Anda di halaman 1dari 24

KARANGAN JENIS PENDAPAT ATAU KARANGAN FAKTA

LATIHAN MENGARANG
KARANGAN JENIS PENDAPAT ATAU KARANGAN FAKTA

Latihan 1

Soalan : Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, tetapi kadar kemalangan di jalan
raya terus meningkat. Berikan pendapat anda tentang sebab-sebab berlakunya
kemalangan jalan raya.

Langkah 1

Mencatat tajuk /kehendak soalan :

____________________________________________________________________

Langkah 2

Menyenaraikan isi-isi penting ;

1. __________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________

Langkah 3

Menulis Rangka Karangan

Pendahuluan :

• Berita kemalangan jalan raya banyak dipaparkan menerusi media massa terutama pada musim
perayaan.
• Mungkinkah kemalangan jalan raya berpunca daripada masyarakat tidak sayangkan nyawa?

Isi :

1. Berpunca daripada sikap pengguna yang tidak berhemah ketika memandu.


- suka memandu laju
- tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
2. Bentuk jalan yang tidak elok.
- jalan yang rosak dan berlubang akibat hujan dan kenderaan berat

- jalan yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu

3. Penguatkuasaan yang bermusim menyebabkan pengguna jalan raya tidak berasa


takut.
- Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan hanya kerap melakukan penguatkuasaan
apabila tiba musim perayaan.

4. Anak muda menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram.


- ketika memandu anak muda hanya memikirkan keseronokan
- ingin menunjukkan jaguh ketika di jalan raya

Penutup :

• Tindakan pengawasan perlu dilakukan secara berterusan


• Pengguna jalan raya perlu sayangkan diri, keluarga dan orang lain.

Langkah 5

Pelajar-pelajar dikehendaki menyusun semula perenggan-perenggan di bawah ini supaya menjadi


sebuah karangan yang lengkap berdasarkan tajuk di atas.

Penguatkuasaan yang bermusim menyebabkan pengguna jalan raya tidak berasa takut. Memang
ada anggata polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertugas mengawasi tingkah laku
pengguna jalan raya, tetapi mereka hanya kelihatan ketika sebelum dan selepas hari perayaan
sahaja. Pada hari-hari biasa pengguna jalan raya akan memandu mengikut selera sendiri tanpa
mematuhi peraturan jalan raya. Hal ini akan menyebabkan kemalangan jalan raya semakin
meningkat dari sehari ke sehari.

Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Sebab paling utama adalah sikap
pengguna jalan raya yang tidak berhemah ketika memandu. Pemandu lebih gemar memandu laju
dengan alasan kereta yang mereka naiki cukup canggih untuk menderum di jalan raya. Selain itu,
mereka juga tidak berhati-hati ketika memandu malah ada juga yang tidak mematuhi lampu isyarat
dan tanda jalan. Kesilapan yang dilakukan oleh seorang dua penggguna, boleh menyusahkan
pengguna lain.

Faktor seterusnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku ialah bentuk jalan raya yang
tidak elok. Kajian menunjukkan kadar kemalangan di jalan persekutuan atau jalan biasa lebih
banyak berbanding di lebuh raya. Keadaan ini berlaku kerana, di jalan raya biasa, bentuk jalannya
berliku-liku seperti ular kena palu dan jalan pula tidak rata dan berlubang-lubang. Sering
dilaporkan di media, penunggang motosikal tiba-tiba termasuk ke dalam lubang di jalan raya yang
tidak dibaiki. Masalah ini sukar diatasi sepenuhnya kerana hujan dan hal ini ditambah dengan
massalah kenderaan berat yang melalui jalan yang sama menyebabkan jalan mudah rosak.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mencatat kadar kemalangan yang agak tingggi terutama
pada musim perayaan. Boleh dikatakan, setiap hari pasti ada berita yang memaparkan tentang
kemalangan jalan raya. Walaupun pelbagai kempen dilancarkan oleh kerajaan untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ini, namun kesannya amat mendukacitakan.
Mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan nyawa sendiri dan
keluarga masing-masing ?

Kesimpulannya, kita perlulah merenung secara mendalam akan masalah peningkatan kes
kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi segera, jalan raya bukan lagi laluan yang
selamat, malah boleh menjadi sungai maut. Oleh itu, tindakan untuk mengatasi masalah ini perlu
dilakukan secara berterusan bukan sekadar melepas batuk di tangga sahaj.. Dalam waktu yang
sama, pengguna jalan raya perlu ditanamkan sikap sayang akan diri sendiri, keluarga dan orang lain
supaya mereka lebih berhemah ketika berada di jalan raya. Slogan “Pandu Cermat, Jiwa Selamat”
perlu dijadikan pegangan ketika memandu.

Selain itu, anak muda pula sering menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram.
Semasa berlumba ini, disebabkan perasaan ingin menang dan menonjolkan kejaguhan masing-
masing, mereka sanggup memandu atau menunggang motosikal selaju yang boleh sehingga lupa
akan bahaya yang bakal menanti. Malang tidak berbau, ketika asyik berlumba haram, mereka lupa
akan keluarga dan nyawa sendiri. Akhirnya, berlakulah kemalangan yang menyebabkan nyawa
melayang.

Langkah 6

Pelajar-pelajar diminta menulis semula karangan di atas dengan hanya berpandukan rangka
karangan yang diberi.

Langkah 7

Berdasarkan soalan di atas, arahkan pelajar-pelajar menulis sebuah karangan yang lengkap tanpa
memberi rangka karangan kepada mereka.

Latihan 2

Soalan : Program kitar semula dilaksanakan untuk menangani masalah pelupusan


sampah sarap yang semakin serius. Jelaskan sebab-sebab perlunya kitar
semula diadakan di negara ini.

Langkah 1

Mencatat tajuk/kehendak soalan

Langkah 2

Menyenaraikan isi-isi penting

1. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2 __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Langkah 3

Menulis Rangka Karangan

Pendahuluan :

- kitar semula ialah pemprosesan semula bahan-bahan buangan agar dapat digunakan
semula.
- tahap kesedaran rakyat terhadap program ini kurang memberangsangkan.

Isi :

• dilaksanakan kerana jumlah pembuangan sampah sarap yang dibuang semakin banyak –
pertambahan penduduk – mengalami kekurangan tempat pembuangan sampah sarap.
• mengelakkan pencemaran udara atau pencemaran air- sesetengah orang membakar sampah sarap
di kawasan terbuka – ada yang membuang sampah ke dalam sungai.
• mengelakkan orang ramai membuang sampah di merata-rata tempat – menggambarkan imej
pengotor – melalui kitar semula bahan buangan dapat dikitar semula.

Penutup :
- haruslah bersama-sama menjayakan program ini
- tidak akan ditimbuni sampah sarap

Langkah 4

Pendahuluan karangan dan ayat pertama setiap perenggan diberi. Pelajar-pelajar diminta menyalin
semula pendahuluan tersebut, kemudian menyalin semula ayat pertama setiap perenggan dan
kemudian menulis karangan tersebut selengkapnya.

Sebab-sebab Perlunya Kitar Semula di Negara Ini

Kitar semula ialah pemprosesan semula bahan-bahan buangan agar dapat digunakan semula.
Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, kertas terpakai, botol plastik, tin
minuman, dan besi buruk. Kerajaan telah melaksanakan program kitar semula untuk menangani
masalah pelupusan sampah sarap yang semakin serius. Namun begitu, tahap kesedaran rakyat
terhadap program ini masih kurang memberangsangkan. Mengapakah kitar semula penting di
negara ini?

Salah satu sebab, mengapa kitar semula penting di negara ini adalah kerana negara kita mengalami
kekurangan tempat pembuangan sampah sarap. Hal ini terjadi
kerana .........................................................

Selain itu, kitar semula penting untuk mengelakkan pencemaran udara atau pencemaran air yang
semakin membimbangkan di negara ini. Hal ini berlaku kerana, …………………………………………….

Faktor seterusnya yang memerlukan kita melaksanakan kitar semula adalah untuk mengelakkan
orang ramai membuang sampah di merata-rata tempat. Sikap orang ramai ini
………………………………………….

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah bersama-sama menjayakan
program ini ……………………………
Latihan 3

Soalan : Dadah apabila disalahgunakan membawa padah. Nyatakan kesan buruk


penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat di negara ini.

Langkah 1

Mencatat tajuk/kehendak soalan

Langkah 2.

Pelajar-pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan yang lengkap berdasarkan rangka karangan
yang diberi.

Rangka Karangan

Pendahuluan :

- dadah digunakan dalam bidang perubatan – apabila disalahgunakan dan digunakan


secara berterusan akan menyebabkan ketagihan- mengakibatkan pelbagai keburukan.

Isi :

- gelap masa depan – badan dan otak menjadi lemah – pelbagai jenis penyakit – penyakit AIDS –
berpunca – daripada berkongsi jarum suntikan
- tidak berguna kepada masyarakat – seperti bangkai bernyawa - keamanan masyarakat terancam –
pelbagai jenayah berlaku – tidak ada sifat kemanusiaan.
- Hilang sumber tenaga manusia – tidak dapat digunakan untuk membangunkan negara – terjejas
dengan teruknya.
- Berjuta-juta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk merawat penagih dadah – membiayai pembinaan
pusat pemulihan, mengadakan kempen dan sebagainya.

Penutup :

- dadah banyak mendatangkan bahaya- musuh Negara – melancarkan pelbagai kempen untuk
menangani masalah penyalahgunaan dadah.

Latihan 4

Soalan : Kita digalakkan mempunyai rakan yang ramai. Akan tetapi tidak semua rakan
kita akan bersama-sama menangis apabila kita dalam kesusahan. Oleh itu,
terangkan ciri-ciri rakan yang baik.

Arahan : Berdasarkan rangka karangan di bawah ini, tulis karangan berkaitan ciri-ciri
rakan yang baik selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180
patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan :
Mudah mencari rakan tertawa dan sukar mencari kawan menangis.
- Perlu mencari rakan yang berkualiti
- Silap membuat perhitungan akan sesal sepanjang hayat.

Isi :
1. Pilih rakan yang mempunyai wawasan hidup.
- Rakan yang mahu berjaya cemerlang dalam pelajaran
- Jauhkan diri daripada rakan yang bersikap negatif
2. Perlu mempunyai minat yang sama.
- Rakan yang berminat terhadap pelajaran
- Jika mempunyai minat yang sama, kita akan kekal dengan minat kita.
3. Cari rakan yang sanggup bersusah payah untuk kita, ke lurah sama dituruni, ke bukit
sama didaki.
- Kesusahan ujian untuk kita, dan peluang mencari rakan sejati.
- Tidak berguna mempunyai rakan tetapi menghilangkan diri apabila kita susah.
4. Cari rakan yang tahu menjaga keperibadian atau mempunyai harga diri.
- Cari rakan yang tutur katanya menghiburkan.
- Amanah tingkah laku, pertuturan, dan memegang janji.

Penutup :
Sukar memiliki rakan sejati jika kita bersikap negative.
- Manusia tidak mempunyai kesempurnaan seratus peratus.
- Jangan terlalu memilih status untuk mencari rakan yang baik.
Latihan 5

Soalan : Persatuan di sekolah anda sering menganjurkan lawatan sambil belajar ke


sesuatu tempat. Berikan pendapat anda tentang faedah yang diperoleh
mengikuti lawatan tersebut

Arahan : Berdasarkan rangka karangan yang diberikan di bawah ini, tuliskan sebuah
karangan yang lengkap berdasarkan tajuk di atas. Panjang karangan anda
hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan :

Persatuan di sekolah mengadakan pelbagai aktiviti.


- mengadakan lawatan sambil belajar
- lawatan menjadi daya penarik kepada ahli.

Isi :

1. Lawatan boleh menambahkan pengetahuan.


- Jika ke Melaka dapat melihat kesan tinggalan sejarah.
- Pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas.

2. Dapat memanfaatkan masa lapang, kerana masa itu emas


- Jika tidak menyertai lawatan, mungkin asyik menonton televisyen di rumah.
- Menyebabkan kita malas menolong kedua-dua ibu bapa di rumah.

3. Satu cara untuk memperoleh hiburan


- Dapat melihat bumi Malaysia yang menghijau.
- Ketenangan memudahkan kita mengulang kaji pelajaran.

4. Melawat boleh mengukuhkan ikatan silaturahim.


- Masa berbual lebih lama.
- Sifat setia kawan dapat diwujudkan.

Penutup :

Persatuan perlu merancang aktiviti lawatan sejak awal tahun.


- Adakan lawatan ke tempat yang mencabar.
- Pelajar akan rugi jika tidak menyertai lawatan.

Latihan 6

Soalan : Kerap kali anda mendengar komen orang ramai tentang mutu sukan di
negara kita.
Nyatakan punca-punca kemerosotan sukan di negara kita.
Arahan : Berdasarkan rangka karangan yang diberi di bawah ini, tuliskan sebuah
karangan lengkap berdasarkan tajuk soalan di atas. Panjang karangan
anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

Mutu sukan di negara kita tidak konsisten sejak akhir-akhir ini.


- pihak media membuat laporan
- masyarakat inginkan penjelasan

Isi :

1. punca utama – para pemain kurang memiliki sikap cintakan negara – bermain bersungguh-
sungguh sekiranya memperoleh imbuhan yang lumayan.
2. pemain menganggap bidang sukan sebagai kerjaya sampingan – mereka kurang memberikan
tumpuan sepenuh masa. Melakukan sesuatu seperti melepaskan batuk di tangga.
3. kurangnya sekolah-sekolah sukan - bakat-bakat berpotensi tidak dapat dicungkil.
4. peralatan dan kemudahan sukan masih kurang berbanding dengan negara-negara maju.

Penutup :

- suatu program sukan yang terancang perlu dilaksanakan


- semua pihak terutama kerajaan dan swasta harus berusaha untuk meningkatkan mutu sukan.

Latihan 7

Soalan : Permainan tradisional tidak mendapat sambutan dalam kalangan


generasi muda kerana kurang pendedahan kepada masyarakat. Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilaksanakan?

Arahan : Berdasarkan rangka karangan yang diberikan di bawah ini, tuliskan sebuah
karangan yang lengkap berdasarkan soalan di atas. Panjang karangan anda
hendaklah melebihi 180 patah kata.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

Permaianan tradisional merupakan permainan tinggalan nenek moyang kita seperti wau, congkak,
sepak raga dan sebagainya.
- semakin dilupakan kerana terlalu banyak permainan moden yang menggunakan komputer dicipta.
- nilai-nilai tradisinal semakin lenyap.
Isi :

1. kerajaan dan masyarakat patut menganjurkan pertandingan permainan tradisional bermula dari
peringkat daerah , negeri, kebangsaan – penyertaan daripada pelbagai kaum digalakkan.
2. menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah – memberikan kursus kepada guru
penasihat - mengupah individu yang mahir dalam permainan tradisional mengajar di sekolah-
sekolah – menarik minat pelajar.
3. pemenang permainan tradisioanal dinobatkan sebagai tokoh sukan tradisional – beri pelbagai
penghargaan.
4. mewajibkan hotel-hotel menganjurkan pertunjukkan , pameran permainan tradisional -
mengadakan pertandingan - menghiburkan para pelancong.

Penutup :

- Permainan tradisional perlu diwariskan kepada generasi akan dating.


- Dapat mengekalkan budaya bangsa dan identiti negara kerana permainan ini tak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek panas.

Latihan 9

Soalan : Anda telah mengikuti Kursus Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan PMR
di sekolah. Nyatakan manfaat yang anda peroleh daripada kursus tersebut.

Arahan : Berdasarkan rangka karangan yang diberikan di bawah ini, tuliskan sebuah
karangan yang lengkap berdasarkan tajuk di atas. Panjang karangan anda
hendaklan melebihi 180 patah kata.

Rangka Karangan

Pendahuluan :

Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) merupakan peperiksaan yang penting kepada pelajar-pelajar
tingkaan 3.
- kursus sehari bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang
- bayaran RM15.00 seorang
- bertempat di dewan sekolah.

Isi :

1. penceramah memberitahu tajuk-tajuk penting - para pelajar digalakkan mengumpulkan soalan-


soalan yang ada kaitan dengan tajuk tersebut.
2. penceramah menerangkan teknik-teknik menjawab soalan dengan betul - seperti perlu membaca
soalan sebanyak dua kali sebelum menjawab – garisi kehendak soalan - kenal pasti akan jawapan
yang salah dan pilih jawapan yang betul.
3. penerangan tentang faedah belajar mengikut jadual waktu, belajar secara berkumpulan, dan
menjaga kesihatan diri kerana badan sihat otak cerdas.
4. mendapat soalan ramalan beserta jawapan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
dan Pendidikan Islam

Penutup :

- mendapat semangat baru untuk belajar dan berasa lebih yakin untuk menduduki
peperiksaan sebenar pada hujung tahun.

Latihan 10

Soalan : Penggunaan teknologi komputer dan kesannya kepada manusia sejagat.


Huraikan pendapat anda tentang faedah teknologi komputer kepada
masyarakat.

Arahan : Berdasarkan rangka karangan di bawah ini, tuliskan sebuah karangan


yang lengkap berdasarkan tajuk di atas. Panjang karangan anda hendaklah
melebihi 180 patah perkataan.

Rangka Jawapan

Pendahuluan :

Komputer merupakan hasil ciptaan sains dan teknologi.


- banyak membawa perubahan
- membantu manusia menguruskan kerja-kerja harian.
- meningkatkan produktiviti.

Isi :

1. bidang perdagangan - urusan perniagaan seperti menghantar pesanan dan menjelaskan bayaran
– menjimatkan tenaga manusia dan masa.
2. bidang perubatan - mengesan dan merawat pelbagai jenis penyakit – mencipta ubat-ubatan
berkualiti – membantu pesakit.
3. bidang maklumat – mesej disebarkan ke seluruh dunia – pelajar dapat mengumpul maklumat
dengan mudah dan pantas – maklumat di hujung jari anda,
4. bidang pengangkutan - melicinkan perjalanan - LRT, komuter, monorel – alat kawalan
kenderaan berkomputer - mempercepat perjalanan dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.

Penutup :

Kerajaan perlu mewajibkan pendidika komputer di sekolah.


- pelajar tidak ketinggalan dalam bidang computer
- tidak seperti katak di bawah tempurung.
SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor
menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu
Pemahaman.

Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini
dengan baik.

BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.

Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya
terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.

A. Faham
Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih
jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut.

Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah
kerana calon perlu berusaha memahami maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak.

Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh
itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan.
Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap pilihan jawapan tersebut.

Contoh soalan;

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

B. Baca

Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan
sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

C. Kesan

Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan
membantu dan memudahkan calon memilih jawapan yang tepat.

Dalam soalan ini, klunya adalah ‘menyampaikan’ (Bulatkan perkataan menyampaikan).

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.
D. Pilih

Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Oleh itu,
fahamkan betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

Pengganggu jawapan yang hampir tepat

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

Pilihan jawapan yang paling tepat

Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut:

* Jawab soalan yang mudah terlebih dulu.

* Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah.

* Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian tatabahasa.

* Segera jawab soalan bahagian petikan.

* Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan.

BAHAGIAN PEMAHAMAN

Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat
dengan petikan yang disediakan.

Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah:

A. Baca dan faham

Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan
memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu.

Contoh soalan:

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut
hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.


C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.

B. Cari pembayang jawapan

Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut.

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut
hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

C. Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan)

... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan
semula (pembayang)

D. Memilih

Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah
jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya
dalam petikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN)

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.

Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar
calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.

ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.

iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.

iv. Membuang masa dengan soalan yang susah.

v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.

vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.

vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.
Ingat!:
Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam
itu cukup 40. Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang
ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu semak semula.

BAHASA MELAYU (PENULISAN)


BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang
awal ke sekolah atau dewan peperiksaan.
Persediaan awal itu penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar
bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.
Sebagai peringatan, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat,
Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.
(a) Bahagian A

1. Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah.

2. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu.

a. Langkah pertama

Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga, iaitu
“tentang”, “aktiviti” atau “situasi”.

Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat “Cara-Cara
Melintas Jalan Raya Dengan Selamat”. Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat.

Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat
dengan subjek (watak).

b. Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar.

Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan.
Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang ada.

c. Langkah ketiga.

Calon mula membina ayat berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan.

Dinasihatkan agar calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan
ayat dengan subjek (watak).

Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana, mengapa
dan bila).

Contoh:

Watak Kata Kerja Maklumat

Beberapa orang murid - menyertai - pertandingan lukisan

- melukis - sempena Hari Kebangsaan

- mewarna - di dewan
Jawapan contoh: Beberapa orang murid yang menyertai pertandingan lukisan sedang melukis dan mewarna
lukisan mereka sempena Hari Kebangsaan di dewan.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata
kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna.

Calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan
sebagai pengulangan ayat.

Pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas
jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

d. Langkah keempat

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif.

Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya. Kesalahan
ejaan boleh menjejaskan markah.

Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara
“memangkas” dengan “mencantas”, dan “membelah” dengan “mengerat”. Maknanya berbeza mengikut keadaan
atau konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza.
Contohnya, “Ayah menjual ikan” dengan “Ayah penjual ikan”. Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza
disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar.

Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan
awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

(b) Bahagian B

Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit.

Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan kaedah FMK iaitu Formula Menulis Karangan, iaitu kaedah
menulis karangan berdasarkan perenggan 233332. Setiap karangan mempunyai enam perenggan.

233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga
kelima, masing-masing tiga ayat.

Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih
kemas.

Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

a. Langkah pertama

Pilih soalan. Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab.
Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada
juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya;

Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang
meminta tolong. Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu.

Kunci soalan ini ialah “Ceritakan tindakan”. Kehendak soalan ialah “menceritakan tindakan selepas mendengar
jeritan”. Manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat.

Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.

b. Langkah kedua

Merangka karangan. Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada “Peta Minda”, “Melakar
Isi” atau “Teknik Penyoalan”.

c. Langkah ketiga

Menulis karangan. Pastikan ada enam perenggan bagi karangan yang calon tulis.

Pastikan calon tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam
perenggan pendahuluan. Contohnya:

1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.

2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam
atau luar negara.

Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2.

Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK, iaitu isi, contoh dan
kesan atau IKC, iaitu isi, kesan dan contoh.

Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti berbentuk rumusan, nilai, pantun,
penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.

d. Langkah keempat

Semak karangan. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih
untuk menjawab Bahagian C.

(c) Bahagian C

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak
menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.

Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan.
Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang
terkandung dalam petikan itu.
Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran.

Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik
itu.

Pengajaran bagi ayat ini ialah “menghargai”, manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah
“Abang mengucapkan terima kasih”.

Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang
sepatutnya.

Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan.

a. Langkah pertama

Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan
yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran.

Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran waktu malam.

Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah “mengulang kaji”.

Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran
yang ada dalam petikan.

b) Langkah kedua

Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:

Pengajaran Perbuatan Agar atau Siapa

Rajin mengulang kaji pelajaran - lulus periksa

- Zaidi

c) Langkah ketiga

Membina ulasan lengkap.

Contohnya: Kita mestilah rajin mengulang kaji pelajaran agar lulus peperiksaan seperti Zaidi.

Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih
menarik.

d) Langkah keempat

Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.

Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15
minit, calon perlu bijak menguruskannya. Dicadangkan;

• Bahagian A - tiga minit faham gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak.
• Bahagian B - 10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima
minit lagi untuk semakan.

• Bahagian C - Lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima
minit lagi menyemak.

• Masa lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C.

Bahasa Melayu Penulisan Upsr

MATEMATIK 1 DAN 2
GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum
bagi Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan.
Sehubungan itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi tumpuan ketika menjawab
soalan kedua-dua kertas itu.

KERTAS 1
Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua
jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah.
Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik.
Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti
meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan
yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat
pengumpulan semula.
Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk
penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar.
Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat
dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan
maklumat penting itu.
Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama
banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.
Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab.
Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.
Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.
Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum
atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan
bahagi).
Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan
untuk membuat pengiraan.
Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan
kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu.
Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon
membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat
lagi dalam pernyataan soalan.
Contoh;
Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to hos neighbours. He sells 3/4 of the
remainder. What percentage of the durians is left?
Pak Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya. Dia menjual 3/4
daripada baki durian itu. Berapakah peratus durian yang tinggal?
A 5 B 20 C 80 D 240
Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan.
Tiga maklumat utama, iaitu;
(i) Pak Abu ada 400 durian
(ii) Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.
(iii) Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.
Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left). Kemudian, lihat kehendak soalan.
Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal. Langkah pertama, cari jumlah durian
Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu:
1

--- x 400 = 80

Seterusnya cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah kata kunci yang amat penting
dalam ayat ini. Pengiraan yang betul ialah:

--- x ( 400 - 80 ) = 240

Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:

400 - 80 - 240

= 80

Pada peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada calon menjawab 80 sebagai pilihan jawapan,
maka ia salah. Ada satu lagi langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti durian yang
tinggal itu kepada peratus, iaitu;

80

----- x 100% = 20%

400

Jawapan: B (20)

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat pengiraan pada langkah kedua. Ada calon
mencari bilangan durian yang dijual berdasarkan jumlah asal durian Pak Abu, iaitu:

--- x 400 = 300

Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:

400 - 80 - 300

= 20

Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu:

20
----- x 100% = 5%

400

Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah:

a) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri.

b) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan.

c) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat.

d) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan.

e) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula.

f) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan.

g) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan.

KERTAS 2

Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar
tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.

Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan
jawapan.

Ramai calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian masalah. Malah, ada yang tidak
dapat menukar masalah dikemukakan dalam soalan ke bentuk ayat matematik.

Contoh:

50 biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan
kek yang Izzaty dapat?

Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:

50 ÷ 2 - 10 =

Langkah menjawab: 25 25 - 10 = 15

-------

2 ) 50

-4

----

10

- 10

---

Jawapan yang diberikan adalah SALAH.


Langkah yang betul adalah seperti berikut:

( 50 - 10 ) ÷ 2 =

50 - 10 = 40 40

---- = 20

Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20

Jawapan: 20

Bagi soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep pengiraan sebahagiannya
memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan.

Sebagai contoh:

Convert 109% to a mixed number.

Calon kerap memilih 109% adalah

109 9

----- = 1 --- (jawapan adalah salah)

100 10

Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:

109% = 1 -----

100

Sejumlah 20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk subjektif, perlu menulis langkah
pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5
soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan).

Kesilapan sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang jelas.
Perhatikan jawapan calon berdasarkan contoh soalan berikut:

State the digit value of 6 in the number 0.67 million.

Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta.

Jawapan calon:

60 atau Enam puluh / Sixty or 60

Jawapan diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan mewakili juta/million). Jawapan
tepat ialah perpuluhan (decimal) melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu:

0.67 million = 0 670 000


600 000

Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction)

---- million

10

Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan.

Soalan dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan ayat terlalu panjang. Banyak
soalan dibantu rajah dan gambar. Ini memudahkan calon memahami kehendak soalan.

Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan
pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan
pengiraan seterusnya menjadi salah.

Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah.

Kesilapan kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat terakhir atau memberikan
jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.

ENGLISH 1 AND 2
UPSR ENGLISH PAPER : EASIEST WAY TO PASS
UPSR EXAMINATION FORMAT
THERE ARE TWO PAPERS TESTED IN UPSR.
PAPER 1 IS DIVIDED INTO 5 SECTIONS ( 40 MULTIPLE QUESTIONS ).
PAPER 2 IS DIVIDED INTO 3 SECTIONS ( 3 QUESTIONS ).
YOU HAVE 50 MINUTES TO ANSWER PAPER 1 AND 1 HOUR 15 MINUTES FOR PAPER 2.
PAPER 1
SECTION A
VOCABULARY
10 multiple choice questions
• Word level ( 4 questions )
• Phrase level ( 3 questions )
• Sentence level ( 3 questions )
Tests pupils’s knowledge and understanding in vocabulary.
SECTION B
SOCIAL EXPRESSIONS
5 multiple –choice questions.
Test on social expressions used in various situations.
SECTION C
GRAMMAR
10 multiple-choice questions
Test pupil’s knowledge and understanding in grammar, spelling and punctuation.
SECTION D
GRAMMAR TEXT COMPLETION
1 passage which describes a picture
5 multiple choice questions
Test on language items such as nouns, tenses, adjectives, conjunctions etc.
SECTION E
COMPREHENSION
2 passages oflinear and non-linear texts.
5 multiple choice questions are set for each passage.
PAPER 2
SECTION A
SENTENCE CONSTRUCTION
• A PICTURE
• 10 Words
• Pupils are required to make 5 sentences by using the words given to describe the picture.
SECTION B
TRANSFERRING INFORMATION
• A picture
• 2 parts :- a. Fill in the blanks
b. Giving their own opinion or reasons.
SECTION C
NOTE EXPANSION
• A picture given as stimulus.
• Words given to guide students.
MARKING SYSTEM
Paper 1 = 40 marks
Paper 2 = 40 marks,
To get “A” is around 80% .That’s mean you must get a total of 64 marks from both paper.
SCORING CRITERIA FOR PAPER 2
MARKING SCHEME FOR SECTION A : QUESTION 1 ( SENTENCE CONSTRUCTION )
BAND DESCRIPTIONS
EXCELLENT
( 9-10 MARKS ) Excellent and confident use of language.
Ideas convey clearly through a variety sentence structure. Confident to use new words to express ideas. Ideas are
well-planned, relevant and linked.
Overall accurate use of spelling and punctuation.
CREDIT
( 5-8 MARKS ) Confident use of language throughout.
Attempts made to construct variety types of sentence structures but occasional errors occur.
Most ideas are well planned but links may be absent or inappropriate.
Most of the ideas are well organized and conveyed clearly.
Overall meaning is still clear.
ACHIEVEMENT
( 3-4 MARKS ) Generally, confident use of the language. Simple sentences with minor errors but meaning is still
clear.
Satisfactory presentation of ideas.
A few punctuation and spelling errors.
LOW ACHIEVEMENT
( O-2 MARKS ) Poor use of language.
Multiple errors found in sentences.
Ideas are incomprehensible even after a few readings.
Limited and incorrect use of vocabulary.
Many spelling and punctuation errors.
There is no answer given.
Which band are you ? Well…here is a very simple way to help you. Click here.
Still can’t understand ? I’ll explain it in Bahasa Melayu.
1. Ada 10 perkataan yang diberi dalam setiap kotak, dibawah gambar, kan?
2. Cari perkataan yang menunjukkan perbuatan/ Kata Kerja ( Verb ).
3. Letakkan Who ( siapa ) disebelah kiri Verb tersebut.
4. Jika Who tersebut 1 ataupun singular maka tambah “s” pada verb anda.
5. Jika Who itu lebih daripada 1 atau plural, maka tidak perlu tambah apa-apa.

SAINS
1. Baca soalan dengan teliti sebanyak 2 kali

2. Analisa Jadual / Gambarajah / Graf

2.1 Kaji fakta di dalam jadual

2.2 Rangsangan pada gambarajah

2.3 Tafsir graf (banding beza)

3. Elakkan jawapan dengan ayat yang panjang atau

kenyataan umum.

4. Gunakan maklumat / rangsangan yang diberikan dalam

soalan.

5. Gunakan laras bahasa yang sesuai, tepat, dan ringkas.

6. Gunakan bahasa / istilah saintifik.

7. Jawapan mesti menepati konsep sains.

8. Anggaplah pemeriksa tidak tahu tentang sains.

9. Ingat, terdapat jawapan di dalam soalan.

10. Jangan banyak membuang masa pada soalan yang susah.

11. Sikap mesti positif, sentiasa semak soalan / jawapan.

12. Agihan masa Bahagian A (45 minit) dan Bahagian B (30 minit)

13. Banyakkan latihan menjawab soalan mengikut masa sebenar.

Anda mungkin juga menyukai