Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dalam masa
yang ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham kehendak soalan
tugasan ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah
saya subjek kursus GPM 1083

Tugasan ini merupakan tugasan yang tidak akan saya lupakan kerana ia sangat
mencabar kesabaran saya. Walaupun tugasan ini adalah tugasan secara individu tetapi
kerjasama daripada semua rakan sekelas amat penting dan amat dihargai semasa dalam
perbincangan. Saya berasa tertekan kerana tugasan ini amat mencabar dan saya risau saya
tidak dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditentukan. Dalam tugasan rasmi,
tugasan ini merupakan tugasan individu. Apabila mendapati maklumat ini, saya berasa lagi
tertekan dan riasu kerana saya tidak boleh membuat perbincangan dengan pelajar lain dan
saya perlu menyiapkan tugasan yang mencabar ini dengan sendiri. Justeru, saya berasa
bersyukur kerana dapat berbincang dengan rakan sekelas dan mengamalkan amalan saling
menolong. Manakala perbincangan ini kurang berjaya kerana ramai kawan juga kurang
faham dalam proses-proses menghasilkan tugasan ini.
Semasa cuti, saya juga memaksa diri untuk mula melaksanakan tugasan saya
walaupun saya berasa tidak ingin bermula dengan tugasan yang begitu mencabar ini. Pada
mulanya, saya mencari dan mengkaji maksud dan takrif integriti kerana saya masih kurang
faham tentang maksud tersebut. Saya ingin memahami maksud tersebut sebelum saya
memulakan tugasan saya. Setelah mencari maksud dan contoh integriti dari web, buku,
kamus, perpustakaan Negeri Sabah serta di perpustakaan Institut Pendidikan Kampus
Gaya.
Setelah mendapat semua informasi yang diperlukan dengan segera saya melakukan
lakaran dalam kertas semasa saya berada di dalam asrama. Setelah menghasilkan lebih
kurang 35% daripada tugasan yang diberikan satu lagi rintangan telah wujud kerana kertas
yang telah saya rangkakan jawapan telah hilang daripada bilik saya setelah seminggu
merancang jawapan. Perasaan panik mula terasa setelah saya telah bertanya dengan
kesemua kawan-kawan serta rakan sebilik saya tentang kertas tersebut dan jawapan yang
mereka memberi adalah " tidak tahu.". Saya telah mengeledah bilik asrama dan juga beg
kuliah saya namun berasa sedih apabila tidak menjumpai kertas-kertas tersebut. Dengan
hati yang berat saya terpaksa bermula daripada permulaan. Mujurlah, terdapat beberapa
gambar yang telah diberikan oleh kawan saya dan juga telah ditangkap oleh saya yang
mempunyai hubungkait dengan tugasan ini.

Tiga hari kemudian, saya telah menyiapkan hampir 40% daripada tugasan yang
diberi. Saya berasa syukur kepada tuhan kerana setelah berlakunya semua rintangan
tersebut, semangat saya untuk membuat kerja kursus Pendidikan Moral ini tidak luntur,
malah semakin bertambah. Bermula daripada hari tersebut sehinggahlah hari ini iaitu 27
Mac 2015 tiada halangan yang mendatang, kerja kursus saya dapat disiapkan tepat pada
masanya dan memenuhi kehendak soalan yang telah dikemukakan oleh pensyarah saya.
Secara konklusi, tugasan ini telah memberi saya banyak pengalaman yang baru dan
sekarang saya telah mempunyai ilmu pengetahuan tentang kepentingannya integriti dan
betapa besarnya kesan pengamalan integriti. Melalui tugasan ini, saya telah belajar untuk
selalu bersabar dan pasrah dengan apa yang telah berlaku dengan hidup. Melakukan
sesuatu kerja itu tidak pernah senang. Kadangkala, masalah secara peribadi yang tidak
boleh dielakkan sepanjang proses pembikinan tugasan ini. Namun, sebagai seorang
manusia yang tidak lengkap dan serba kekurangan saya telah sedari bahawa mengelak
daripada masalah bukanlah penyelesaian yang betul malah kita haruslah melawan dan
berusaha lebih.

Anda mungkin juga menyukai