Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN Terdapat ramai Ahli Falsafah pada masa dahulu yang telah mengutarakan pandangan mereka dalam pelbagai bidang terkemuka. Falsafah-falsafah mereka masih diguna pakai dalam kehidupan harian kita, seperti ilmu yang mereka memberikan, cara pengubatan sesetengah penyakit dan tidak lupa juga dalam pendidikan. 1.4 Beza banding pandangan Ahli Falsafah terhadap pendidikan Pada pendapat ahli-ahli falsafah tentang peranan murid ialah, pertamanya pada pandangan Confucius murid-murid dikehendaki untuk menghafal kelima-lima buku klasik yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendekiawan dari tamadun purba kala, iaitu Buku Syair, Buku Sejarah, Buku Elemen, Buku Upacara dan Buku Annals. Selain itu, murid-murid juga perlu mengamalkan nilai-nilai moral yang ditekankan oleh Confucius agar dapat menjadi insan membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. John Dewey mengutarakan pandangan beliau bahawa pelajar harus aktif dan tidak hanya menerima pengetahuan yang diberikan oleh guru serta mengeluarkan pandangan mereka dengan kebebasan. Selain itu, semua pelajar juga perlu aktif melibatkan diri dalam pengambilan keputusan, merancang kegiatan dan melaksanakan rencana tersebut. Menurut pandangan Ibnu Sina, seseorang yang ingin menuntut ilmu haruslah membersihkan hati mereka daripada pekerti buruk dan unsur negatif.Seorang pelajar harus bersedia merantau untuk mencari ilmu pengetahuan dan tidak boleh menyombongkan ilmunya atau menentang guru. Mereka harus mengetahui kedudukan ilmu pengetahuan serta dengan tugas dan kewajiban tersebut diharapkan seorang pelajar mampu untuk menyerap ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Konsep pendidikan pula, munurut Confucius pendidikan adalah untuk semua tanpa mengira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial. Peluang pendidikan diberikan kepada semua orang tidak mengira bangsa ataupun kaum mereka.Ibnu Sina pula berpendapat bahawa konsep pendidikan adalah bersifat universal. Setiap individu dapat mengembangkan bakat dan potensi diri sendiri tanpa menghadkan diri dalam sesuatu kurungan. Menurut pandangan kedua-dua ahli falsafah ini, kami mendapati pandangan mereka terhadap konsep pendidikan terdapat persamaan iaitu semua pihak manusia dapat menuntut pendidikan bersama-sama tanpa mengira kaum, bangsa, agama, dan kedudukan status.

Manakala pandangan John Dewey terhadap konsep pendidikan adalah berbeza dengan Konfucius dan Ibnu Sina. Beliau berpendapat bahawa konsep pendidikan ialah bersifat demokrasi yang didasarkan atas kebebasan. Pelajar saling menghormati kepentingan bersama dalam pergaulan seharian. Mengenai konsep demokrasi dalam pendidikan, John Dewey berpendapat bahawa pelajar-pelajar diberikan kebebasan mengeluarkan pendapat. Mereka dapat menjadi aktif dan tidak hanya menerima pengetahuan yang diberikan oleh guru. Selain itu, John Dewey menekankan pentingnya kebebasan akademik dalam lingkungan pendidikan dan berpendapat bahawa pelajar tidak patut dihadkan perkembangan mereka. Seterusnya ialah fungsi pendidikan. Pada pendapat Confucius, fungsi pendidikan bermatlamat menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi. Sehubungan dengan itu, matlamat ini dapat direalisasikan dengan mendidik pelajar tentang nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat. Pendidikan dapat mewujudkan satu masyarakat yang berharmoni di mana kebajikan rakyat dalam sesebuah negara diberi perhatian oleh pemerintahan dan dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera. Beliau juga berpendapat bahawa pendidikan dapat membimbing dan mendidik agar sentiasa bersedia menjadi generasi-generasi peneraju bangsa. John Dewey berpendapat bahawa pendidikan adalah untuk penambahbaikan dan perkembangan masyarakat ke arah kemakmuran dan kecemerlangan. Beliau menganggap pendidikan dapat berfungsi sebagai sarana untuk peningkatan keberanian dan pembentukan kemampuan kebijaksanaan. Menurut beliau, pendidikan dapat menghancurkan kebiasaan yang lama dan membangun kembali yang baru. Menurut Ibnu Sina pula, tujuan pendidikan jangka panjang adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pendidikan dalam prosesnya harus mengarahkan manusia menuju pengenalan dan kemudian pendekatan diri kepada Tuhan pencipta alam. Tujuan pendidikan jangka pendek dalam pandangan beliau pula ialah pendidikan dimana manusia sesuai dengan bakat dan kemampuannya. Melalui pendidikan, seseorang individu yang ingin memperoleh darjat, pangkat dan segala kemuliaan hendaklah meningkatkan kualiti dirinya melalui ilmu pengetahuan dan ilmu pengetahuan itu untuk diamalkan. Dalam aspek tujuan pendidikan, Confucius menyatakan pendidikan merupakan satu cara untuk membimbing dan mendidik anak pendidik agar mereka sentiasa bersedia untuk menjadi generasi-generasi penerus bangsa. Manusia-manusia yang bermoral, cerdik dan pandai serta mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat, bangsa dan negara akan dizahirkan melalui pendidikan. Tujuan pendidikan Ibnu Sina pula ialah diarahkan 2

kepada pengembangan seluruh potensi yang dimiliki seseorang menunjuk perkembangan yang sempurna. Setiap individu mempunyai potensi dan bakat yang terpendam dalam diri sendiri mereka. Individu yang berbeza mempunyai potensi. Jadi, potensi mereka harus dicungkil melalui pendidikan.Tujuan seterusnya adalah supaya seseorang menyiapkan diri agar dapat hidup bersama-sama di masyarakat dengan melakukan pekerjaan yang dipilih dengan potensi yang dimilikinya. Pada pandangan John Dewey pula, tujuan pendidikan merangkumi aspek efisiensi sosial dengan cara memberikan kemampuan untuk melibatkan dalam kegiatan-kegiatan demi pemenuhan kepentingan dan kesejahteraan bersama secara bebas dan maksimum. Selain itu, John Dewey juga berpendapat bahawa tujuan pendidikan ialah proses belajar pelajar diberikan kebebasan mengeluarkan pendapat dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap guru seperti yang dikatakan dalam falsafah pendidikan moden barat, progresivisme iaitu pelajar lebih berperanan dalam aktiviti belajar manakala guru hanya menjadi pembimbing. Seterusnya dalam aspek kurikulum, Confucius memberi penegasan dalam nilai pendidikan moral. Antara nilai-nilai tersebut ialah hormat kepada ibu bapa (xiao), hormat kepada orang yang lebih tua (ti), ketekuanan (min), kesetiaan (zhong), jimat cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi), dan keberanian (yong). Di samping itu, Confucius berpendapat bahawa kurikulum berfokus kepada bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan. Manakala menurut Ibnu Sina, kurikulum berfungsi sebagai satu alat untuk mengemblengkan pengetahuan keterampilan dan sikap mereka, seperti yang diperkatakan dalam cabang- cabang falsafah iaitu axiologi. Selain itu, kurikulum dipandangkan sebagai suatu program yang dilaksanakan untuk mencapai tujuan pendidikan. Rentetan itu, Ibnu Sina berpendapat bahawa kurikulum membolehkan anak didik mewujudkan bakatnya secara optimal untuk meningkatkan mutu kehidupan. Menurut John Dewey pula, kurikulum yang diajarkan terkesan hanya sebatas teori sahaja, sehingga sekolah tidak mampu mempraktikkan ilmu-ilmu yang didapatkannya dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu, John Dewey menggariskan kurikulum adalah sebagai usaha yang memperjuangkan pembentukan semula masyarakat. Di samping itu peranan guru dalam sekolah. Confucius berpendapat bahawa peranan guru adalah sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Teori beliau sama seperti yang diperkatakan dalam progresivisme. Untuk itu, guru perlu menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberi. Di samping itu, mengenali murid yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan mereka. Menurut Ibnu Sina 3

pula, peranan guru mendahulukan kepentingan orang banyak daripada kepentingan dirnya sendiri. Tambahan pula, guru tidak hanya menjadi guru bagi para muridnya tetapi bagi kehidupan orang lain sepanjang hidup. Menurut John Dewey pula, guru adalah sebagai mediator dan fasilitator yang membantu proses belajar dalam kalangan pelajar. Selain itu, guru seharusnya menyediakan pengalaman belajar dan memungkinkan pelajar menyusun atau membentuk pengertiannya sendiri. Di samping itu, guru memberikan kegiatan-kegiatan yang membangkitkan rasa ingin tahu pelajar dan membantu mereka untuk mengekspresikan gagasan-gagasannya. Kesimpulannya, terdapat beza dan persamaan antara beberapa falsafah. Kita perlu menilai yang berbaik dan boleh menjadikan sebagai pedoman dalam hidup kita. Falsafah falsafah ini, mampu untuk menjadikan hidup kita lebih bermaksud jika kita dapat menggunakan ia sebagai tunjuk ajar.

Anda mungkin juga menyukai