Anda di halaman 1dari 2

SOP DI SEKOLAH YANG IBU BAPA PERLU TAHU

1. Jika tidak sihat, jangan ke sekolah


Pemeriksaan suhu akan dijalankan di pintu masuk sekolah. Pelajar atau guru atau ibu bapa yang
bergejala ataupun mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke
dalam kawasan sekolah

Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat sebelum menghantar
mereka ke sekolah. Ingatkan anak anda untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan amalkan
penjarakan sosial.

2. Susunan meja berjarak 1 meter antara satu sama lain.


SOP sekolah telah menetapkan kapasiti maksimum mungkin bergantung kepada keluasan
kawasan kelas. Namun, untuk kelas bersaiz biasa, hanya 20 orang murid sahaja yang dibenarkan
pada satu-satu masa.

3. Bersihkan permukaan kerap disentuh 2 kali sehari.


Permukaan yang kerap disentuh seperti suis lampu dan kipas, tombol pintu, penutup tandas,
pengepam tandas dan sebagainya akan dibersihkan dengan rapi sekurang-kurangnya 2 kali
sehari.

4. Penjarakan sosial di kantin sekolah.


Murid masih perlu mematuhi penjarakan sosial sejauh 1 meter dari satu sama lain ketika berada di
kantin sekolah.

Murid juga tidak dibenarkan makan di kantin sekolah. Hanya makanan berbungkus sahaja yang
akan dijual dan murid akan makan di bawah seliaan guru dalam kelas pada waktu rehat.

5. Pastikan ada bilik isolasi untuk murid bergejala. 


Bilik ini perlu dilengkapkan dengan pelitup muka dan juga  hand sanitiser.

6. Aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dibenarkan sehingga tarikh yang akan diumumkan
nanti.

7. Penggunaan pita pelekat sebagai tanda penjarakan sosial.


Penjarakan akan ditanda pada lokasi yang bersesuaian. Sebagai contoh, tanda penjarakan akan
diletakkan di kantin untuk tujuan berbaris.

Tanda yang sama juga akan diletakkan pada kerusi, meja dan tempat mengimbas kehadiran
untuk memastikan semua orang dapat mematuhi SOP di sekolah.

8. Katil asrama juga akan disusun pada jarak 1 meter.


Hanya pelajar yang berada dalam kelas peperiksaan sahaja dibenarkan untuk pulang ke asrama.
Katil pelajar juga perlu dijarakkan sejauh 1 meter daripada satu sama lain.

9. Menyediakan laluan pergerakan sehala.

10. Menyediakan tong sampah berpenutup.

11. Menyediakan sabun dan hand sanitiser yang mencukupi  di lokasi yang bersesuaian
seperti di surau, kantin, tandas dan bilik guru.

12. Meletakkan tanda peringatan COVID-19 di pintu masuk dan juga sekitar sekolah.


Kod Etika Ibu Bapa Ketika Berurusan di Sekolah
Kod etika ketika berurusan di sekolah hendaklah diwujudkan melalui permuafakatan dan
pemakluman dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dengan mengambil kira
kepentingan dan keselamatan warga sekolah dalam menyantuni dan menerima kehadiran
pelanggan dalam kalangan pihak luar dalam premis sekolah.

peraturan yang boleh dimasukkan adalah:

 Memastikan keadaan sihat dan suhu dibawah 26.50 oC


 Sentiasa kawal penjarakan 1 meter
 Melaporkan diri di Pondok Pengawal.
 Menulis nama, tujuan untuk mendapatkan pas masuk.
 Berurusan di pejabat terlebih dahulu.
 Memakai pakaian yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai