Anda di halaman 1dari 1

CONTOH TEKS SYARAHAN

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat
pagi dan salam 1 Malaysia. Pada pagi yang cukup cerah ini, saya,
akan menyampaikan syarahan saya kepada anda semua yang
bertajuk "Budi Bahasa,Budaya Kita".

Hadirin yang dihormati,

     Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan


rakan di sini pernah mendengar ungkapan  ' Budi Bahasa Budaya
Kita '. Tetapi, adakah anda mengetahui maksud ungkapan ini?
Ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita ' ini  merupakan satu
kempen yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia bagi
menyerapkan sikap budi bahasa dalam kehidupan golongan
masyarakat.

     Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukan susah sangat.


Perbuatan mudah seperti mengucapkan terima kasih dan memberi
salam juga dikira sebagai bersikap budi bahasa. Walau
bagaimanapun, pihak kerajaan masih menganjurkan kempen '
Budi Bahasa Budaya Kita ' kerana golongan muda sekarang
semakin terlibat dalam masalah sosial dan tidak lagi menghormati
orang yang lebih tua daripada mereka.

Hadirin dan hadirat,


    
     Dengan bersikap budi bahasa, seseorang memperoleh banyak
manfaat. Namun, faedah yang paling utama dengan bersikap
berbudi bahasa ialah seseorang akan disukai oleh orang ramai.
Jika kita selalu membantu orang yang berada dalam kesusahan,
tentulah kita akan disukai oleh banyak orang. Ketika kita sendiri
mempunyai masalah, orang lain juga akan membantu kita.

     Konklusinya, masyarakat Malaysia sayugianya mempunyai


sikap budi bahasa dalam diri sendiri agar dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan damai. Bagai kata pepatah, " hancur
badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. "

    Sebagai mengakhiri syarahan saya, saya mohon maaf jika


tersilap kata dan terlanjur bicara.

    Sekian, terima kasih. 

Anda mungkin juga menyukai