Anda di halaman 1dari 1

i

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah di atas
nikmat dan rahmat-Nya dapat kami meneruskan kehidupan sehingga pada saat ini.
Kami bersyukur kerana dengan izin Allah, kami dipermudahkan untuk
menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kami mengambil
kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak
memberikan tunjuk ajar, dorongan, panduan, material dan buah fikiran yang bernas
untuk membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Kepada Encik Lee Lai Guan, pensyarah kelas Ilmu Pendidikan Falsafah
Pendidikan di Malaysia, terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan. Terima
kasih yang tak terhingga juga kami ucapkan kepada ayahanda dan ibunda kami atas
kata-kata semangat yang tak pernah lekang dibibir. Tidak dilupakan kepada keluarga
yang banyak memberi sokongan moral dan rakan-rakan yang turut bersama-sama
membantu menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap tugasan ini. Hanya
Allah yang dapat membalas segala jasa baik mereka.

Ringkasnya, sepanjang kami melakukan tugasan ini, kami dapati banyak


perkara baru yang tidak pernah kami pelajari dan temui sebelum ini. Mudah-
mudahan tugasan ini bukan sekadar tugasan biasa tetapi dapat memberi implikasi
dan manfaat kepada diri kami sebagai bakal guru serta dapat menyampaikannya
kepada para pelajar kelak. Harapan kami semoga tugasan ilmiah seperti ini dapat
diteruskan dan bakal guru seperti kami dapat memperoleh banyak manfaat dan
panduan pada masa yang akan datang.

Akhir kata, kami memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat
salah dan silap semasa kami menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.

Sekian, Salam 1 Malaysia.

......................... ......................... ......................... .........................

(ABDISSALAM DANIEL BIN MOHD.NOOR) (MUHAMMAD FADHLAN BIN LOKMAN)


(MUHAMMAD NAZRIN BIN SULAIMAN) (MUHAMMAD ZAMIR HUSAINI BIN ABD AZIZ)

Anda mungkin juga menyukai