Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Saya Ng Xiang Loong dari kelas 2PISMP MATH-4 bersyukur ke atas Tuhan dengan

limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat

juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

saya, Puan Anida Binti Idrus kerana dengan tunjuk ajar serta sanggup menjawab segala

pertanyaan saya bagi menyiapkan tugasan dengan sempurna dan lengkap.

Saya juga ingin mengucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Penolong

Kanan Pentadbiran, encik Chan Nyi Sai serta guru-guru kanan lain yang memberi saya

pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini semasa pengetua sibuk dan beberapa hari

tiada di sekolah. Guru Pembimbing saya, Chuah Shirley yang banyak menolong saya

semasa mengedarkan soal selidik kepada murid di dalam kelasnya serta memberi peluang

kepada saya untuk membuat pemerhatian untuk belajar Teknik menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menyelesaikan tugasan yang diberi. Mereka

telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga

sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan pembelajaran saya, Dr Fatimah

Binti Abdul Kadir yang menolong mengesahakan instrument tentang kecerdasan pelbagai

sebelum menggunakannya. Rakan-rakan saya banyak memberi peringatan terhadap setiap

apa yang saya telah lakukan dan menunjuk kesalahan saya dalam membetulkan tugasan

saya dengan pembincangan bersama. Mereka juga membantu saya dengan menjawab

setiap pertanyaan yang saya katakan kepada mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung

atau sebaliknya dalam pengurusan kerja kursus ini. Terima kasih.

3|Page

Anda mungkin juga menyukai