Anda di halaman 1dari 2

DEDIKASI

Dengan amat bersyukurnya laporan penyelidikan tindakan ini berjaya disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang disanjungi kerana sentiasa


menyokong dan mendoakan kejayaan anakmu, iringan doa daripadaku, semoga
hidupmu mendapat berkat daripada-Nya.

Untuk guru-guru dan pensyarah yang banyak berjasa dalam memberikan sokongan
ke arah kejayaan ini, inilah hadiah buat semua, semoga jasa bakti yang dicurahkan
mendapat balasan yang baik. Terima kasih, cikgu!

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang menyokong selama ini, jasa kalian amat
dihargai.

iv
PENGHARGAAN

Bersyukur kita kepada Tuhan yang maha esa dengan izinnya, projek
penyelidikan ini berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pengkaji
ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang
telah banyak membantu dalam menjayakan penyelidikan tindakan ini.

Pertama sekali, pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas dan


ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Dr Helen Khoo Chooi Sim atas
bimbingan dan dorongan serta ilmu yang dicurahkan sepanjang tempoh
penyelidikan ini. Jasa dan pengorbanan yang diberikan amat dihargai dan
sesungguhnya sukar untuk dibalas.

Tidak dilupakan kepada pensyarah yang lain Dr Chiang Ee Fong, Ahmad


Zohri Bin Haji Ishak, Dr Khoo Bee Lee dan Dr Tan Huat Tian di atas pengorbanan
mendidik dan membimbing pengkaji sehingga berjaya menghasilkan sebuah hasil
kajian penyelidikan yang bermutu tinggi. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau.
Sesungguhnya jasa dan budi serta ilmu yang dicurahkan akan dikenang sepanjang
hayat.

Seterusnya penghargaan yang setinggi-tingginya ditujukan kepada guru


besar, guru-guru dan murid-murid di sekolah atas kerjasama yang diberikan dalam
menyempurnakan penyelidikan tindakan ini.

Tidak ketinggalan juga, penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan


seperjuangan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang atas sokongan dan
perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi bantuan dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menyiapkan projek penyelidikan ini.

Anda mungkin juga menyukai