Anda di halaman 1dari 4

Set 1

A. Adakah kamu rasa gembira semasa saya mengajar menggunakan kaedah


penerangan?
B. Apakah perasaan yang dialami semasa saya memberi penerangan sambil
mencatat isi penting di papan tulis?
C. Cuba jelaskan perasaan kamu apabila saya tidak menggunakan cara biasa
tetapi mengubah cara memberi penerangan?
Set 2
A. Adakah cara saya mengajar sekarang ini lebih baik dari sebelumnya?
B. Adakah cara saya mengajar menggunakan bulatan lolypop sekarang
adalah lebih baik daripada tidak menggunakan bulatan lolypop?
C. Apakah pendapat kamu dengan perubahan cara saya mengajar? Soalan
lanjutan: Pada pendapat kamu, bahagian manakan yang paling kamu
sukai / tidak sukai?
Set 3
A. Adakah kamu faham apa yang saya ajar hari ini?
B. Apakah yang telah kamu lakukan untuk belajar pada hari ini?
C. Boleh jelaskan tentang perkara-perkara yang telah kamu lakukan untuk
memahami pelajaran pada hari ni?
Set 4
A. Adakah kamu salah seorang pelajar yang tidak dapat memahami
pengajaran saya? Apakah masalahnya?
B. Pada fikiran kamu, mengapa pengajaran saya hari ini adalah lebih baik?
C. Beritahu saya mengenai pengajaran saya pada hari ini.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
1
0
1
1
1
2
1
3
1
4
1
5
1
6
1
7
1
8
1
9
2
0
2
1
2
2
2
3
2
4
2
5
2
6
2
7
2
8
2
9
3
0
3
1
3

P:
RA
:
P:
RC
:
P:
RC
:
PB
:
RA
:
P:
RE
:
R
D:
P:
RC
:
RA
:
RE
:
R
D:
RB
:
P:
RA
:
R
D:
RE
:
P:
RE
:
RB
:
P:

Cuba
jelaskan
perasaan
kamu
apabila saya tidak
menggunakan cara biasa memberi penerangan tetapi
mengubahnya?
Perubahan mana satu cikgu?
Adakah kamu semua perasan perubahan yang saya lakukan
semasa saya memberi penerangan tentang kedudukan imam
dan makmum........?
Cikgu menulis di papan tulis tu ke?
Hmm.. (mengangguk kepala)
Saya rasa suka
Oh yang tu ke?. Saya pun suka jugak!
Memang saya suka tapi cikgu,.... tulisan cikgu tu susah nak
baca. Saya tak berapa pandai baca tulisan jawi.
Oh begitu rupanya. Perasaan kamu pula bagaimana RE dan
RD?
Seronok
Suka
Ada sesiapa perasan dengan perubahan yang lain?
Cikgu ada tulis nombor. Lepas tu cikgu minta kami baca ikut
turutan nombor. Cikgu suruh saya baca nombor 1 dulu.
Cikgu suruh saya baca nombor 2 tapi saya tak baca. Saya
malu nanti kawan-kawan ketawa bila saya baca salah. Lain
kali cikgu janganlah panggil nama.
Saya pun tak suka cikgu panggil nama saya (sambil
menundukkan muka).
Saya pun.
Saya tak kisah. Tapi...... cikgu jangan panggil saya dulu.
Panggil orang lain. Lepas tu baru panggil saya.
Adakah maknanya... kamu suka cikgu minta kamu baca tapi
tak suka cikgu panggil nama sebelum beri arahan untuk
membaca?
Ha ah
(angguk kepala)
(angguk kepala)
Siapa ada cadangan lain?
Cikgu gunakan pen warna untuk nombor.
Tulis besar sikit. Saya tak berapa nampak.
Pada pandangan kamu apakah yang perlu saya lakukan lagi
semasa memberi penerangan agar kamu semua dapat
memahami dan menguasai pelajaran hari ini?
......(dan seterusnya)

Transkripsi catatan nota lapangan pemerhatian penyelidik


Catatan pemerhatian

Komen
tambahan

Guru memulakan pelajaran dengan meminta murid berdiri


dan berdoa.
Guru tidak meminta murid duduk seperti yang biasa
dilakukan. Sebaliknya berkata, Baiklah. Saya ada satu
teka teki. Kalau dapat jawab, boleh duduk.
Teka-teki diberikan.
Hampir semua murid mengangkat tangan dan meminta
untuk menjawab.
Seorang murid dipilih untuk menjawab.
Guru meminta pendapat murid lain tentang jawapan yang
telah diberikan. Terdengar jawapan beramai-ramai
Betullllll
Semua murid diminta duduk.
Setelah kamu semua mengangkat tangan serta
membenarkan jawapan rakan beramai-ramai, saya
percaya kamu tidak merasa mengantuk lagi. Saya tahu
biasanya ada yang mengantuk pada waktu begini.
Sekarang lihat apa yang cikgu tuliskan di papan tulis.
Guru menulis tiga ayat berikut:
1. Contoh perbuatan baik
2. Contoh buat baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga
3. Akibat berbuat baik
Murid diminta membaca catatan guru secara beramairamai. Murid melakukannya.
Guru mengedarkan kertas kosong kepada semua murid.
Setelah diberi arahan, semua murid mula menyenaraikan
contoh-contoh perbuatan baik di atas kertas kosong yang
telah diberikan dalam tempoh 3 minit.
Selepas 3 minit, guru bertanya, Siapa yang telah
senaraikan lebih daripada 7 contoh, sila angkat tangan.
Sembilan orang murid mengangkat tangan.
Guru memberi tempoh 3 minit lagi untuk murid
mendapatkan tidak kurang daripada 10 contoh melalui
perbincangan atau berkongsi maklumat sesama rakan.
Guru bertanya, Siapa dapat 10 contoh ke atas? Semua
murid mengangkat tangan.
Tepuk tangan untuk diri sendiri dan katakan Saya boleh
belajar. Semua sekali
secara beramai-ramai. Semua
murid melakukannya.
Guru meminta murid menggariskan mana-mana contoh
mereka yang boleh dikaitkan dengan berbuat baik kepada
ibu bapa dan ahli keluarga. Semasa murid melakukan

tugasan, guru melekatkan carta yang mengandungi


senarai 5 contoh berbuat baik kepada ibu bapa. Guru
meminta murid menandakan betul pada kertas mereka
mana-mana contoh yang sama dengan senarai guru.
Semua murid melakukannya.
Guru meminta murid memberikan jawapan lain yang tidak
termasuk dalam senarai dalam carta guru. Beberapa
orang murid memberikan jawapan mereka dan guru
mencatatkan di papan tulis.
....... (dan seterusnya)

Anda mungkin juga menyukai