Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

SMK SENIBONG PADA TAHUN 2018 BAGI BULAN OGOS

Indah Berseri Cincin Delima,


Bertatah Permata Elok Dipakai,
Malaysia Kini 61 Tahun Merdeka,
Negara Kita Aman Dan Damai.

Yang berusaha, Cikgu Hajah Nur Fadillah Bt Hamni, Pengetua Smk Senibong.
Yang di hormati, Encik Suwadi Bin Ahmad, penolong kanan pentadbiran.
Encik Mus Effendy Bin Haji Shanat, penolong kanan hal ehwal murid.
Encik Jiti Anak Tahieng, penolong kanan kokurikulum.
Barisan ketua bidang, guru-guru, barisan pengawas, serta rakan pelajar yang dihormati
sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum tirai majlis dimulakan, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang
akan diketuai oleh Irfan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Halus Teratur Jambangan Cempaka,


Di Tepi Jejawi Molek Kedidi,
Takkan Luntur Semangat Merdeka,
Dijulang Pertiwi Sentosa Abadi.

Seterusnya, dijemput Puan Pengetua untuk tampil ke hadapan bagi merasmikan


malam Sambutan Hari Kemerdekaan Pada Bulan Ogos Tahun 2018 ini.

Dengan ini, maka rasmilah malam Sambutan Hari Kemerdekaan kita pada bulan Ogos
2018 bagi peringkat Smk Senibong. Diminta agar Puan Pengetua memberikan sepatah dua
kata semangat bagi Sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos ini.

Pergi Ke Kedai Membeli Asam,


Asam Dibeli Bersama Gula,
Semangat Patriotik Harus Ditanam,
Supaya Diri Cintakan Negara.

Sebelum kita meneruskan majlis, kita akan dipersembahkan dengan sebuah nyanyian
yang akan dinyanyikan oleh wakil dari asrama. Menjemput Valentino untuk menyanyikan
sebuah lagu yang bertajuk Hentian ini.

Terima kasih atas nyanyian yang dipersembahkan oleh Valentino Itu tadi.

Setelah kita puas dihiburkan oleh persembahan nyanyian itu tadi. Diminta semua
warga Smk Senibong untuk bersama-sama berdiri dan menyanyikan lagu patriotik untuk
bulan Kemerdekaan ini. Kita akan mulakan nyanyian kita dengan lagu Jalur Gemilang,
keranamu Malaysia, Tanggal 31, dan diikuti dengan lagu Kita Punya Malaysia.
Setiap Hari Makan Roti,
Roti Diletak Ditepi Lilin,
Undang-undang Negara Mesti Dipatuhi,
Supaya Hidup Lebih Berdisiplin.

Itulah tadi, nyanyian lagu patriotik yang disemarakkan oleh semua warga Smk
Senibong yang hadir pada malam ini. Terima kasih atas kerjasama serta semangat yang
disampaikan melalui nyanyian itu tadi.

Semua warga Smk Senibong dipersilakan duduk.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan yang telah


disediakan oleh bilik-bilik yang terpilih bagi bulan Ogos ini.
Menjemput bilik:
1.) Rose
2.) Mitsubishi
3.) Orkid
4.) Mazda

Jalur Gemilang Bendera Kita,


Megah Berkibar Di Pagi Hari,
Selalu Kita Berdoa Padanya,
Supaya Negara Aman Harmoni.

Terima kasih kepada semua penghuni setiap bilik yang telah membuat persembahan itu
tadi. Hal ini dapat membantu kita mempertingkatkan prestasi kita dalam sesuatu bidang
yang baru.

Berikan tepukan yang gemuruh.

Kita akan meneruskan majlis ini dengan menjemput Puan pengetua, yang diiringi oleh
Cikgu Mus dan Cikgu Daryl bagi menyampaikan sijil kepada pemenang keceriaan bilik pada
bulan Ogos 2018 ini. Majlis mempersilakan.

Pemenang keceriaan bilik bagi asrama putera pada bulan Ogos dimenangi oleh bilik
Honda. Pemenang keceriaan bilik bagi asrama puteri pula dimenangi oleh bilik Lily.

Seterusnya, penyampaian sijil bagi tokoh murid pada bulan Ogos. Tokoh murid lelaki
yang terpilih pada bulan Ogos ini jatuh kepada . Tokoh murid perempuan
yang terpilih pada bulan Ogos ini jatuh kepada . Itulah dia tokoh bagi murid
lelaki dan perempuan pada bulan Ogos ini.

Seterusnya, penyampaian sijil bagi pemenang Permainan tradisional iaitu Batu


Seremban dan Congkak. Pemenang tempat ketiga bagi pertandingan batu seremban lelaki
disanjung oleh . Tempat kedua dimenangi oleh . Tempat yang
pertama dimenangi oleh . Pemenang tempat ketiga bagi pertandingan batu
seremban perempuan dimenangi oleh . Tempat kedua dimenangi oleh .
Tempat yang pertama dimenangi oleh . Tempat ketiga bagi pertandingan
congkak pula dimenangi oleh . Tempat kedua dimenangi oleh .
manakala, tempat pertama dimenangi oleh .

Terima kasih atas penyampaian sijil yang disampaikan oleh puan pengetua itu tadi.
Mewangi Harum Taman Astakona,
Tempat Bermain Puteri Bunian,
61 Tahun Malaysia Merdeka,
Negara Maju Menjadi Impian.

Sebelum majlis Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos ini tamat. Kita akan dihiburkan
oleh Penyelaras program dan wakil asrama perempuan. Dengan itu, kita menjemput
Hendryson dan Corrybien Sona untuk menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Disini cinta
Disana rindu

Terima kasih atas hiburan itu tadi.

Maka dengan itu, tamatlah sudah majlis Sambutan Hari Kemerdekaan bagi bulan Ogos
2018. Saya sebagai pengacara majlis pada malam ini, ingin meminta maaf jika ada
sebarang kesalahan atau tersalah bahasa sepanjang majlis ini berlangsung.

Terima kasih daun keladi,


Bulan depan kita jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai