Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya dapatlah saya melaksanakan tugasan Kerja Kursus Pendek Perkembangan kanak-kanak. Di sini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Patimah Binti Abd Kadir selaku pensyarah kursus (EDU 3102) dan jua sebagai penilai kerja kursus ini. Semoga semua tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak soalan. Semoga segala usaha Puan mendidik kami diberkati Ilahi hendaknya. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan semua rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya terima kasih kepada semua sahabat Pismp 1.01 kerana mereka terlibat secara langsung dalam menolong saya mencari maklumat tugasan pada kali ini. Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa kini. Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif tugasan tercapai dengan cemerlang. Saya sangat bersemangat kerana semua pihak memberi kerjasama yang sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai