Anda di halaman 1dari 2

SkripPengumumanSiarayaProtokolPencegahanCovid 19.

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera kepada semua guru-guru, kaki tangan dan
pelajar2 SMK Convent Father Barre.

Terlebih dahulu pihak sekolah mengucapkan tahniah untuk semua pelajar kerana dapat hadir ke
sekolah pada hari in .Semoga langkah anda ke sekolah pada hari ini merupakan satu titik
kejayaan pada masa hadapan. Insyallah

Memandang situasi penularan covid 19 di kuala muda Yan dan juga di negeri kedah masih lagi
menular serta Bagi memastikan proses pdpc (pengajaran dan pembelajaran) yang selamat untuk
semua pelajar, pihak sekolah menjalankan Amalan Keselamatan dan Kebersihan berdasarkan
garis panduan Majlis Keselamatan Negara Malaysia( MKN ).

Pihak sekolah berharap para pelajar dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mematuhi
langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di sekolah seperti berikut:

1. Para pelajar diingatkan agar memeriksa suhu badan dan memakai penutup muka dengan
sempurna sebelum memasuki kawasan sekolah.

2. Para pelajar diingatkan sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah agar mengelak diri
daripada berada di kawasan yang sesak dan juga sempit.

3. Diingatkan juga kepada semua pelajar , aktiviti sembang santai secara berdekatan adalah
tidak digalakkan sama sekali.

4. Sepanjang berada dikawasan sekolah juga, Para pelajar diingatkan agar terus memakai
penutup muka, mengekalkan Jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter sepanjang masa.

5. Elakkan bersalaman atau bersentuhan antara rakan.

6. Selain itu juga, diingatkan kepada semua pelajar agar Kerap membasuh tangan atau
mengunakan cecair pembersih tangan (sanitizer) yang telah disediakan .

7. Para pelajar juga diingatkan agar mendapatkan rawatan segera dan memaklumkan kepada
guru bertugas sekiranya bergejala.
8. Wakil kelas atau pelajar diingatkan agar Mematuhi Etika Penjarakan fizikal1 meter
ketika beratur di Kantin untuk mengambil makanan. Dan Pelajar Hanya dibenarkan rehat
Dan makan di dalam kelas.

Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan Terima kasih atas sokongan dan kerjasama berterusan
anda dalam waktu yang mencabar ini. Semoga usaha ini akan dapat mencapai objektif bagi
memutuskan rantaian penularan wabak covid-19.

INGAT …
#KITAJAGAKITA #KITAMESTIMENANG #KITABOLEH INSYALLAH

Sekian Selamat Belajar

Anda mungkin juga menyukai