Anda di halaman 1dari 4

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) PENGENDALIAN PENULARAN

JANGKITAN WABAK COVID-19 BAGI PELAJAR IPG KPM

A. SOP UMUM
Keselamatan dan Kesihatan

1. Memastikan semua pelajar IPG kampus menjalani proses pengesanan


(screening) apabila kembali ke asrama atau memulakan kuliah selepas tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2. Pelajar yang akan meninggalkn asrama perlu meninggalkan kad asrama / menulis
nama / lain-lain kaedah di pondok pengawal untuk rekod keluar masuk asrama.
3. Pelajar perlulah memastikan kawasan atau tempat yang di lawati adalah bebas
daripada wabak penyakit.
4. Pastikan jarak antara individu sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain
samada semasa bersosial atau di dalam kelas.
5. Pelajar perlu mengelakkan persentuhan tangan (bersalam) .
6. Sentiasa peka mengenai tahap kesihatan sendiri / rakan / atau orang yang berada
di sekeliling. Jika berlaku keadaan tidak sihat dan mempunyai gejala batuk,
selesema, demam dan simptom-simptom yang berkaitan dengan wabak. pelajar
perlu segera laporkan kepada pihak JHEP/ mentor/Ibu bapa/ penjaga untuk diambil
tindakan segera.
7. Semua pelajar yang mengalami gejala batuk, selesema, demam dan simptom-
simptom yang berkaitan dengan wabak WAJIB memakai MASK apabila berada di
dalam atau luar bilik asrama / rumah sewa atau rumah keluarga.
8. Mengurangkan komunikasi secara terbuka seperti makan bersama di meja makan
atau semasa bersosial. Digalakkan menggunakan talian telekomunikasi dan media
elektronik untuk berhubung di antara satu sama lain.
9. Pelajar tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan yang melibatkan ramai di
kampus dan di luar kampus sehingga dimaklumkan.

1
10. Pelajar perlu menghadkan pergerakan dan sentiasa berada di dalam bilik asrama/
rumah sewa / rumah keluarga untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
11. Memastikan semua SOP di kafetaria di patuhi dan diikuti.
12. Memastikan semua perkara yang berkaitan dengan sumbangan dan derma dari
mana-mana organisasi hendaklah dimaklumkan kepada JHEP untuk diselaraskan.
13. Pelajar tidak dibenarkan menghampiri kawasan kurantin atau melawat pelajar yang
disyaki demam dan mempunyai simptom wabak penyakit.
14. Pelajar dikehendaki kerap mencuci dan membasuh tangan dengan sabun atau
menggunakan hand sanitizer.
15. Memastikan menutup hidung menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk,
bersin dan tidak meludah sesuka hati di tempat yang tidak sesuai.
16. Pelajar digalakkan melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala bagi tempat-
tempat yang selalu dipegang seperti tombol, pemegang pintu, suis lampu, butang lif
dan sebagainya.
17. Memastikan pelajar tidak menggunakan tisu atau topeng muka yang telah
digunakan berulang kali.
18. Memastikan tisu atau topeng muka dibuang ke dalam tong sampah yang
mempunyai penutup dan diletakkan di luar bilik atau rumah.Tong sampah tersebut
perlu diuruskan dengan kadar segera oleh pihak pekerja pembersihan.
19. Memastikan makanan dan minuman dari luar adalah terjamin kebersihannya. Bagi
pembelian secara dalam talian pastikan keselamatan, kebersihan makanan dan
hubungan dengan penghantar makanan mengikut prosedur yang ditetapkan.
20. Memastikan apabila pulang ke bilik, asrama, rumah sewa atau rumah keluarga
pelajar perlu merendam pakaian yang digunakan dan perlu segera mandi dan
membersihkan diri dengan sabun pencegah bakteria (Cth: Dettol dll).
21. Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh IPG Kampus, Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau mana mana
pihak berwajib.

2
B) SOP SEMASA KULIAH ,TUTORIAL DI KAMPUS DAN LUAR KAMPUS
Keselamatan dan Kesihatan

1. Menghadkan bilangan orang dalam pertemuan dan yang berkaitan.


2. Mengelakkan membuat perbincangan atau interaksi dalam kumpulan atau bilangan
yang besar.
3. Mengurangkan berlaku pertembungan atau perhubungan antara satu sama lain
sepanjang interaksi berlaku.
4. Digalakkan untuk membawa peralatan belajar sendiri dan tidak digalakkan
meminjam dengan rakan-rakan yang lain untuk mengurangkan risiko penularan.
5. Setelah selesai melakukan interaksi PdP, pelajar perlu segera kembali ke bilik
masing-masing.
6. Pelajar perlu elakkan berkomunikasi dan bersosial selepas selesai PdP.
7. Memastikan tempat ,bilik dan dewan kuliah bagi melaksanakan PdP adalah
kawasan yang selamat, bersih dan bebas dari sebarang wabak penyakit.
8. Pelajar tidak digalakkan makan dan minum di dalam kelas.
9. Pelajar digalakan membawa minuman sendiri semasa menghadiri kelas.
10. Tidak digalakkan berkongsi makanan, minuman atau bekas makanan.
11. Menyediakan hand sanitizer di dalam bilik kuliah.
12. Membersihkan diri serta pakaian selepas menjalankan aktiviti amali di dalam atau
di luar kelas.

3
C) SOP PELAJAR DI ASRAMA/ RUMAH SEWA/ RUMAH KELUARGA
Keselamatan dan Kesihatan

1. Senaraikan semua pelawat yang datang menziarahi pelajar.


2. Jika bersama rakan bilik/ rakan penyewa/ keluarga, perlu pastikan kesihatan mereka
dalam keadaan baik dan tidak mengalami simptom batuk, selsema, demam serta
simptom yang berkaitan dengan wabak.
3. Letakkan hand sanitizer di tempat yang mudah dicapai di asrama/ rumah sewa/
rumah keluarga.
4. Pelajar perlu membersihkan diri serta mencuci pakaian yang telah digunakan
setelah kembali ke bilik asrama/ rumah sewa / rumah keluarga dengan sabun
pencegah bakteria (Cth: Dettol dll).
5. Sentiasa pastikan pengudaraan di bilik asrama/ rumah sewa/ rumah dalam keadaan
baik. Bagi yang tinggal di asrama /rumah sewa/ rumah keluarga yang mempunyai
bilik yang kecil perlu dihadkan agar bilangan pelajar dalam satu bilik mengikut jarak
yang sesuai (minimum jarak 1 meter) atau 2 orang sebilik.
6. Memastikan tandas ,bilik asrama dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan
bersih.
7. Pihak IPG perlu menyediakan satu bilik khas di asrama kepada pesakit yang demam
biasa bagi tujuan kuarantin dan pesakit perlu sentiasa berada di bilik pengasingan
yang telah ditetapkan. Bagi pelajar di rumah sewa rujuk kepada pihak IPG kampus
untuk tindakan.

Anda mungkin juga menyukai