Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya yang
lain kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dan juga ribuan terima kasih dengan
bantuan yang diberi kepada saya semasa menjalankan kerja kursus Sejarah Islam
Sehingga Daulah Abbasiyah (SJH 3123) ini. Melalui kerja kursus ini saya dapat mempelajari
berbagai-bagai perkara yang penting.

Saya telah mendapat pengetahuan yang berlebihan mengenai Sejarah Islam


sehingga Daulah Abbasiyah dengan melaksanakan kerja kursus ini. Sebelum melaksanakan
kerja kursus ini, saya kurang jelas tentang sejarah islam ini. Maka, dengan menjalankan
tugasan ini, saya mampu dapat mengetahui dan membina kemahiran mengenai Islam ini.
Ilmu pengetahuan ini adalah berharga bagi saya kerana ia amat berguna untuk mengetahui
merancang persediaan sesebuah mata pelajaran dan ilmu pengetahuan ini sememangnya
dapat membantu saya pada masa akan datang.

Pada pengetahuan saya, kerjasama antara rakan adalah elemen yang sangat
penting kerana kita boleh mengkongsi ilmu-ilmu baharu. Saya juga telah meminta bantuan
daripada kawan-kawan saya yang belajar di tempat lain untuk menolong saya dengan
mencari sumber lain daripada perpustakaan terdekat. Hal ini kerana saya telah menghadapi
kekurangan maklumat yang berkaitan dengan tugasan saya. Dengan ini, kami telah
berkongsi pendapat dan pandangan mengenai Sejarah Islam ini.

Dengan melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat meluangkan masa yang
sepenuhnya supaya kerja tidak tertangguh. Saya juga dapat meningkatkan keyakinan diri
saya. Tambahan, saya juga dapat mempertingkatkan kemahiran mencari maklumat
menerusi sumber internet. Sumber ini amat membantu saya dalam melaksanakan tugasan
dengan sempurna. Maklumat-maklumat yang telah saya peroleh ini amat berguna serta
berkesan.

Saya amat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan ini pada masa yang
ditetapkan kerana di samping memenuhi pemarkahan kerja kursus saya. Saya juga
mendapat banyak maklumat dan manfaat daripada pembentangan tugasan yang
telah saya jalankan mengenai tugasan saya ini. Ilmu sangat penting di dalam
kehidupan kita kerana untuk berjaya di dunia dan di akhirat, kita memerlukan ilmu

pengetahuan yang banyak. Oleh itu, saya sering mengingatkan diri saya sendiri
untuk mencari ilmu walaupun di mana saya berada kerana saya tahu ia bakal
menjadi bekalan saya di dunia dan di akhirat. Saya juga berharap saya akan
membuktikan diri saya sebagai guru yang berkualiti pada masa kelak.
Akhir kata, saya berharap saya dapat mengajar dengan lebih berkesan kepada bakal
pelajar saya supaya, saya dapat mewujudkan komuniti yang berminat dalam meningkatkan
tahap pendidikan dan sedar tentang kepentingan Sejarah Islam kepada negara kita. Saya
berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada di dalam ingatan dan seterusnya akan
diaplikasikan sepanjang kehidupan. Saya akan melaksanakan tanggungjawab saya dengan
penuh dedikasi pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai