Anda di halaman 1dari 4

Majlis Sambutan Hari Guru 2014 Sk Nanga Sama

Diminta kepada semua guru dan murid untuk mengambil tempat masing-masing
kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
Mengumumkan ketibaan Encik Beraoh ak Manggan Guru Besar Sk Nanga Sama ke
tapak perhimpunan sekolah.
Para hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku
dengan iringan muzik.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha Encik Beraoh ak Mangga, Guru Besar Sk Nanga Sama, Yang
Disegani Encik Entalai ak Garu, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Rurien Ak
Umpi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Angking ak Tunang, Penolong
Kanan Kokurikulum, Yang diraikan, guru-guru pencetus kemenjadian insan,
seterusnya, murid-murid yang dikasihi sekalian
Alhamdulillah, Syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya jua dapat kita
berkumpul bersama-sama pada pagi yang indah ini di dalam perhimpunan khas
sempena sambutan hari guru.




Hadirin yang dihormati sekalian,
Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun pada 16 Mei sempena meraikan dan
memperingati jasa guru yang telah banyak berkorban dan menabur bakti demi anak
bangsa tercinta. Program sambutan hari guru di sambut di seluruh Negara, dan
sekolah kita SK Nanga Sama turut tidak terkecuali menyambut majlis sambutan
yang penuh bermakna ini saban tahun. Guru: pencetus kreativiti, penjana inovasi
merupakan ungkapan yang telah dipilih sebagai tema hari guru pada tahun ini. Tema
ini dipilih kerana guru penggerak sebagai agen perubahan yang sentiasa kreatif dan
inovatif dalam masyarakat pada hari ini. Guru pada masa kini dipandang sebagai
golongan professional, berketrampilan dan segala harapan disandarkan di bahu
guru untuk digalas. Justeru, pemilihan tema ini bersesuaian dengan peranan yang
dimainkan guru selaku pendokong usaha kerajaan untuk membudayakan inovasi
dalam gelombang transformasi pendidikan kerana dunia global hari ini memerlukan
masyarakat yang berfikir secara kritis dan kreatif.

Hadirin yang saya hormati sekalian,
Kini tibalah masa untuk kita mendengar perutusan daripada Ketua Pengarah
Pelajaran Negeri. Justeru, dijemput ......................untuk menyampaikan
perutusan. tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepadaSeterusnya, marilah kita mendengar perutusan
dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan disampaian
oleh.. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih
diucapkan kepada..atas perutusan sebentar tadi.
Hadirin yang dikasihi sekalian, tidak lengkap rasanya jika kita tidak mendengar
perutusan khas dari YB Menteri Pelajaran sempena hari guru ini.
Dijemput. Untuk menyampaikan perutusan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapakan kepadaatas amanat
yag dibacakan tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya, dijemput Encik Hafiz Nordin untuk
mengetuai bacaan ikrar hari guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Hafiz Nordin di atas lafaz ikrar sebentar tadi.

Seroja indah, tumbuhnya rendah,
Mari dibawa, ke pekan Lela
Perutusan sudah, Ikrar pon sudah
Sampailah masa, potong kek pula

Dijemput Tuan Guru Besar Sk Nanga Sama dengan diiringi..... untuk
upacara memotong kek hari guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Hadirin yang dikasihi skalian,
Tidak lengkap rasanya sambutan hari guru jika kita tidak mendengar nyanyian
keramat Kami Guru Malaysia dari barisan pendidik SK Nanga Sama. Oleh itu,
diminta semua guru berdiri untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dengan
iringan muzik. Dipersilakan.
Hadirin sekalian,

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta



Sebelum perhimpunan diakhiri, diminta semua guru dan murid berdiri untuk
menyanyikan lagu negaraku.
Dengan nyanyian lagu negaraku, maka berakhirlah sudah perhimpunan khas pada
pagi ini. Diminta murid-murid bersurai dalam keadaan teratur.

Anda mungkin juga menyukai