Anda di halaman 1dari 2

TEKS JURUACARA SAMBUTAN HARI GURU 2012 Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan

nasihat Pemimpin yang di tauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam bahagia, salam 1 Malaysia. Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Shamsul Maarif bin Haji Md Sirat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Yang Berusaha, Puan Mary Stella, penyelia petang Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Yang di hormati, guru-guru dan pelajar sekalian ABC dan Alif Ba Ta, Satu, dua, tiga dan empat, Selalu cikgu ajar kita, Ditubi-tubinya sampai dapat Majlis kita pada petang ini dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Selangor dan juga lagu sekolah. Di jemput Puan Fadilah Binti Lokman untuk memimpin nyanyian. Hadirin diminta untuk berdiri. Terima kasih kepada Puan Fadilah atas pimpinan nyanyian itu tadi. Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatNya kita di berikan kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan sambutan Hari Guru 2012 peringkat Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormat menjemput ustaz Hairul Nizam Bin Rasmi untuk memimpin bacaan doa. Silakan ustaz Syukran Jazilan Ya Ustaz Orang haji dari Jeddah, Buah kurma berlambak-lambak, Pekerjaan guru bukanlah mudah, Bagai kerja menolak ombak Beralih kita ke acara seterusnya iaitu bacaan ikrar Hari Guru. Untuk itu, majlis mempersilakan___________________________untuk mengetuai bacaan ikrar. Warga pendidik sekalian diminta untuk berdiri dan bersama-sama melafazkan ikrar tersebut. Terima kasih di atas bacaan ikrar yang cukup bersemangat itu tadi. Hendak pergi ke Singapura, Singgah sebentar di Kuala Kangsar, Berkorban demi nusa dan bangsa, Guru pembina Negara Bangsa Jika sebentar tadi ikrar telah dilafazkan, kini marilah bersama-sama kita saksikan persembahan koir oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Semoga bait-bait kata lagu tersebut dapat menyemarakkan lagi semangat guru-guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa Terima kasih di atas persembahan koir tadi Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Merupakan Tema hari guru pada tahun ini. Jika kita perhalusi tema tersebut, kita akan dapat melihat bahawa tugas sebagai seorang guru semakin lama semakin mencabar. Transformasi di sini membawa maksud perubahan-perubahan yang dirancang oleh kerajaan. Seperti kita sedia maklum, untuk membuat satu perubahan dalam hidup bukan satu perkara mudah. Untuk itu, saya menjemput Encik Mohd Riezaal Ramli untuk membacakan perutusan hari guru dari Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin sebagai amanat, nasihat dan pedoman buat guru-guru yang menjadi agen perubahan negara. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi Batu bernama si batu bata Tempat hinggap si burung balam Guru itu ibarat pelita Memberi cahaya setiap malam Majlis seterusnya menjemput En Mohd Azhar Mustafa untuk membacakan perutusan hari guru dari Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Abdullah Bin Mad Yunus. Dipersilakan. Terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi

Burung pipit burung helang, Terbang tinggi tidak sejajar, Biar sejuta rintangan menghalang, Tetapku gagah teguh mengajar Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil murid___________________________ dari kelas _________untuk memberikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih atas ucapan itu tadi. Buah beluru buah sawa, Minta sekati bawa ke darat, Azam guru ke hujung nyawa, Tabur bakti sampai akhirat Majlis dengan segala hormatnya menjemput wakil dari Persatuan Ibu bapa dan Guru-______________________untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sebelum memberikan ucapan, dengan segala hormatnya meminta tuan untuk membuat cabutan 3 nombor bertuah dari kalangan guru dan 2 cabutan bertuah dari kalangan murid. (CABUTAN BERTUAH. 3 GURU, 2 MURID) Terima kasih diucapkan kepada encik___________________atas ucapan dan penyampaian hadiah bagi nombor bertuah sebentar tadi. Majlis pada petang ini di teruskan lagi dengan mempersilakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Tuan Haji Ahmad Shamsul Maarif Bin Haji Md Sirat, untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sebelum memberikan ucapan, dengan segala hormatnya meminta tuan untuk membuat cabutan 3 nombor bertuah dari kalangan guru dan 2 cabutan bertuah dari kalangan murid. (CABUTAN BERTUAH. 3 GURU, 2 MURID) Terima kasih kepada Tuan guru besar atas ucapan dan penyampaian hadiah bagi nombor bertuah sebentar tadi. Majlis sekali lagi menjemput Tuan Guru Besar bagi menyempurnakan upacara memotong kek sempena sambutan hari guru. Di minta_________________mengiringi Tuan Guru Besar Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di ibu kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada Negara Acara petang ini diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah guru. Sedikit makluman tentang anugerah ini, pemilihan pemenang dilakukan oleh pelajar-pelajar sendiri dimana mereka perlu mengisi borang dan mencalonkan guru-guru yang menjadi pilihan hati. Terdapat lima anugerah yang telah dipertandingkan iaitu________________________. Anugerah tersebut di bahagikan kepada dua kategori iaitu kategori guru lelaki dan kategori guru perempuan. Untuk menyempurnakan majlis, sukacita dijemput Puan Mary Stella / Ruan Haji Ahmad Shamsul Maarif Bin Haji Sirat untuk naik ke pentas, di iringi Puan Aishah Hussein/Puan Mary Stella untuk menyampaikan anugerah Terima kasih kepada Puan Mary Stella/Tuan Haji Ahmad Shamsul Maarif bin Haji Sirat atas penyampaian anugerah itu tadi Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tokoh Guru Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang tahun 2012, untuk membuat 5 cabutan bertuah. (CABUTAN BERTUAH. 3 GURU, 2 MURID) Majlis diteruskan lagi dengan persembahan guru.................... Baiklah, sekarang kita akan terus ke sesi seterusnya iaitu sesi pertukaran hadiah sesama guru....... Sembah kasih-Hadiah dari murid........ Guru-guru dijemput untuk hadir ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai