Anda di halaman 1dari 1

Budi Bahasa,Budaya Kita

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada pagi yang cukup cerah ini, saya,
akan menyampaikan syarahan saya kepada anda semua yang bertajuk "Budi Bahasa,Budaya
Kita".

Hadirin yang dihormati,

Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini pernah mendengar
ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah anda mengetahui maksud ungkapan ini?
Ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita ' ini merupakan satu kempen yang dianjurkan oleh kerajaan
Malaysia bagi menyerapkan sikap budi bahasa dalam kehidupan golongan masyarakat.

Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukan susah sangat. Perbuatan mudah seperti
mengucapkan terima kasih dan memberi salam juga dikira sebagai bersikap budi bahasa. Walau
bagaimanapun, pihak kerajaan masih menganjurkan kempen ' Budi Bahasa Budaya Kita ' kerana
golongan muda sekarang semakin terlibat dalam masalah sosial dan tidak lagi menghormati orang
yang lebih tua daripada mereka.

Hadirin dan hadirat,

Dengan bersikap budi bahasa, seseorang memperoleh banyak manfaat. Namun, faedah yang
paling utama dengan bersikap berbudi bahasa ialah seseorang akan disukai oleh orang ramai.
Jika kita selalu membantu orang yang berada dalam kesusahan, tentulah kita akan disukai oleh
banyak orang. Ketika kita sendiri mempunyai masalah, orang lain juga akan membantu kita.

Konklusinya, masyarakat Malaysia sayugianya mempunyai sikap budi bahasa dalam diri
sendiri agar dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Bagai kata pepatah, " hancur
badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. "

Sebagai mengakhiri syarahan saya, saya mohon maaf jika tersilap kata dan terlanjur bicara.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai