Anda di halaman 1dari 6

PENGUMUMAN MESRA: SETIAP PAGI

(ORIENTASI KEBIASAAN BAHARU)


Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh,
Salam sejahtera dan selamat pagi kepada seluruh warga SK Bandar Sungai Buaya.

Selamat datang dan Selamat Kembali ke sekolah pasca PKP dalam suasana dan kebiasaan baharu.

Alhamudulillah, bersyukur kita setelah hampir 6 bulan sesi persekolahan ditangguhkan, kita dapat
Kembali dan meneruskan pembelajaran di sekolah dengan beberapa perubahan dan kebiasaan baharu
yang perlu diamalkan bagi menjamin kesejahteraan, kesihatan, dan keselamatan seluruh warga SK
Bandar Sungai Buaya. Harus diingat… Setiap peraturan yang dilaksanakan adalah demi kebaikan kita
bersama.

Saya berharap semua murid dan seluruh warga SK Bandar Sungai Buaya dapat memberikan
Kerjasama sepenuhnya.

Berikut adalah beberapa peringatan untuk amalan dan tindakan bersama:

1- Pastikan anda berada dalam keadaan sihat sebelum ke sekolah. Sekiranya anda tidak sihat
atau bergejala seperti batuk, selsema atau demam, sila berehat di rumah.
2- Pastikan sentiasa menjaga kebersihan diri semasa berada di sekolah dengan kerap mencuci
tangan atau gunakan “hand sanitizer” sekiranya perlu.
3- Murid digalakkan untuk memakai pelitup muka khususnya bagi murid yang mempunyai daya
tahan imun yang rendah atau sekiranya diperlukan.
4- Sentiasa memastikan jarak fizikal, duduk di tempat masing-masing, dan murid dilarang untuk
bersentuhan bagi mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran virus covid-19.
5- Pastikan anda membawa keperluan alat tulis yang mencukupi, kerana dalam sesi
pembelajaran dalam kebiasaan atau norma baharu ini, anda tidak dibenarkan untuk berkongsi
sebarang peralatan seperti alat tulis atau makanan dan minuman.
6- Sila ikut arah atau label pergerakan di sekitar kawasan sekolah. Anda tidak dibenarkan untuk
bergerak sesuka hati. Patuhi arah pergerakan sehala khususnya untuk naik dan turun tangga.
Patuhi arah pergerakan bagi menjaga penjarakan sosial.
7- Sila patuhi arah pergerakan datang dan balik ke sekolah seperti yang diterangkan oleh guru.

Bagi membantu memutuskan rantaian pandemic Covid-19, seluruh warga SK Bandar Sungai Buaya
diminta untuk mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh MKN dan KKM. Antaranya:

1. Sila amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) iaitu, kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka
dan patuhi beberapa amaran seperti elakkan bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin,
sentiasa lakukan disinfeksi, duduk di rumah dan segera dapatkan rawatan sekiranya
bergejala.
2. Seluruh warga SK Bandar Sungai Buaya juga dinasihatkan untuk mengelakkan 3S (tempat
yang Sesak, tempat yang Sempit dan elakkan berSembang dekat-dekat).

Amalkan norma baharu ini setiap masa bagi memastikan kita berjaya menangani pandemik ini dengan
berkesan. Kita telah mengharungi tempoh yang panjang dan hampir berjaya dan seluruh warga SK
Bandar Sungai Buaya, guru dan murid harus sama-sama memastikan norma baharu ini sentiasa
dipatuhi bukan sahaja di dalam Kawasan sekolah lebih-lebih lagi semasa diluar.

Negara kita belum bebas sepenuhnya dari pandemik ini, tetapi kita sedang dalam proses pemulihan
dan InsyaaAllah kita berjaya bebas sepenuhnya nanti sekiranya kita mematuhi saranan yang
diberikan.

Kepada semua rakan, sekali lagi saya ucapkan selamat Kembali ke sekolah, saya doakan selamat maju
jaya, belajarlah bersungguh-sungguh, bina azam dan semangat baru untuk tahun 2021. Saya yakin ada
hikmah disebalik musibah ini, teruskan perjuangan anda demi kecemerlangan dan masa depan yang
lebih baik.

Sekian dahulu… Selamat maju jaya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Waktu rehat

Berikut peringatan amalan murid-murid pada waktu rehat.

1) Bergerak mengikut pelan lantai.


2) Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
3) Guna pencuci tangan secara berhemah.
4) Makan di dalam kelas masing-masing.
5) Makan dengan tertib.
6) Jaga kebersihan kelas.
7) Buang sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.
8) Dilarang berkongsi makanan dan minuman.
9) Jangan membazir makanan.
10) Lap meja selesai makan.

Peraturan Penggunaan Tandas

 Hanya 4 orang murid dibenarkan masuk ke dalam tandas dalam satu-satu masa.
 Meletakkan tanda nama ke dalam bakul yang disediakan.
 Pakai pelitup muka.
 Cuci tangan menggunakan sabun sebelum keluar dari tandas.
 Amalkan penjarakan sosial.
 Tidak berbual.
 Terus masuk ke kelas selepas selesai.

*** Murid-murid boleh membeli makanan untuk sarapan semasa menuju ke kelas. Murid-murid
boleh makan di dalam kelas Bersama guru waktu pertama./ guru kelas.

PENGUMUMAN MESRA: SEBELUM PULANG

(ORIENTASI KEBIASAAN BAHARU)

Tahniah kerana anda hadir ke sekolah pada hari ini. Sesi persekolahan pada hari ini hamper tamat.
Peringatan amalan sebelum meninggalkan kelas, pastikan murid-murid sanitasi meja masing-masing
menggunakan tuala. Sekali lagi diingatkan tidak berkongsi tuala dengan rakan-rakan. Bersihkan kelas
dan susun kerusi agar lebih teratur.
Murid-murid dinasihatkan menjaga penjarakan fizikal, ikut laluan yang telah ditetapkan, kekal
memakai pelitup muka Ketika berada di tempat awam atau Ketika menunggu bas/van mahupun
kenderaan ibu bapa. Bagi murid-murid yang dating sendiri, anda dinasihatkan untuk terus pulang ke
rumah. Anda juga dinasihatkan agar segera membersihkan diri sebelum melakukan aktiviti lain di
rumah.

Pastikan buang pelitup muka pakai buang di dalam tong sampah yang bertutup atau mencuci pelitup
muka jenis kain pada setiap hari. Anda mestilah segera membersihkan dan mensanitasi barang-
barang seperti botol air, bekas makanan dan kotak pensel agar keselamatan diri anda lebih terjamin.
Semoga perjalanan pulang anda selamat dan jumpa lagi esok.

#KitaJagaKita

#Kekal Selamat

Makluman-

Laluan Balik Tahun 1

Laluan balik seperti yang telah ditetapkan:

Bermula dengan kelas

 1 Berlian
 1 Delima
 1 Intan
 1 Mutiara
 1 Zamrud

Laluan Balik Tahun 2

Laluan balik seperti yang telah ditetapkan:

Bermula dengan kelas

 2 Mutiara
 2 Intan
 2 Delima
 2 Berlian

Laluan Balik Tahun 3

Laluan balik seperti yang telah ditetapkan:

Turun mengikut laluan tangga kemajuan (belakang) menuju ke laluan rentasan Dewan Technofit
menuju ke pintu pagar utama.

Bergerak turun selepas kelas tahun 2 selesai.

Bermula dengan kelas

 3 Zamrud
 3 Berlian
 3 Delima
 3 Intan
 3 Mutiara

Laluan Tahun 4

Laluan balik seperti seperti yang telah ditetapkan:

Bermula dengan kelas

 4 Intan
 4 Delima
 4 Berlian
 4 Zamrud
 4 Mutiara

#PERINGATAN

Pada hari Isnin, Selasa, Rabu Tahun Empat bergerak turun serentak dengan kelas Tahun Lima.

Pada setiap hari Khamis dan Jumaat kelas Tahun Empat bergerak turun selepas kelas Tahun Satu
selesai.

Laluan Tahun 5

Laluan balik seperti yang telah ditetapkan:

Bermula dengan kelas

 5 Intan
 5 Delima
 5 Berlian
 5 Mutiara
 5 Zamrud

#Murid Tahun 5 Mutiara dan 5 Zamrud tidak perlu mengikut SOP (anak panah merah) turun terus ke
tangga kemajuan menuju ke laluan yang telah ditetapkan.

Laluan Tahun 6

Laluan balik seperti yang telah ditetapkan:

Bermula dengan kelas

 6 Intan
 6 Delima
 6 Berlian
 6 Mutiara
 6 Zamrud

#PERINGATAN

Kelas Tahun Enam perlu menunggu sehingga kelas Tahun Empat selesai turun barulah kelas Tahun
Enam turun.

Anda mungkin juga menyukai