Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNIH 78100 LUBOK CHINA, MELAKA.

(MBA 0017)

PERANCANGAN STRATEGIK 2014


PANITIA MATEMATIK

PENGENALAN

Berdasarkan status mata pelajaran matematik sebagai satu subjek teras pada peringkat pendidikan sekolah rendah dan menengah, maka dapatlah dianggap bahawa kewujudan Panitia Matematik sangat penting bagi menguruskan segala perkara yang berkait rapat dengan pencapaian dan kecemerlangan matematik itu sendiri. Setiap segala yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat yang nyata iaitu kecemerlangan. Justeru itu, bagi merealisasikan impian ini, suatu bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu dilakukan. Perancangan Strategik Panitia Matematik merupakan suatu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan panitia ini agar dapat menyumbang sesuatu bagi kecemerlangan matematik secara totalnya. Perancangan strategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dijayakan oleh Panitia Matematik.

1.0 VISI

Melahirkan pelajar yang berjaya dan cemerlang semua bidang menjelang Tahun 2012.

2.0 MISI

Melaksanakan pendidikan bersepadu dan berkualiti bagi melahirkan murid yang cemerlang serta seimbang peribadi berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. LATARBELAKANG 3.1. KEKUATAN

3.1.1 3.1.2 3.1.3. 3.1.4.

Guru boleh mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya berkuatkuasa 2012. Guru Matematik masih muda dan sihat. Guru-Guru Matematik adalah guru-guru yang bersemangat tinggi. Terdapat pelbagai program motivasi dan program peningkatan matematik yang dijalankan untuk membantu murid-murid. Antaranya, bengkel teknik menjawab soalan, klinik matematik dan motivasi kecemerlangan. Persekitaran yang kondusif di sekolah untuk belajar matematik.

3.1.5

3.2.

KEKURANGAN / KELEMAHAN / HALANGAN

3.2.1. 3.2.2. 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6

38% murid-murid dari tahun tiga hingga tahun enam tidak bermotivasi dan lemah dalam matematik. Semua guru yang mengajar matematik adalah bukan guru opsyen di dalam bidang pengkhususan matematik. Kekurangan bahan ABM yang benar-benar efisyen / benar-benar membantu atau bersesuaian. Guru-Guru Matematik kurang gemar menggunakan ABM dalam P & P dan lebih kepada chalk and talk. Kewangan panitia / sekolah tidak mencukupi untuk menjalankan projek-projek sokongan.. Sebahagian besar murid tidak menguasai sifir dan formula-formula matematik.

3.3.

PELUANG 3.3.1. 3.3.2. 3.3.3. 3.3.4 3.3.5 Hubungan baik PPD & JPN dengan sekolah. Kerjasama PIBG yang baik. Guru-guru yang mengajar matematik mendapat sokongan daripada guru-guru senior yang berpengalaman. Guru Matematik berkebolehan dalam ICT dan penggunaan perisian interaktif Majoriti pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang baik.

3.3.6 3.3.7

Sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran. Skim BantuanTuisyen.

3.4.

ANCAMAN 3.4.1 Sebahagian murid agak nakal dan kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran serta program-program yang dijalankan. Sebahagian besar ibu bapa kurang prihatin dengan takwim aktiviti / program sekolah menyebabkan adakalanya murid-murid gagal hadir dalam program yang dianjurkan. Ibu bapa kerap mengambil tindakan negatif tanpa usul periksa. Anasir negatif di kawasan persekitaran mempengaruhi sahsiah murid. Ramai guru dipanggil keluar bertugas untuk aktiviti kelompok, daerah dan negeri serta lain-lain aktiviti yang menjejaskan tumpuan terhadap P & P.

3.4.2

3.4.3 3.4.4 3.4.5

4.0. MATLAMAT STRATEGIK

4.1 4.2

Meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik murid-murid. Meningkatkan penguasaan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam aktiviti / proses pengajaran pembelajaran. Meningkatkan penguasaan ilmu dan membudayakan matematik dalam kehidupan murid-murid. Memperkenal dan menyuburkan sistem pengajaran pembelajaran matematik yang berkesan.

4.3 4.4

5.0.

OBJEKTIF 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. 5.5 Peratus murid yang lulus matematik dengan cemerlang dapat ditingkatkan kepada 80%. Sasaran 2 orang murid U.P.S.R akan mendapat 5A pada 2012. Peningkatan peratus murid yang lulus matematik ke arah pencapaian 100% lulus. Semua murid dapat menguasai empat kemahiran asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Guru-Guru Matematik mahir menggunakan peralatan TMK serta dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran pembelajaran. Semua murid khasnya murid-murid tahap dua dapat menguasai kemahiran TMK dan menggunakannya dalam proses pembelajaran matematik. Mengikis tanggapan negatif sebahagian murid yang menganggap matematik satu subjek yang sukar dan menyuburkan pandangan positif mereka terhadap subjek ini. Murid-murid menguasai strategi belajar matematik yang tepat dan berkesan.

5.6

5.7

5.8 6.

KUMPULAN SASARAN

Target Murid (%) Lulus 2013 Thn 1 Thn 2 Thn 3 71% 100% 100% Bil Lulus 2013 4 1 4 (%) Target Lulus 2014 100% 100% 100% Bil Murid Target A (Kualiti) 2014 7 8 1

Thn 4 Thn 5 Thn 6

71% 60% 80%

3 3 4

100% 100% 100%

5 6 5

7.

KEWANGAN

7.1. Peruntukan panitia mata pelajaran untuk membeli ABM yang baru dan menggantikan yang sudah rosak. 7.2. Sumbangan P.I.B.G. 7.3. Kutipan dari peserta program.

Anda mungkin juga menyukai