Anda di halaman 1dari 2

Kerana Lisan Buruk Padahnya

Kisah Pertama :

Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah
adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah
engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Kata kakaknya lagi, "Uish!!
Takkan camtu?, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari
suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari
bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih di rumah.

Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Taklama kemudian, suami dan isteri ini bercerai.

Dari mana punca masalah rumahtangga mereka?

Hanya dari pertanyaan yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya.

Kisah kedua :

Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tidak
rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” Rumah yang
tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu
membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan
hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan
kewangan keluarganya.

Kisah ketiga :

Seorang kawan bertanya.

''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!!,
majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu.

Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya.

Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan
terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat :

Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik
dalam sebulan? "
Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "uish!! melampau sekali
anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih
kerap lagi."

Hati si makcik menjadi sedih.

Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya.

Makcik tadi mula menangis dan bersedih.

Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-
pertanyaan di atas?

Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain.Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg
diperolehi org lain..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..andai dia berbahagian,lihatla
corak dan gaya kehidupannya..bukan menghukum dgn membawa cerita..

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka
miliki.

Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Perosak
kebahagiaan orang lain.

Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Anda mungkin juga menyukai