Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2

Sebagai seorang guru yang berkualiti dan berinovasi, hasilkan satu inovasi
pengajaran dan pembelajaran berbentuk digital berdasarkan mata pelajaran yang
diajar. Bentang dan berikan justifikasi bagaimanakah inovasi digital yang anda
hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan
murid serta melancarkan tugas guru.
1.0 Pengenalan
Senario pada hari ini dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi hasrat semua
warga dan untuk mencapai hasrat ini guru memainkan peranan yang begitu ampuh. Suatu
perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif
kerana kaedah pengajaran chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini. Justeru
itu, sebagai seorang guru di abad ini yang mendukung wawasan negara, saya telah
menghasilkan

satu

inovasi

pengajaran

dan

pembelajaran

berbentuk

digital

iaitu

persembahan slaid digital yang cukup membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.0 Justifikasi Persembahan Slaid Digital
Ledakan ICT merupakan satu cabaran yang menuntut guru-guru marcapada ini
mempersiapkan diri dengan asas teknologi yang kukuh dalam pendidikan. Menyeru seruan
kerajaan dalam bidang pendidikan, saya telah menyediakan satu persembahan slaid digital
yang inovatif. Persembahan slaid digital dibina daripada idea kreatif dan inovatif yang
menggabungkan integrasi slaid berwarna-warni dan ceria dengan gambar-gambar kartun,
permainan, video, lagu, lembaran kerja, kuiz dan aplikasi suara dan dibangunkan khusus
untuk topik Tabiat Makanan Haiwan. Persembahan slaid ini telah dibangunkan dengan
sistem hyperlink secara terus ke folder dan laman sesawang dan telah dibina kira-kira
selama 2 bulan. Persembahan slaid digital merupakan aplikasi multimedia yang
dibangunkan dan dipancarkan melalui LCD atau Liquid Crystal Display. Imej yang terhasil
pada papan putih lebih besar daripada monitor untuk kegunaan murid-murid di dalam bilik
darjah.
Cabaran dalam dunia pendidikan hari ini memperlihatkan tugas dan peranan guru
semakin bertambah di sekolah. Menurut kajian yang dijalankan, Lemaire (2009) mendapati

bahawa, guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat,
mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar. Inovasi
digital dalam persembahan slaid ini membantu meringankan beban tugas guru. Hal ini
kerana ia mudah disediakan dan boleh diperbaiki kandungannya mengikut kesesuaian
kandungan. Oleh itu, persembahan slaid ini dapat menjimatkan masa dalam penyediaan
bahan bantu mengajar yang membantu dalam persembahan kandungan pengajaran.
Kesannya, bebanan tugas guru dapat dikurangkan dan guru juga dapat mengajar dengan
efektif di dalam kelas kerana tidak berasa tertekan dengan bebanan tugas. Justeru, hal ini
akan dapat meningkatkan produktiviti guru dan profesionalisme guru kerana inovasi ini telah
dapat memudahkan tugas guru. Hal ini sekaligus akan dapat melancarkan tugas guru dan
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid. Hal ini
sekaligus akan melancarkan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Apabila keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berjaya
mencapai objektifnya, murid-murid yang lahir akan menjadi individu yang berilmu
pengetahuan dan dapat menyumbang kepada pembudayaan ilmu di sekolah. Hal ini
sekaligus menyumbang ke arah perkembangan potensi individu bagi setiap murid. Melalui
ilmu yang ada, mereka akan menyumbang kepada kemajuan negara kelak.
Melalui integrasi lagu iaitu muzik dalam persembahan slaid, murid akan lebih
terdorong untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang
bersesuaian dengan suasana dan mood kelas amat penting bagi menghilangkan kebosanan
dalam kalangan murid kerana murid akan lebih mengekalkan perhatian mereka dan mereka
akan sama-sama menyanyi dan menggayakan badan mengikut alunan muzik. Lirik yang
disediakan juga sarat dengan maklumat yang boleh mengukuhkan ingatan murid seperti
contoh-contoh haiwan dan tabiat pemakanan mereka. Kesemua aspek ini sekaligus dapat
membantu memberikan pengajaran yang kreatif dan menarik. Apabila pengajaran yang
kreatif dan menarik dapat dijalankan di dalam bilik darjah, maka guru akan dapat
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid akan dapat
membantu menarik minat murid-murid agar dapat memberi tumpuan lebih lama. Kesannya,
murid-murid akan lebih berasa seronok dan tidak bosan semasa berada di dalam kelas.
Maka, apabila murid berasa seronok dan tidak bosan, tingkah laku negatif di dalam kelas
juga tidak akan dilakukan oleh murid-murid. Kawalan kelas juga dapat dipertingkatkan dan
hal ini sekaligus akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Apabila hal ini berlaku, maka pembentukan insaniah di dalam kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Hal ini sekaligus akan

mewujudkan insan yang berkeperibadian mulia selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Penggunaan ICT seperti inovasi persembahan slaid yang telah direka bentuk ini
secara berkesan akan dapat membantu guru kerana terdapat peristiwa atau fenomena yang
sebenarnya berlaku tidak dapat ditunjukkan dalam bilik darjah, sebagai contohnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains. Fenomena yang
sebenarnya terlalu kompleks, merbahaya, mahal atau mengambil masa yang panjang untuk
ditunjukkan dapat dipertontonkan kepada murid melalui paparan gambar dan video di dalam
persembahan slaid ini. Sebagai contohnya, tabiat makanan hidupan liar yang berbahaya
yang tinggal di dalam hutan begitu susah dan merbahaya untuk ditunjukkan kepada muridmurid. Melalui persembahan slaid ini, video boleh ditayangkan kepada murid dan hal ini
sekaligus dapat mendekatkan murid dengan alam sekitar. Apabila ia berlaku, kefahaman
murid-murid akan meningkat dan mereka akan lebih aktif terlibat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kesannya, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan ini akan
dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid dan ini
selari dengan hasrat kurikulum sains yang akan dapat melahirkan murid yang memperoleh
kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri
serta

alam

sekeliling.

Hal

ini

sekaligus

akan

menjadikan

murid

berupaya

menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman
harian dan menghargai peranan hidupan dan alam sekitar di sekeliling mereka.
Penggunaan bahan-bahan berasaskan multimedia seperti inovasi persembahan
slaid ini begitu sesuai untuk digunakan. Dengan menggunakan paparan video, muzik, nota
dan gambar, murid-murid dapat melihat dengan jelas fenomena yang dipaparkan oleh dan
dapat dipaparkan berulang-ulang kali. Saya juga telah menyediakan kuiz interaktif di dalam
slaid digital ini yang digunakan dan memerlukan penglibatan aktif murid untuk memikirkan
jawapan. Hal ini sebenarnya sebagai satu proses yang akan dapat mengukuhkan ingatan
murid. Apabila ingatan murid dapat diperkukuh, proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih bermakna kerana orientasi pengajaran adalah berpusatkan pelajar yang dapat
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid. Guru hanya
berperanan sebagai pemudah cara atau pembimbing. Murid-murid juga tidak hanya
mendengar penjelasan guru malah mereka boleh meneroka video secara individu atau
berpasangan menggunakan CD di skrin computer. Apabila hal ini berlaku, murid-murid akan
digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan kreatif kerana kedua-dua pemikiran ini dapat
dipertingkatkan melalui rangsangan yang diperoleh daripada persembahan slaid Apabila
pemikiran kreatif dan kritis dapat dijana dalam kalangan murid, maka mereka akan lebih teliti

dan rasional dalam menjalankan sesuatu atau mengambil sesuatu tindakan apabila
menghadapi apa jua situasi tidak kira semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau di
luar bilik darjah. Yahya & Lailinanita (2011) menyatakan matlamat utama pendidikan masa
kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan
pembangunan. Kesannya, ini akan membantu mereka untuk menghadapi cabaran di luar
bilik darjah dan akan melahirkan insan yang progresif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan
serta dapat menguasai ilmu selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Persembahan slaid yang mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini sesuai untuk semua mata pelajaran. Johnson (1986) menjelaskan bahawa
penggunaan ICT dalam pengajaran boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran
seperti sains, matematik, bahasa dan kesusasteraan. Hal ini kerana semasa persembahan
slaid, penerapan nilai boleh dilakukan oleh guru melalui aktiviti yang disediakan melalui
slaid. Sebagai contohnya, murid-murid dikembangkan nilai bekerjasama sebagai satu
pasukan, hormat-menghormati dan bertanggungjawab semasa menjalankan aktiviti
berkumpulan melalui satu aplikasi yang dibangunkan dalam persembahan sliad digital ini
iaitu Lumba Ilmu di mana murid-murid akan bersaing di dalam kumpulan untuk
mendapatkan mata dan seterusnya menggerakkan kereta maya yang telah disediakan
mengikut warna yang berbeza bagi setiap kumpulan. Sekiranya jawapan yang diberi adalah
tepat, maka satu gerakan diberikan kepada kumpulan tersebut. Apabila penerapan nilai ini
dijalankan, hal ini akan secara jelas akan mengelakkan tingkah laku negatif sesama ahli
kumpulan seperti bergaduh sesama sendiri, saling mengejek dan sebagainya. Kesannya,
dinamika kumpulan akan turut dapat dibentuk dengan baik. Hal ini seterusnya dapat
mewujudkan suasana atau budaya kelas yang positif antara setiap individu dan
mengukuhkan hubungan antara satu sama lain, jika kelas pelbagai budaya, ia akan
menggalakkan hubungan utuh antara budaya tidak kira kaum, agama, warna kulit dan cara
hidup melalui nilai-nilai murni yang diamalkan. Kesannya, perbezaan budaya akan
diketepikan dan polarisasi kaum juga turut dapat dielakkan. Hal ini sekaligus akan
membentuk masyarakat yang mempunyai perpaduan yang kukuh. Maka, ini menggalakkan
penglibatan murid kerana ia melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran secara
keseluruhannya dan secara tidak langsung akan melancarkan tugas guru kerana budaya
sekolah akan dipacu dengan nilai-nilai murni yang membawa kepada hubungan yang
harmoni antara kaum kerana merapatkan jurang antara kaum juga merupakan salah satu
tugas guru. Apabila perpaduan kaum terjalin, hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mencoretkan aspirasi untuk melahirkan insan yang menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Persembahan slaid digital ini mengambil kira gaya pembelajaran murid. Murid belajar
pelajaran berstruktur yang dianjurkan oleh guru. Murid belajar secara visual, audio,
psikomotor, logik dan lisan. Murid belajar secara visual dan audio apabila mereka menonton
video tentang tabiat pemakanan haiwan. Murid belajar secara audio apabila lagu dipasang
untuk nyanyian. Seterusnya, murid belajar secara psikomotor apabila mereka menggayakan
gerak haiwan semasa lagu dipasang dan juga, sewaktu menampal dan menyusun gambar
sebenar (real image) untuk disusun mengikut padanan yang sesuai. Selain itu, murid belajar
secara logik apabila mereka menjalankan aktiviti dalam aplikasi ilmu. Apabila persembahan
slaid ini mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran murid, ini akan menggalakkan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid. Hal ini menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran bersesuaian dengan semua murid di dalam kelas mengikut gaya
pembelajaran mereka. Hal ini akan melancarkan tugas guru kerana semua murid akan
mengikuti semua aktiviti dan akan terlibat dengan aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana mereka belajar melalui wadah yang mereka minati. Kesannya, proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bervariasi mengikut gaya pembelajaran.
Persembahan slaid ini begitu menitikberatkan gaya pembelajaran murid kerana apabila guru
mengambil kira gaya pembelajaran murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
maka setiap individu dalam kelas akan berkembang dari pelbagai aspek dan individu yang
berpotensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan dapat dilahirkan bertepatan
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seterusnya, aktiviti dalam persembahan slaid digital yang dibina ini juga telah
mengikut perkembangan Lima Fasa Model Konstruktivisme Needham. Kaedah pengajaran
yang digunakan untuk fasa orientasi ialah tayangan video, fasa pencetusan idea - soalan
dan nyanyian, fasa penstrukturan semula susun gambar sebenar, fasa aplikasi ilmu
permainan dan kaedah penyelesaian masalah, fasa refleksi perbincangan. Semua aktiviti
ini telah disusun khas dan menjadikan aktiviti dalam pengajaran sains lebih berstruktur dan
tidak tertinggal mana-mana perkembangan aktiviti. Hal ini dengan jelas akan melancarkan
tugas guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila persembahan slaid ini
digunakan, maka guru hanya perlu menyalin kandungan susunan persembahan slaid ini ke
dalam buku rancangan mengajar. Kesannya, ini akan melancarkan tugas guru kerana guru
tidak perlu untuk membuka buku lain satu persatu untuk mencari kandungan aktiviti yang
sesuai mengikut susunan. Hal ini juga sekaligus akan mengurangkan bebanan tugas guru.
Selain itu, guru juga boleh mengajar dengan baik mengikut susunan dan pembelajaran akan
menjadi lebih teratur mengikut perkembangan pengajaran. Hal ini menjadikan pengajaran
berkembang dengan baik mengikut aras pemikiran murid. Selain itu, persembahan slaid

yang menggabungkan video, gambar yang menarik, teks yang pelbagai saiz dan warna
yang menarik dengan mudah boleh menarik minat pelajar dan sekaligus mampu
meningkatkan motivasi mereka untuk mempelajari topik tabiat makanan haiwan. Apabila
motivasi murid meningkat, maka ia akan menggalakkan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana murid akan menjadi lebih bersemangat untuk belajar dan apa
yang diajar guru akan menjadi lebih mudah untuk difahami.
Selain itu, persembahan slaid digital ini turut diselitkan dengan lembaran kerja yang
berbentuk soalan interaktif kepada murid untuk menilai pemahaman murid tentang topik
pembelajaran yang diajar dan apa yang mereka belajar sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan sebagai latihan kerja rumah. Lembaran kerja yang telah disediakan
juga adalah lengkap, sesuai, mengikut kurikulum dan mempunyai beberapa set. Hal ini
melancarkan tugas guru yang tidak perlu mencari lembaran kerja yang sesuai untuk
diberikan kepada murid dan berupaya menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan murid. Lembaran kerja yang disediakan dalam persembahan slaid ini juga
sebagai salah satu wadah untuk guru menilai pencapaian hasil pembelajaran. Melalui
proses ini, guru dapat mengetahui tahap kefahaman murid-murid mereka semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sekaligus dapat melancarkan tugas guru kerana guru
dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran. Maka, guru dapat menambah
baik kelemahan mereka agar hasil pembelajaran yang diingini dapat dicapai untuk setiap
murid. Hasilnya, akan lahirlah guru-guru yang cemerlang dan sentiasa membuat kajian
tindakan ke atas pengajaran mereka. Impaknya, guru-guru yang berkualiti inilah yang akan
akan melonjakkan dan menaikkan taraf profesion keguruan selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025 sebagai pelan holistik untuk meningkatkan kemahiran
dan kemampuan guru melalui pemerkasaan guru secara signifikan.
Dari aspek murid pula, murid akan dinilai dan ditaksir secara individu, hal ini
sekaligus akan meningkatkan potensi murid secara individu kerana guru akan dapat
mengenal pasti kelemahan murid dan cuba memfokuskan kepada murid tersebut dan
menambaik pengajaran mereka. Apabila murid telah berupaya dibentuk, maka kadar murid
yang tercicir dalam pelajaran akan dikurangkan. Murid juga akan lebih bermotivasi untuk
belajar dan hal ini akan menjadikan perkembangan murid secara menyeluruh dan sekaligus
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

3.0 Penutup
Tuntasnya, persembahan slaid digital yang dihasilkan ini adalah padat dan sarat
dengan aktiviti dan pengintegrasian multimedia. Pada hemah saya, untuk mengajar topik
Tabiat Makanan Haiwan, sudah cukup dengan memiliki persembahan slaid yang begitu
berinovasi ini berdasarkan semua hujah saya di atas. Persembahan slaid digital yang sangat
menarik ini justeru dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan murid serta melancarkan tugas guru.

Anda mungkin juga menyukai