Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t
Di sini saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana saya
dapat menyiapkan tugasan projek ini dengan jayanya dan memperoleh pelbagai ilmu
serta maklumat tentang Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme Guru
terutamanya dalam aspek menganalisis tema dan ucapan hari guru. Selain itu, saya
juga dapat memperoleh pelbagai ilmu berkenaan dengan guru novis melalui soalan
tugasan yang diberikan. Semua ilmu dan maklumat ini dapat saya gunakan untuk
bekalan pada masa hadapan semasa bergelar guru kelak.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme Guru yang saya
hormati iaitu Hj. Nik Daud Bin Mat Yunus kerana telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan projek ini. Terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana
sanggup meluangkan masa untuk saya bertanyakan perkara yang kurang difahami
mengenai tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Mereka banyak memberi maklumat dan juga penerangan kepada saya
sekiranya saya mempunyai masalah ataupun kurang memahami mengenai tugasan
ini. Mereka juga sanggup untuk berkongsi buah fikiran serta menyemak tugasan
yang telah saya lakukan.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada pihak IPG Kampus
Kota Baharu kerana menyediakan kemudahan perpustakaan dan internet yang
banyak membantu saya dalam proses mencari maklumat dan membuat rujukan
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai