Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SK Raja Chulan.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum wrh...... dan selamat sejahtera. Slmt dtg ke majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang ke-56, SK Raja Chulan bagi tahun 2013. Bagi memulakan acara kita pada hari ini, diminta semua guru dan pelajar berdiri, Tetak buluh panjang 10, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tgn jari 10, Doa diminta biar selamat. Seterusnya dijemput al- Fadhil Ustaz Khairul Idham untuk mengetuai upacara pembacaan doa bagi memberkati majlis kita pada hari ini. Majlis dgn segala hormatnya dipersilakan. Amin2 ya Rabbal alamin. Semua pelajar dan guru diminta bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku.. Seterusnya dijemput En.Johan untuk mengetuai Lafaz Ikrar..Mohon guru-guru dan murid-murid bersedia. Untuk meneruskan majlis kita akan bersama-sama menyanyikan lagu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang.Semua diminta bersedia. Terima kasih,murid-murid dan guru-guru dijemput duduk. Majlis kita pada hari ini akan diserikan lagi dengan bacaan puisi olehDijemput ..untuk membaca puisi. Terima kasih di atas penyampaian puisi yg bermakna itu tadi.semoga kita dapat menghayati nilai disebalik puisi tersebut. Empat belas melintang jalurnya,semua negeri dalam Malaysia,Satu suara satu semangat,Itu sumpah warga berdaulat.Begitulah indahnya bait dalam lagu Jalur Gemilang.bersyukur kerana kita berada dibumi merdeka. Untuk tidak melengahkan masa lagi majlis dgn segala hormatnya menjemput Tuan Haji Ismail b. A.Mohamad untuk memberi ucapan.

Terima kasih diucapkan kpd Tuan Guru Besar di atas ucapan itu tadi. Seterusnya,majlis dengan bangganya menjemput YDP PIBG En memberi ucapan perasmian dan seterusnya melancarkan gimik sambutan kemerdekaan. Terima kasih diucapkan kpd YDP PIBG En. di atas ucapan dan penyempurnaan majlis sambutan sebentar tadi. Kita teruskan lagi majlis dengan penyampaian Jalur Gemilang.Di jemput wakil murid untuk tampil ke hadapan dan menyerahkan Jalur Gemilang kepada Tuan Guru Besar. Terima Kasih dan begitulah simboliknya penyerahan Jalur Gemilang kepada perwira sekolah kita. Majlis akan diteruskan dengan Perarakan Kibaran Gemilang.Mohon kerjasama guru kelas turut bersama murid masing-masing untuk berarak.

Anda mungkin juga menyukai