Anda di halaman 1dari 8

‫هللا ورحمة عليكم السالم‬...

*MUHASABAH DIRI*

*"Kisah Sebiji Kurma"*

Setelah selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat untuk berziarah ke
Masjidil Aqsa. Sebagai bekal di perjalanan, dia membeli kurma dari pedagang tua yang
berdagang dekat Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma terjatuh dari meja dekat dengan timbangan. Menyangka kurma itu adalah
sebahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu dia terus berangkat menuju Al Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al
Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih satu tempat beribadah dalam ruang di bawah Kubah
Sakhra. Dia solat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Tiba tiba dia mendengar perbualan dua
Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan
Allah SWT," kata malaikat yang satu.

"Tapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana empat bulan yang lalu dia memakan sebutir
kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat Masjidil haram," jawab malaikat
yang satu lagi ..

Ibrahim bin Adham terkejut, dia merasa sangat takut, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya,
solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-
gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal 'Adzhim" Ibrahim beristighfar. Terus dia berkemas untuk berangkat lagi
menuju ke Mekah untuk menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan
sebutir kurma yang telah dimakannya.

Sesampai di Mekah dia bergegas terus menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi dia tidak
menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "Empat bulan yang lalu saya
membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Di manakah dia sekarang? " Tanya
Ibrahim.

"Oo, beliau sudah meninggal sebulan yang lalu, sekarang saya lah yang menyambung
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, jika begitu kepada siapakah saya boleh meminta untuk
dihalalkan?". Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak muda itu
mendengarkan dengan penuh khidmat.

"Ha.., begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita.

"Saudara sebagai ahli waris orang tua itu, bolehkah saudara menghalalkan sebutir kurma
milik ayahmu yang terlanjur saya makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tiada masaalah. Insya Allah saya halalkan. Tapi tidak pasti dengan saudara-
saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani menghalalkan bagi pihak mereka
kerana mereka memiliki hak waris yang sama dengan saya. "

"Tolong berikan alamat saudara-saudaramu, biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui saudara-saudara anak muda
itu. Biarpun berjauhan, akhirnya urusan itu selesai juga. Mereka semua setuju menghalalkan
sebutir kurma milik ayah mereka yang dimakan oleh Ibrahim secara tidak sengaja.

Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham kembali berada di bawah Kubah Sakhra. Tiba-
tiba dia mendengar dua malaikat yang dulunya berbual terdengar bercakap-cakap lagi.
"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang
lain."

"Oo, tidak lagi! Sekarang doanya sudah makbul, dia telah mendapat penghalalan dari ahli
waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir
kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas. "
*Berhati-hatilah dalam memasukkan setiap makanan kedalam rongga kita kerana ia
penyebab kepada baik atau buruk tindakan amalan kita.*

AbuJihad

========================@@@@@@@@@@@@@@@@=============

🍀 Dimana asal para nabi..???

✔️Adam(AS) - Sri Lanka

✔️Nooh(AS) - Jordan

✔️Shoaib(AS) - Syria

✔️Saleh(AS) - Lebanon

✔️Ibrahim(AS) - Palestine Dan wafat di iraq

✔️Ismail(AS) - Saudi Arabia

✔️Yakoob(AS) - Palestine

✔️Yahya(AS) Palestine

✔️Zakariya (AS) Palestine

✔️Ishaq(AS) - Palestine

✔️Yusuf(AS) - Palestine

✔️Looth(AS) - Iraq

✔️Ayub(AS) - Jordan

✔️Hood(AS) - Yamen

✔️Nabi-Muhammad (SAW) - Saudi Arabia

📝Umur para nabi📝

✅Adam(AS) - 1000 Thn

✅Nooh(A S) - 950 Thn


✅Shoaib(AS) - 882 Thn

✅Saleh(AS) - 586 Thn

✅Zakariyya(AS) - 207 Thn

✅Ibrahim(AS) - 195 Thn

✅Sulayman(AS) - 150 Thn

✅Ismail(AS) - 137 Thn

✅Yakoob(AS) - 129 Thn

✅Musa(AS) - 125 Thn

✅Ishaq(AS) - 120 Thn

✅Harun(AS) - 119 Thn

✅Yusuf(AS) - 110 Thn

✅Isa(AS) - 40 Thn

✅NABI MUHAMMAD (SAW) - 63 Thn

✔️Jangan simpan je mesej ni.. Forward kpd Muslim yang lain..

🎾🎾🎾 Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah
sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-
NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn
pnyebaran mesej ini..

DIA selalu memberikan kita segala y kita mahukan.. Maka marilah kita sama2 mnyebarkn mesej ini.

Kenapa kita rasa mengantuk bila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.

Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.

Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.

Kenapa Masjid makin kecil? Tapi pusat hiburan semakin bnyk.

Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.
Cuba fikir, nak forward mesej ni? Atau nak biar je sebab takut org gelakkan anda?

Forward mesej ini kepada kawan/contacts.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku didepan kawan kamu, Aku akan
berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..

Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk
kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...

Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung denganNya...

Tolong forward mesej ini kepada semua contact anda!

* Dikatakan bahawa bila Malaikat Maut cabut nyawa dari jasad org y mati.. Dia adalah satu
pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan
sakit roh dicabut dari jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan
sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut
daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, MasyaAllah! Moga Allah menyelamatkan
kita dari sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita dari
Azab. Aameen..

💟Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).

💟Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).

💟Tiada ajaran secantik Islam.

💟Tiada lagu sesedap Adhaan.

💟Tiada amal yang bermakna dari Zakat.

💟Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.

💟Tiada sembahyang sesempurna SHOLAT(Namaz).

💟Tiada diet sesempurna PUASA.

💟Tiada pengembaraan sesempurna HAJI.

💟💟Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna. Tolong forward mesej ini utk berkongsi
ilmu.

Ini benda biasa kita buat, sebahagian dari kita bercakap masa tgh Azan..BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran,
sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia
mati... Tolong pass mesej INI kpd Muslim yang lain...

BACA DOA INI UTK HIDUP Y LEBIH BAIK..

Allahumma- inni-ala- dhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.

Duaa y hebat telah dihantar kepada anda. Apa y anda fikir nak buat dgn Duaa ini. Bayangkan kalai
َ َ
‫ِهس ْب َحان ه‬
1000 org baca doa ini sebab anda. ‫اّلل‬ ُ !!!

SubhaanaLLaah!!!

📌Bangun bila dengar AZAN, seperti anda bangun bila PHONE BERBUNYI❗️

📌Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota❗️

♣️ Takut ALLAH, seperti anda takut MATI❗️

♠️ Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda❗️

♦️Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT❗️

🍇"FAJR" 4/6 Minit❗️

🍇"ZUHUR" 6/8 Minit❗️

🍇"ASAR" 6/8 Minit❗️

🍇"MAGHRIB" 5/7 Minit❗️

🍇"ISHAA" 7/10 Minit❗️

🍒Jumlah 28/39 minit sehari dari 24 jam❓ 🍒

♥️ Jom kita fikir betul


ke kita luangkan masa kerana ALLAH ❓

⚠️ 80% orang takkan forward mesej ni

3 PESANAN buat ibu bapa yang hantar anak ke sekolah awal tahun nanti.

1. JANGAN parking sesuka hati. Sikap ini kita kena ubah. Kenapa nak sangat parking depan pintu
pagar utama? Malah kalau boleh nak parking kereta dalam kelas anak terus!

Jom ubah. Parkinglah jauh sedikit tak apa asal tidak mengganggu laluan. Banyak keuntungan parking
jauh ni. Kita boleh luang masa lama sikit berjalan-jalan dengan anak untuk hantar ke kelas. Banyak
cerita boleh dikongsi, paling penting, ini momen yang bakal kita ingati tua nanti.

Jangan halang jalan. Beri laluan pada bas & van sekolah parking. Diorng ambil & hantar ramai murid-
murid lain. Kau hantar & ambil anak kau seorang je. Guna otak lah sikit. Jangan menyusahkan laluan
orang lain. Berjalan jauh ni, selain dapat berinteraksi dengan anak-anak, badan kita pun sihat.

2. JADILAH manusia yang ada rasa. Waktu hantar anak-anak, perhatikan juga keadaan murid-murid
lain.

Jika lihat ada murid yang datang dengan pakaian koyak dan lusuh, ringankan mulut bertanya khabar
berita. Mungkin ayahnya lumpuh, mungkin juga keluarganya dhaif.

Jika ada duit kau lebih, hari esok bawalah sepersalinan baru untuk anak itu. Ya, aku tahu kita tak
mampu nak tolong semua orang, tapi cubalah bantu setakat yang mampu. Hadiahkan anak itu alat
tulis contohnya.

3. JANGAN ambil hak murid-murid lain! Aku dah menulis hal ini berkali-kali. Tapi aku kena tulis lagi
kerana masih ramai yang ambil hak anak-anak.

Ibu bapa yang menemani anak mereka rehat di kantin selalu ambil hak murid-murid lain.

Kerusi meja kantin terhad. Bila mak ayah turut sama duduk kat situ, maka pasti ada murid tiada
tempat untuk duduk dan makan.
Kita kena sentiasa ingat. Bukan semua keluarga beruntung macam kita. Yang mampu temani anak di
awal-awal hari persekolahan mereka.

Ada anak-anak yang sudah tidak punya ayah dan ibunya terpaksa bekerja. Maka dia hadir seorang
diri di hari pertama persekolahan tanpa ditemani siapa-siapa.

Membeli di kantin tiada yang bantu. Terkulat-kulat tidak tahu hendak menggunakan duit. Jika kau
nampak murid sebegini, bantulah dia membeli.

Dah dapat makanan, ramai pula murid mundar mandir mencari tempat duduk. Biasa sangat berlaku
tempat duduk murid penuh dengan ibu bapa yang mengelilingi anak mereka. Duduk dibangku murid
sambil menyuap anak tersayang sedang murid lain termangu-mangu tidak tahu mana hendak dituju.

Sedang murid lain yang tidak ditemani ibu bapa, berdiri melihat kejamnya manusia yang mengambil
hak mereka. Pernah berlaku, seorang murid berdiri dengan sepinggan mee yang belum disentuh
sambil memeluk tiang hingga loceng rehat tamat berbunyi sebelum ada guru yang menyedari.

Guru yang bertugas, sila bertegas dengan ibu bapa yang suka ambil hak murid sebegini. Tegur
dengan sopan. Jika dia buat tidak endah, jerkah sahaja. Kalau dia melawan, panggil guard halau
keluar saja.

Tiada hormat buat mereka yang tidak tahu beradab. Begitulah.

- Jadilah manusia yang punya rasa.

#kopipes

#vdaresources

#prihatin

#jgnsombong

#buangego

Anda mungkin juga menyukai