi bahasa. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan masih menganjurkan kempen '
Budi Bahasa Budaya Kita ' kerana golongan muda sekarang semakin terlibat dalam
masalah sosial dan tidak lagi menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

Hadirin dan hadirat,

Dengan bersikap budi bahasa, seseorang memperoleh banyak manfaat. Namun,


faedah yang paling utama dengan bersikap berbudi bahasa ialah seseorang akan
disukai oleh orang ramai. Jika kita selalu membantu orang yang berada dalam
kesusahan, tentulah kita akan disukai oleh banyak orang. Ketika kita sendiri
mempunyai masalah, orang lain juga akan membantu kita.

Konklusinya, masyarakat Malaysia sayugianya mempunyai sikap budi bahasa


dalam diri sendiri agar dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Bagai
kata pepatah, " hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. "

Sebagai mengakhiri syarahan saya, saya mohon maaf jika tersilap kata dan
terlanjur bicara.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai