Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami amat bersyukur kerana dapat menyiapkan portfolio ini. Di sini,
kami ingin merakamkan penghargaan kepada Tn Hj Md Fozi bin Zainol, Guru Besar SK
Jalan Peel kerana telah banyak memberi sumbangan dalam membantu mewujudkan bilik
sains yang kondusif. Kami sedar bahawa kami tidak akan mampu menyiapkan bilik sains
ini dengan baik tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada beliau.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir dan
rakan-rakan guru kerana telah memberikan idea dan motivasi yang positif dalam usaha
menyediakan bilik sains yang kondusif. Tidak lupa juga kepada murid-murid tersayang
yang telah banyak membantu kami. Jasa kalian tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Disahkan oleh:
Penghargaan istimewa kami tujukan buat ayahanda dan bonda yang telah banyak
memberikan bantuan, dorongan dan sokongan moral yang telah membuatkan semangat ini
membara untuk terus mencari ilmu, yang secara tidak langsung membawa kepada
penghasilan folio ini. Terima kasih juga buat adik-beradik yang telah banyak memberikan
sokongan daripada belakang.

Ucapan penghargaan juga kami berikan khusus buat teman-teman yang telah
banyak membantu dalam penghasilan kerja kursus ini. Mereka juga telah banyak
memberikan bantuan sepanjang kami berada di sini. Kami berasa terharu dengan segala
kerjasama yang telah mereka berikan.

Terima kasih kami ucapkan buat Pengawas Perpustakaan yang telah banyak
membantu dan memberikan layanan baik semasa proses peminjaman dan pemulangan
buku-buku rujukan yang telah kami lakukan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Terima
kasih buat semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai