Anda di halaman 1dari 2

Refleksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran lalu SAN KUM TAI

Selepas saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik


tambah dalam lingkungan 100 tahun 1, saya mendapati semua murid Kelas 1D sudah
memahami istilah-istilah mengenal nombor dan operasi tambah. Hal ini telah dikenal
pasti melalui soalan-soalan yang dituju kepada murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta hasil kerja murid. Selain itu, murid saya dapat menguasai
penambahan satu digit dengan satu digit dan dalam lingkungan 20 serta dapat
menyelesaikan soalan berkenaan dengan baik dan teratur. Sebaliknya, kebanyakan
murid tidak dapat mencari jawapan bagi soalan penambahan seperti berikut:

Lembaran Kerja Murid : Murid ini hanya tahu buat penambahan nombor digit dengan
nombor digit

Perkara ini telah dikenal pasti melalui lembaran kerja dan buku latihan murid
yang telah disemak. Contoh ditujukkan bahawa kesilapan yang disebabkan keliruan
murid semasa menambah. Namun begitu, dapat memastikan murid tersebut masih
tidak dapat mengukuhkan konsep asas penambahan.
Justeru, saya mengadakan satu sesi perjumpaan dengan beberapa orang murid
yang melakukan kesilapan tersebut mengesan punca masalah mereka. Selepas sesi
temu bual, didapati murid melakukan kecuaian kerana tergesa-gesa hendak
menyiapkan latihan dan tidak menyemak jawapan selepas selesai menjawab manakala
murid yang melakukan kesilapan konsep memberi alasan bahawa mereka tidak faham
erti yang tempat isi kosong yang dihendaki kerana mereka sudah biasa memberi
jawapan yang di belakang sama dengan. Selain itu, terdapat seorang murid yang
langsung tidak memahami konsep penambahan kerana dia hanya menyalin semula
nombor yang terdapat dalam soalan. Alasannya adalah saja untuk mengisi ruangan
jawapan yang kosong.

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan kaedah pengajaran dan pembelajaran


yang saya gunakan. Semasa saya menyampaikan pengajaran, saya hanya menyuruh
murid saling menambah digit dengan digit akibat murid hanya tahu mencari jawapan
bagi digit tambah digit. Kaedah ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah murid yang
lemah kerana mereka tidak faham konsep penambahan.

Sebagai seorang guru, saya bertanggungjawab menyampaikan pelajaran


dengan berkesan. Pendedahan konsep yang jelas perlu dilaksanakan supaya murid-
murid dapat memahami apa yang ingin dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran
tersebut. Oleh yang demikian, saya perlu memperbaiki pengajaran saya khasnya untuk
segelintir murid yang tidak dapat menguasai dengan menggunakan kaedah yang
menarik dan bersesuaian dengan tahap murid supaya konsep tambah dapat difahami
dengan berkukuh oleh murid.

Anda mungkin juga menyukai