Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana telah memberkati saya

sehingga berjaya menyempurnakan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn. Zainab Bt Itam kerana telah banyak

berkongsi ilmu dan memberikan bimbingan yang penuh sepanjang saya menyiapkan

laporan ini. Tanpa bimbingan dan dorongan beliau saya tidak dapat menyiapkan

laporan ini dengan sempurna dan menepati kriteria yang ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu

bapa saya yang memberi saya dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka

telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga

sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Sains yang

telah memberi nasihat dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan laporan

yang dihasilkan dapat dijayakan dengan baik sekali. Selain itu, saya juga ingin

merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sanggup

memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu secara langsung atau tidak

langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai