Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana
kami dapat menyiapkan Kerja Kursus Matematik 3101 Pengenalan Nombor yang
diberikan oleh pensyarah. Kami juga ingin berterima kasih kepada pensyarah
pembimbing Matematik 3101, Puan Raha Binti Yahya yang menyokong dan
memberi semangat kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau telah
membetulkan kesalahan kami semasa menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
kami yang telah menyumbang untuk menyiapkan tugasan ini. Terutamanya ahli
kumpulan kami yang telah menyumbang untuk menyiapkan tugasan ini. Rakan
sekelas kami telah memberi sokongan moral kepada kami untuk menyiapkan
tugasan ini. Rakan opsyen kami juga telah membantu kami untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut
yang membantu kami menyediakan Pusat Sumber yang berkualiti. Kami
memperolehi pelbagai sumber rujukan di Pusat Sumber IPGKTI. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menghulurkan bantuan secara
langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai