Anda di halaman 1dari 2

Pra kata

Pertama sekali,saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima


kasih kepada pihak sekolah kebangsaan Taman Selesa Jaya , Guru Besar Puan Kartini, guru –
guru yang telah membantu saya dalam menyempurnakan folio Rancangan orientasi Sekolah
(ROS) ini.Tanpa bantuan kalian semua,tugasan ini mesti tidak dapat disiapkan dalam tempoh
masa yang ditetapkan,bak kata pepatah bulat air kerana pembentung,bulat masyarakat kerana
muafakat.

Sementara itu,saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan
sekumpulan dan kakak yang disayangi Cik Malathi yang sanggup bekerjasama sepanjang
tempoh ROS ini dalam membantu menyiapkan tugasan ini serta berkongsi maklumat-
maklumat dengan saya. Kerjasama Sifat sabar dan tegas beliau menyebabkan kami dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Selain itu,saya juga ingin menujukan penghargaan
khas kepada ahli keluarga saya yang sentiasa member sokongan yang sepenuhnya kepada
saya dan juga rakan-rakan KPLI SR BT tahun 2011 IPG Tengku Ampuan Afzan.
Melalui tugasan ini,saya dapat menghayati erti sebenar pepatah yang menyatakan
hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Saya menyatakan demikian kerana pada mulanya
apabila saya menerima tugasan ini,saya berasa saya tidak akan mampu menyiapkan tugasan
ini sebab kebatasan ilmu yang ada pada diri saya .Namum,saya percaya dengan kecekalan
dan kegigihan saya masalah ini pasti akan dapat saya atasi.Oleh itu,saya pun berusaha untuk
mencari maklumat-maklumat yang berkaitan ROS ini sebanyak mungkin dari pelbagai
sumber sama ada dari internet ataupun dari pihak sekolah.Ketandusan idea dalam
menyiapkan tugasan ini menyebabkan saya berasa agak tertekan tetapi dengan sokongan dari
pelbagai pihak secara tidak langsung telah memberi motivasi kepada saya untuk meneruskan
tugasan ini.
Pada pendapat saya,tugasan sebegini banyak member manfaat kepada saya,sementara
menambahkan pengetahuan saya tentang sekolah ini.
Tambahan pula,sepanjang masa saya menjalankan tugasan ini,banyak pengalaman yang telah
saya dapat dan tidak akan saya lupakan.Melalui tugasan ini,saya dapat berfikir dengan lebih
jauh dan dapat mengambil iktibar dari tugasan ini.
Sebelum mengakhiri prakata saya,saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima
kasih atas pertolongan dan tunjuk ajar semua pihak yang terlibat dalam menjalankan tugasan
ini sehingga tugasan ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Akhirnya,saya berharap
tugasan yang telah kami siapkan ini dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang
Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya ini.

Anda mungkin juga menyukai