Anda di halaman 1dari 6

A.

KATA GANTI DIRI

Terbahagi kepada empat

1.Kata Ganti Diri Pertama

Kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap

2.Kata Ganti Diri Kedua

Digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.

3.Kata Ganti Diri Ketiga

Digunakan untuk merujuk kepada orang ketika bercakap.

4,Kata Ganti Diri Singkat

Kata ganti diri yang disingkatkan

JADUAL KATA GANTI DIRI

KGD TUNGGAL PENGGUNAAN JAMAK PENGGUNAAN


1 Aku Dengan kawan biasa / Kami Diri orang yang berkata
Tuhan serta temannya
Saya Dengan seseorang yang Kita Diri sendiri dan
baru dikenali / suasana menyertakan diri orang
rasmi yang dilawan bercakap.
Beta Oleh raja atau sultan
apabila bertitah kepada
rakyat
Patik Oleh rakyat apabila
bercakap dengan raja.
Hamba Diri sendiri pada zaman
dahulu.

2 Anda Untuk diri orang yang Kalian Untuk beberapa orang yang
tidak berhadapan diajak bercakap
dengan kita
Kamu / Untuk orang kedua yang Kamu Untuk sekumpulan orang
Awak rapat hunungannya yang rapat hubungan
dengan kita dengan kita.
Engkau Untuk diri orang kedua
yang rapat hubungannya
dengan kita / Tuhan
Tuanku Apabila bercakap
dengan sultan / raja
Saudara Untuk orang yang baru
dikenali ( lelaki )
Saudari Untuk orang yang baru
dikenali ( perempuan )
KGN TUNGGAL PENGGUNAAN JAMAK PENGGUNAAN
3 Baginda Untuk raja / sultan Mereka Untuk orang yang
bilangannya lebih daripada
seorang
Beliau Untuk orang yang kita
hormati, ibu bapa, menteri
Dia / ia Untuk umum, orang biasa
atau rakan, lelaki atau
perampuan

Sing Ku Apabila ditulis hendaklah


katan Kau Dicantum dengan kata
lain
Mu Yang menyertainya
seolah-
Nya Olah sebagai imbuhan.

Latihan 1

Garisi jawapan yang betul.

1. Di manakah ( awak , saya ) tinggal?

2. “( Kamu , Kalian ) mesti menunaikan sembahyang lima waktu,” kata ustaz kepada
murid-muridnya.

3. Akan ( ku , mu ) balas jasa kedua-dua ibu bapa.

4. Badang menjadi kuat setelah ( dia , beliau ) makan muntah hantu.

5. Izinkan ( tuan hamba , hamba ) meminta diri.

6. “(Tuanku , Baginda ) sedang beradu di dalam bilik,” kata pengawal itu.


7. “( Kita , Kami ) harus bekerja keras untuk kejayaan pasukan ini,” kata Salmiah
kepada kawan-kawannya.

8. Buku yang berwarna biru itu kepunyaan ( kita , saya ).

9. “Istana Kayangan ialah tempat ( beta , tuanku ) bersemayam,” titah sultan.

10. Param tidak hadir ke sekolah kerana ( dia ,beliau ) demam.

11. “Janganlah ( anda , kamu ) asyik mencerca orang lain,” kata Sazali kepada adiknya.

12. “Wahai Tuhan, ampunilah ( aku , kita ) yang telah banyak melakukan dosa ini,” rayu
Suhara.

13. Tahniah, ( awak , tuan ) telah berjaya, Kamil.


14. ( Beliau , Dia ) kah yang telah menjual tanah ini kepada Encik Arman?

15. ( Mereka , Baginda ) akan datang lagi pada cuti semester akan datang.

Latihan 2
Garisi dan betulkan penggunaan kata ganti diri dalam ayat di bawah.

1. “Kami akan datang lagi ke sini,” kata Ayu kepada Sara.

2. “Beta tidak mahu makan di restoran itu lagi,” kata bendahara.

3. “Jayalela dan kita kan ke Pulau Tioman bersama Cikgu Azman,” kata
Maria.

4. “Emak kita akan pulang pada pukul 5.00 petang nanti,” kata Siew Leng.

5. “Saya telah sepakat untuk mengulangkaji bersama-sama,” kata


budak-budak perempuan itu.

6. “Awak mesti datang petang ini,” kata Cikgu Yusri kepada murid-muridnya.

7. Ya Allah, hanya Awaklah tempat aku memohon.

8. Anda memang degil, Basil.

9. “Ali, kalian hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini,” tanya


Nurul.

10. “Apa yang tuan menungkan, Joe?” tanya ayahnya.

11. Ayah dia telah meninggal dunia dua hari yang lalu.

12. Sultan terlalu sedih hingga beliau tidak mahu bercakap.

13. Suhana dan kakaknya pergi ke kedai. Dia membeli sekilo tepung gandum.

14. Datuk ia berasal daripada keluarga bangsawan.

15. Encik Samad Said ialah guru besar Sekolah Kebangsaan Sri Murni.
Baginda telah bertugas di sekolah itu selama enam tahun.

Latihan 3
Isikan tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.

Beta mereka saudara kamu kami kita


engkau baginda beliau saya
1. “…………………….. tidak sepatutnya bersikap kasar terhadap budak itu,”
tegur Syamsul kepada Anita.

2. Maafkan saya,……………………… Bolehkah saya tahu di mana letaknya


Muzium Negara?

3. Siapakah yang mengizinkan ………………………. ke sini?

4. Ibu Logen seorang peguam. …………………….. sering menang dalam


perbicaraan.

5. Raja Ahmad sudah bertunang. ……………………….. akan berkahwin pada


hujung tahun ini.

6. ……………………….. kurang yakin dengan alasan yang awak berikan.

7. Adzli, Mazlan dan Rajiv berkawan baik. …………………….. ke sekolah


bersama-sama setiap hari.

8. Saya dan rakan-rakan akan ke hospital. …………………. ke sana untuk


melawat Gopal.

9. “Sesiapa yang berjaya menewaskan penderhaka itu


akan ………………….. kurniakan anugerah,” titah sultan.

10. Kempen membaca ini ditujukan kepada murid-murid. Oleh itu ……………………
harus menjayakannya.

Latihan 4
Isi tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.

1. “……………………… akan berangkat ke luar negara pada minggu depan,”


titah Sultan Selangor.

2. “…………………….. berada di kelas yang sama sejak di sekolah rendah


lagi,” kata Jimi dan Devadas kepada Koh.

3. Jika ……………………… berpecah-belah, musuh mudah mengalahkan


kita,” pesan Datuk penghulu kepada anak-anak buahnya.

4. “Sudahkah …………………………. menyiapkan kerja rumah yang saya


berikan semalam?” tanya Cikgu Nordin kepadaTeck Lee.

5. “Jangan sekali-kali…………………….. melanggar peraturan sekolah,” kata


Puan lai kepada anaknya.

6. “………………………. diminta bersabar. Perkara ini akan saya selesaikan


segera,” kata penghulu.

7. …………………….. bertitah supaya rakyat mengamalkan tabiat berjimat


cermat.

8. ………………………. yang ingin memohon jawatan ini perlu mengisi


borang terlebih dahulu,” kata pegawai itu.
9. “Sudah tiga hari saya tidak bertemu dengan Zaini. Mungkin …………………. balik
ke kampung,” kata Mazlan

10. Moga-moga Tuhan mengabulkan permohonan……………..ini.

LATIHAN MEMILIH AYAT


Latihan 1

Tandakan / pada ayat yang betul dan x pada ayat yang salah

1. Budak lelaki itu adalah Faizal.


2. Saya ialah murid baru di sekolah ini,
3. Razlan menghadiahi sebentuk cincin kepada teman
wanitanya.
4. Salwa lebih pandai berpidato daripada Salmi.
5. Majlis itu diadakan bilakah?
6. Dalam amat telaga itu.
7. Dia akan berlepas di New Zealand minggu depan.
8. Saya menonton daripada pagi hingga ke petang.
9. Ninalah yang paling tinggi sekali di dalam kelasnya.
10. Jenazah itu diletakkan di pekarangan masjid.
11. Adalah dimaklumkan bahawa kamu semua dikehendaki
datang ke sekolah esok.
12. Ibu negeri Perak ialah Ipoh.
13. Dia sangat pandai di dalam mata pelajaran Sains
14. Guru-guru Besar itu sedang bermesyuarat.
15. Shiela menunggu Liilian sejak dari pagi.

Latihan 2 (Memilih Ayat yang Betul)

Tandakan / pada ayat yang betul dan x pada ayat yang salah

1. Pak Mat sedang menceritakan tentang kejadian aneh itu.


2. Alat pendingin hawa itu telah rosak.
3. Perjalanan ke tempat itu mengambil masa selama satu
setengah jam.
4. Kerja-kerja memperdalamkan sungai itu sedang
Giat dijalankan.
5. Sungguh dalam sungai itu.
6. Taman permainan itu terletak antara masjid dan sekolah.
7. Zafrul mengetuk-ngetuk meja itu berkali-kali.
8. Terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat tadi.
9. Baju itu tersangkut pada paku.
10. Emak memotong buah itu dengan menggunakan sebilah
pisau yang tajam.
11. Petah sungguh Jonny berbahasa Melayu.
12. Datuk sedang bercerita tentang kisah silamnya.
13. Pelbagai jenis kuih-muih terhidang di atas meja itu.
14. Tahi lalat Noni terletak pada pipinya.
15. Hanya dia sahaja yang tidak membawa buku.
Latihan 3

Tandakan / pada ayat yang betul dan x pada ayat yang salah

1. Mini telekung yang berwarna merah itu milik Anita.


2. Peguam itu masuk ke mahkamah sambil menjinjit beg kulitnya.
3. Aku sanggup berkorban demi untuk ibu ku tersayang.
4. Si Jalak ialah ayam kesayangan Aqil .
5. Penjual ais krim itu bernama Encik Chong.
6. Saya sayang akan ibu saya .
7. Contoh makanan yang dijual di situ ialah seperti
beg,baju,kasut dan bunga.
8. Suzi berasal dari Thaiping,Perak.
9. Kami selalu pergi ke situ di waktu petang.
10. Istana itu amat besar sekali
11. Haris lebih gemuk dari Zamil.
12. ”Beta tidak mahu rakyat berpecah-belah,”titah Tengku Muda
Ali.
13. Saiful tidak terpilih dalam acara itu oleh kerana sikapnya yang
tidak menyenangkan.
14. Maklumat itu akan disampaikan dari masa ke semasa.
15. Aiman ialah murid yang paling tinggi sekali di kelasnya.
Latihan 4

Tandakan / pada ayat yang betul dan x pada ayat yang salah

1. ”Ampunkan hamba tuanku,”kata Panglima Husin


Kepada raja negeri itu.
2. Semua guru-guru dikehendaki hadir ke majlis
makan malam itu.
3. Kita perlulah saling tolong-menolong antara satu sama lain.
4. Jika saya berbuat begitu,saya akan dipandang hina.
5. Penyanyi tahun 60-an itu telah meninggal dunia.
6. Nama sekolah saya ialah sekolah Kebangsaan Tanjung Emas.
7. Pasukan antidadah itu datang dari Wialayah Persekutuan.
8. Juru gambar itu abang saya.
9. Beratus penduduk yang melarikan diri dari situ.
10. Kebanyakan murid-murid di sekolah itu anak orang kaya.
11. Buku tata bahasa itu kepunyaan Saiful.
12. Beg itu berat sangat.
13. Sebahagian daripada kek itu dimakan oleh Zul dan rakan-
rakannya.
14. Pak ngah dan mak teh akan berangkat ke Mekah esok.
15. Perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ianya amat
penting.

Anda mungkin juga menyukai