Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah serta selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan izin-Nya saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah WAJ 3121 Projek Kurikulum
Olahraga iaitu Puan Nur Aishah binti Abdullah yang banyak memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya berkenaan tugasan yang telah
diberikan ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih sahabat-sahabat yang
sentiasa memberi bantuan kepada saya, dan menegur kesalahan yang saya
lakukan. Mereka juga membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, mereka juga amat bersabar dengan kerenah saya dan juga
memberi tunjuk ajar yang baik buat saya sewaktu melaksanakan tugasan
kerja kursus projek ini.
Sememangnya,

tugasan

ini

memberikan

pengalaman

dan

pengetahuan tambahan dan juga baru kepada saya dan rakan-rakan


berkenaan latihan ansur maju dan larian 4 100. Semoga setiap usaha yang
kita lakukan untuk menimba ilmu-Nya mendapat keredhaan dan keberkatan
daripadaNya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai