Anda di halaman 1dari 15

TEKS EMCEE HARI GURU SKTC 2016

BIL TEKS CATATAN

1 - Mengumumkan perarakan masuk puan guru besar,


barisan pentadbir dan warga pendidik, Sekolah
Kebangsaan Taman Cempaka ke Majlis Sambutan Hari
Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2017. Murid-murid
diminta untuk memberikan tepukan kepada guru-guru
yang diraikan.

2 Bersenjatakan pena keramat,


Berbekalkan ilmu di dada yang sarat,
Melangkah Sang Guru penuh semangat,
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat,
Dengan satu misi dan matlamat,
Rela berkorban sepanjang hayat,
Demi mengangkat martabat umat.

Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera

-Yang berusaha Puan Hajah Norain Bt Ali, Guru Besar Sek.


Keb. Taman Cempaka

-Yang dihormati Puan Roshita Bt Jaafar, Guru Penolong


Kanan Kurikulum

-Yang dihormati Puan Masdiana binti Othman, Guru


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
-Yang dihormati Encik Zainul Aman Bin Mamat, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang berbahagia _________________________, Yang


Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sek Keb Taman
Cempaka,

Rakan-rakan guru yang diraikan, murid-murid, hadirin &


hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita


diberikan kesempatan untuk berhimpun di sini bagi
meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Sekolah
Kebangsaan Taman Cempaka bagi tahun 2017.

Bagi memulakan majlis, marilah kita sama-sama


mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
__________________________________ . Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

3 Amin Amin Ya Rabbal Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz


_____________________________ di atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian,

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang,

Begitulah yang boleh diperkatakan atas segala bakti dan


pengorbanan guru dalam mendidik putera puteri negara.

Seperti bait kata dalam sebuah sajak karya Ismail Haji


Adnan ;

Dia seorang guru penggangti ayah ibu,


Dia seorang guru pembentuk generasi baru,
Dia seorang guru pembina insan sepadu,
Dia seorang guru pewaris tamadun ilmu,
Yang terus hidup sepanjang waktu,
Diimbau berbunyi dilihat bertemu.

16 Mei datang lagi. Tarikh keramat sebagai menghargai


jasa guru yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah
dalam menabur ilmu dan bakti seikhlas hati.

Guru Pembina Negara Bangsa, diangkat sekali lagi menjadi


tema hari guru kali ke 46 bagi tahun 2017 ini.
Tema hari guru pada tahun ini menitikberatkan peranan
guru dalam pembinaan kebangsaan termasuk perpaduan
dan integrasi, pembangunan Negara dan perkhidmatan
kepada masyarakat. Tema ini juga diangkat sekali lagi
untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan agenda
pendidikan Negara dan menyahut cabaran Pelan
Pendidikan Malaysia, guru adalah agen penting dalam
memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan.

Sesungguhnya ilmu dan bimbingan guru tidak akan pernah


hilang, sebagaimana gelaran cikgu itu yang akan kekal
terpahat selamanya walau hayat tidak lagi dikandung
badan.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan wakil murid Sek Keb


Taman Cempaka, ___________________________ selaku
Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapan sempena
hari guru.

Dipersilakan.

4 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


_____________________di atas ucapan sebentar tadi.

Sungguh cantik si bunga melati,


Tumbuhnya subur di tepi pulasan,
Guru mendidik seikhlas hati,
Bakti ditabur tak pinta balasan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan pengerusi Bilik Guru Sekolah
Kebangsaan Taman Cempaka, _______________________
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

5 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


__________________ di atas ucapannya sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya menjemput
_______________________, yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

6 Majlis mengucapkan terima kasih kepada


____________________ atas ucapannya sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mendengar perutusan dan
ucapan yang disusun khas sempena sambutan hari guru
pada kali ini.

Untuk itu majlis menjemput Puan Roshita Bt Jaafar, Guru


Penolong Kanan Kurikulum untuk membacakan Perutusan
Khas Tuan Pengarah Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Roshita Bt


Jaafar atas bacaan perutusan dan ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

8 Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang


berusaha Puan Hajjah Norain Bt Ali, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Taman Cempaka untuk membacakan
perutusan khas sempena hari guru daripada Menteri
Pendidikan Malaysia, YB Dato Seri Mahadzir Bin Khalid
dan seterusnya menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Guru


Besar atas bacaan perutusan dan ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

9 Guru,
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya kita terbina.

GIMIK PERASMIAN

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput semua guru naik


ke atas pentas untuk melaungkan lafaz ikrar dan
seterusnya menyanyikan beberapa buah lagu, lagu kami
guru Malaysia dan biarku menjadi lilin.

Dipersilakan semua guru mengambil tempat di atas


pentas.

Dijemput ___________________ selaku Pengerusi


Bilik Guru Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka untuk
mengetuai bacaan ikrar.
Nyanyian lagu Guru Malaysia
Nyanyian lagu Biarku Menjadi Lilin
*selesai guru nyanyi & ikrar*
Kami Guru Malaysia, lagu keramat yang mempunyai aura
yang cukup besar tatkala dilaungkan oleh insan yang
bergelar guru. Semoga semangat guru dalam mendidik dan
memimpin tidak pernah pudar dan penuh berkobar-kobar
seperti laungan lagu yang telah dinyanyikan sebentar tadi.
Para guru dipersilakan duduk.

Bagi memeriahkan lagu Sambutan Majlis pada hari ini,


dijemput Puan Hajah Norain Bt Ali, Guru Besar Sek. Keb.
Taman Cempaka, diiringi oleh Pengerusi Bilik Guru
________________________ dan semua guru penolong
kanan, ydp PIBG untuk upacara memotong kek.
Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah dan
cenderahati sempena hari guru kepada semua guru SK
Taman Cempaka.
Hadiah pertama yang bakal disampaikan merupakan
sumbangan khas daripada PIBG
Untuk itu majlis mempersilakan
_______________________ ydp PIBG diiringi oleh
___________ untuk menyampaikan penyampaian hadiah.
Terima kasih diucapkan..
Majlis diteruskan lagi untuk penyampaian cendera hati
khas daripada Badan Kebajikan Guru.
Untuk itu, majlis mempersilakan Puan Roshita Bt Jaafar
untuk mengiringi yang berusaha Puan Hajjah Norain Bt Ali
bagi menyampaikan hadiah kepada para guru.
Dipersilakan.
*bila penyampai hadiah dah sedia*
Penyampaian cenderahati kepada guru-guru yang diraikan
hari ini dimulakan dengan penerima pertama, Puan Hajjah
Norain Bt Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman
Cempaka, diikuti oleh ( terus ikut senarai nama)..
*selesai hadiah untuk guru*

Hadirin sekalian,
Seterusnya adalah penyampaian hadiah untuk
anugerah guru sempena sambutan hari guru pada
tahun ini. Untuk makluman, guru-guru yang
memenangi anugerah ini telah dipilih sendiri oleh
barisan pentadbir Sek Keb Taman Cempaka.
Dengan ini diumumkan, pemenang anugerah ..
*rujuk nama pemenang*
Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas
kesudian menyampaikan hadiah.

Meski menangis dalam tawa,


Meski senyum dalam duka,
Meski pahit bagai gula,
Sabarlah, redhalah,
Kerana kita guru yang kental jiwa dan raga,
Mendidik anak bangsa,
Dulu, kini dan selamanya.

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya akan membuka ruang kepada semua


murid sekiranya ada untuk memberikan hadiah kepada
guru-guru. Murid-murid perlu menunggu giliran tahun
masing-masing disebut untuk menyampaikan hadiah
kepada guru.

Baiklah, kita mulakan dengan tahun

10 Hadirin dan hadirat sekalian,


Dengan ini, selesailah sudah sesi pertama majlis
sambutan hari guru pada pagi ini. Majlis akan berhenti
rehat seketika dan akan bersambung dengan sesi kedua
iaitu persembahan murid, persembahan guru dan acara
khas sempena sambutan hari guru. Namun sebelum itu
saya ingin kongsikan sedikit penyuntik semangat buat
para guru untuk terus melangkah penuh tabah dalam
menjalankan amanah sebagai sang pendidik.

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah S.A.W.


bersabda, Sesungguhnya Allah, malaikat dan penduduk
langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan
ikan paus di lautan, semuanya mendoakan kebaikan ke
atas insan yang mengajar perkara yang baik kepada
manusia.
Sekian dulu untuk waktu ini. Sebelum berehat, dijemput
semua guru untuk hadir ke atas pentas bagi sesi
bergambar sebagai kenang-kenangan. Saya serahkan
majlis kepada guru bertugas.

BIL TEKS CATATAN


1 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bertemu kita sekali lagi untuk sesi kedua majlis
sambutan hari guru peringkat sekolah, Sekolah
Kebangsaan Taman Cempaka bagi tahun 2016.

Saya pasti, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh


semua murid pada setiap sambutan hari guru, iaitu
acara persembahan oleh kumpulan murid dan guru-
guru sendiri.
Baiklah, tanpa membuang masa, kita mulakan
pembuka tirai acara persembahan untuk sambutan
hari guru kali ini dengan menyaksikan persembahan
dari murid pra sekolah yang akan
___________________________________

Dipersilakan.

2 Demikian tadi persembahan oleh murid-murid pra


sekolah. Terima kasih diucapkan..
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kita hangatkan lagi majlis pada pagi ini dengan
persembahan kedua. dipersilakan kumpulan murid
tahap satu dengan persembahan
___________________________. Dipersilakan..

3 Terima kasih kepada kumpulan murid tahap 1


diatas persembahan yang cukup menarik sebentar
tadi.
Rakan2 guru yang diraikan, murid-murid, hadirin dan
hadirat sekalian,
Kini tiba giliran kumpulan murid tahap 2 pula untuk
menghiburkan guru.
Dipersilakan kumpulan murid tahap 2 dengan
persembahan mereka ________________________.
Sama2 kita saksikan..

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan murid


tahap 2 diatas persembahan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Tiba kita ke persembahan terakhir oleh murid.
Sekarang dipersilakan kumpulan murid pend khas sktc
dengan persembahan mereka
________________________. Dipersilakan..

Demikian tadi selesai sudah murid-murid


membuat persembahan sempena hari guru pada
tahun ini. Selepas ini, giliran guru2 yang diraikan
pula untuk membuat persembahan. Tapi sebelum
itu, saya persilakan cikgu muhd hafiz hakimi untuk
mengendalikan acara khas guru sempena
sambutan hari guru sktc pada tahun ini.
Dipersilakan

Demikian tadi selesainya acara khas guru


sempena hari guru. Tahniah & syabas kepada
guru-guru yang telah Berjaya. Kepada yang kurang
bernasib baik, jangan putus asa, cuba lagi di tahun
hadapan..
Baiklah, tiba kita ke acara kemuncak pada hari ini iaitu
persembahan oleh guru2 sktc yang diraikan.
Pembuka tirai persembahan guru pada tahun ini,
dipersilakan kumpulan guru lelaki sktc dengan
persembahan mereka ________________________. ..
silakan cikgu

4 Begitulah tadi berakhirnya persembahan oleh


kumpulan guru lelaki sktc. Selepas ini adalah
persembahan oleh kumpulan guru yang tidak kurang
hebatnya.. dipersilakan kumpulan guru perempuan
sktc dengan
_________________________________________.
5 Demikian tadi berakhirnya persembahan yang cukup
bersahaja oleh kumpulan guru perempuan sktc.
Tahniah diucapkan
Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka
majlis sambutan hari guru SKTC tahun ini pun sudah
sampai ke penghujungnya. Terima kasih dan syabas
kepada semua yang telah sama-sama memeriahkan
sambutan hari guru pada tahun ini.
Ampun dan maaf di pinta andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan majlis kali ini.

Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun dari saya.

Putik baru mekar di laman,


Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup perolah berkat.

Dari Rokan ke Inderagiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi,
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

SELAMAT HARI GURU!!


Sekian, w.b.t ..
Kembali kepada guru bertugas.

Anda mungkin juga menyukai