Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI INDIVIDU

Bersyukur saya ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangnya dapat saya menghasilkan tugasan PSV 3105 ini dengan sempurna. Tugasan yang dilengkapi dengan penerangan serta contoh-contoh aktiviti Pendidikan Seni Visual yang merangkumi 4 bidang ini menjadikan saya lebih memahami kemahiran tentang aspekaspek yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Sesungguhnya pengajaran yang baik dapat membantu menghasilkan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan murid.

Melalui tugasan ini juga saya lebih memahami tentang kepentingan Pendidikan Seni Visual kepada murid-murid. Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.

Antara kekuatan saya dalam menghasilkan folio atau tugasan ini ialah, Pendidikan Seni adalah merupakan mata pelajaran elektif saya semasa menjalani latihan perguruan di IPG Kampus Raja Melewar yang dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Raja Melewar. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi semasa menuntut ilmu di maktab tersebut yang dapat saya aplikasikan dalam menghasilkan tugasan ini.

Selain itu, keluarga suami dan ibu mertua saya sangat meminati bidang seni tampak ini. Kepakaran serta minat mereka yang mendalam dalam bidang seni amat membantu saya menghasilkan tugasan yang baik. Bantuan dan sokongan mereka amat saya hargai.

Antara kelemahan yang saya hadapi sepanjang menghasilkan tugasan ini ialah banyak lagi kemahiran-kemahiran teknikal yang belum saya kuasai terutamanya dalam menguasai kemahiran-kemahiran melukis. Mungkin saya dilahirkan bukanlah untuk menjadi seorang pelukis. Namun, saya percaya jika bakat yang tidak seberapa ini diasah, mungkin kelemahan itu dapat di atasi. Bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah akan tajam juga, InsyaAllah.

Selain itu, tugas hakiki saya sebagai guru Perpustakaan dan Media serta jurulatih daerah Kuala Langat membuatkan saya menghadapi kekangan masa untuk memberikan tumpuan dalam menyiapkan tugasan ini. Namun begitu dengan dorongan suami tersayang dan juga anak-anak yang sangat memahami komitmen saya terhadap tugasan hakiki dan PPG, diselesaikan dengan baik. segala beban dan masalah menjadi ringan dan dapat

Bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang saya lalui, saya telah belajar dan meminta pandangan dan pendapat daripada rakan-rakan yang lebih mahir. Saya juga meminta tunjuk ajar dan bimbingan daripada rakan-rakan sekerja di sekolah terutamanya guru PSV. Berkat tunjuk ajar dan bimbingan rakan-rakan saya banyak memperoleh pengetahuan baru tentang PSV ini.

Saya juga perlu belajar mengurus masa dengan baik. Sikap saya yang suka menangguh kerja dan menyiapkan tugasan di saat-saat akhir perlu saya perbaiki agar pada masa-masa akan datang saya dapat menghasilkan tugasan yang lebih baik dan sempurna. Sekarang, saya sangat sedar tentang perlunya pengurusan masa yang baik untuk melaksanakan tugas-tugas hakiki di sekolah dan dalam masa yang sama saya perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalani Program Pensiswazahan Guru ini. Melalui tugasan ini juga, hubungan saya bersama rakan sekuliah semakin rapat. Kami dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan melalui e-mail untuk

menghasilkan tugasan yang lebih baik. Tidak ketinggalan juga saya dapat berkolaboratif dengan rakan-rakan lain melalui telefon dan laman sesawang. Kesukaran melaksanakan tugasan ini juga telah menjadikan saya lebih tabah dan banyak bersabar. Hasilnya, semua perancangan untuk membuat tugasan ini berjalan dengan lancar.

SEKIAN. TERIMA KASIH

(NORDINA BINTI RAZALI)

Anda mungkin juga menyukai