Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur kepada hadrat Ilahi di atas limpah kurniaan-Nya, maka dapatlah
saya sebagai pengkaji menyempurnakan kajian saya dengan cepat dan mudah pada kali ini
walaupun menghadapi beberapa cabaran yang tak disangka seperti penyakit Covid19 yang
menyebabkan pergerakkan kian terbatas.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan pengetua
Sekolah Menengah Kebangasaan Bukit Jawa, iaitu En. Azman bin Awang, Penolong Kanan
Tingkatan 6, Tuan Haji Mohd Khirulthzam Bin Md. Nor, kerana telah memberi sokongan
serta memberi kebenaran untuk pengkaji membuat kajian kerja kursus ini.

Di dalam melaksanakan kerja kursus ini, pengkaji ingin mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Tuan Haji Edi Azhar Bin Abd. Majid selaku guru tingkatan 6 yang tidak
pernah jemu memberi sokongan serta bimbingan untuk saya menyiapkan tugasan kerja kurus
saya dalam waktu yang telah ditetapkan. Seterusnya, terima kasih juga kepada para guru yang
telah memberi serba sedikit nasihat serta bimbingan untuk saya terus bersemangat untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini tambahan pula di dalam keadaan seperti sekarang yang
begitu memerlukan sokongan serta bimbingan yang kuat.

Yang paling dekat bersama saya iaitu ibu bapa saya. Terima kasih diucapkan kerana
sentiasa menyokong dari segi kewangan dan membantu saya dalam melaksanakan tugasan
kerja kursus ini. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi rujukan dan tunjuk
ajar kepada saya serta memahami kesulitan yang dihadapi oleh saya semasa melakukan
kajian kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai