Anda di halaman 1dari 1

1.

2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Semasa praktikum Fasa 3, saya telah diminta untuk mengajar topik Penyelesaian Masalah bagi Nombor Bulat. Untuk itu, saya telah mengajar murid-murid untuk menggunakan kaedah biasa (prosedural) iaitu kaedah polya bagi memahami kehendak soalan sekaligus memudahkan mereka untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah tersebut. Dengan menggunakan kaedah Model Polya murid-murid akan mengenalpasti; apa yang telah diberikan, apa yang dikehendaki, apakah operasi yang terlibat dan penyelesaian. Namun, selepas seminggu proses pengajaran dan pembelajaran topic tersebut dijalankan, saya dapati terdapat beberapa orang murid terutamanya dari kelompak muridmurid lemah yang masih lagi gagal untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah ini walaupun telah diajar menggunakan kaedah prosedural ini. Daripada semakan yang dibuat terhadap buku latihan dan kerja-kerja rumah murid tersebut menunjukkan bahawa mereka yang tidak memahami kehendak soalan dan hanya bergantung kepada kata kunci yang sering diajarkan oleh guru-guru sebelum ini seperti perkataan jumlah, beza, baki dan sebagainya. Kata kunci sebegini tidaklah menjamin 100% ketepatan mengenai operasi yang terlibat didalam soalan penyelesaian tersebut. Malahan kata kunci jumlah juga boleh melibatkan pelbagai operasi seperti tambah, tolak, darab mahupun bahagi. Oleh yang demikian, satu sesi perbincangan telah dijalankan bersama guru-guru matematik yang lain untuk membincangkan dan mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi murid-murid ini. Hasil perbincangan tersebut, saya mendapati sudah menjadi lumrah dan kesukaran bagi guru-guru untuk memastikan kesemua murid-murid dapat menyelesaikan soalan penyelesaian masalah ini. Tidak semua murid-murid mudah untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah ini kerana mereka gagal untuk memahami kehendak soalan dan membayangkan apa yang diceritakan didalam soalan tersebut. Masalah ini lebih ketara apabila melibatkan murid-murid lemah dan pemulihan kerana mereka sendiri sukar dan lemah dalam membaca. Malahan mereka hanya mampu untuk membaca sesuatu teks tanpa memahami isi yang terdapat didalam teks tersebut. Oleh itu, apabila melibatkan soalan penyelesaian masalah ini, mereka gagal untuk memahami dan mengeluarkan isi yang ingin diceritakan dalam soalan tersebut dan seterusnya mereka gagal untuk menjawab soalan tersebut.
4

Anda mungkin juga menyukai