Anda di halaman 1dari 34

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


SEKOLAH RENDAH

SEMESTER 7
TAJUK:

PROPOSAL
BAB 1, 2 DAN 3
KUMPULAN :
EL UPSI 102 (A 132 PJJ)
NAMA
PUVANEISVERI A/P VERAIAH

NO.ID
D20102041707

NO.TEL
017-4635338

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.NORASHIQIN BINTI MOHD IDRUS


TARIKH SERAH
: 11.5.2014

TAJUK:
Kaedah penggunaan Garis Lurus leap
bagi mengatasi masalah operasi Tolak
bagi tahun 3

TAJUK KAJIAN
KANDUNGAN
1

1
2

MASALAH KAJIAN
1.1

Pendahuluan

1.2

Latarbelakang Kajian

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Kerangka konseptual

1.5

Objektif Kajian

1.6

Soalan Kajian

1.7

Kepentingan Kajian

1.8

Batasan Kajian

1.9

Rumusan

KAJIAN LITERATUR
2.1

Pendahuluan

10

2.2

Aspek Pengajaran Pembelajaran

10

2.3

Ringkasan

11

2.4

Rumusan

13

METODOLOGI KAJIAN
3.1

Pendahuluan

14

3.2

Reka Bentuk Kajian

14

3.3

Instrumen Kajian

15

3.4

Sampel Kajian

19

3.5

Pengumpulan dan Pemprosesan data

20

3.6

Rumusan

23

Lampiran
Rujukan

24

BAB 1
1.0
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Kurikulum matematik

Sekolah Rendah kini berunsurkan kepada KBSR dan berteraskan

Falsafah Pendidikan Negara Matlamat pendidikan Matematik Sekolah Rendah ialah untuk
Membina serta mengembangkan kefahaman murid dalam konsep kemahiran asas mengira.
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1995 ). Menurut Kajian Nik Aziz Nik Pa (1992) dalam
Kamaliah Aminah Binti Abdullah (2006), Matlamat ini dapat digunakkan dalam penyelesaian
masalah harian secara berkesan dan penuh bertanggungjawab dan seterusnya membuka mata dan
minda pelajar untuk menghargai kepentingan dan keindahan Matematik Bagi memastikan
penguasan ilmu pengusaan ilmu Matematik dikuasai sepenuh oleh para pelajar ia perlu dari asas
Matematik yang meliputi empat operasi

dan salah satunya

adalah operasi tolak yang

didedahkan kepada seawalnya bermulanya persekolahan . Dalam Dokumen Standard tahun 3


telah dicacatatkan bahan operasi tolak dalam Matematik haruslah diajar dengan menggunakan
kaedah bertulis formal (Standard Method).John L.Marks et.al(1975) mengatakan bahawapelajarpelajar menghadapi masalah operasi tambah dan tolak kerana ianya diajar dengan lebihformal
dari

sekolah

rendah

walaupun

mereka

mempunyai

pengalaman

dalam

kehidupan

sehari.Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai seseorang pelajar akan mengalami masalah untuk
konsep Matematik dan seterusnya hampir keseluruhan ilmu Matematik adalah saling berkaitan
antara satu sama lain.

Sebagaimana kita mengetahui bahawa amatlah penting bagi seorang pelajar memerlukan
kemahiran mengira dan menakkul. Memandangkan kepada kecenderungan pengajaran sekarang
iaitu memusatkan pelajar, guru perlu memahami proses pembelajaran yang pelajar mesti

mengalami.Guru mestilah memahami proses kognitif pelajar dan dipindahkan dari sebutan
kepada penulisan.

Banyak teori yang memperkatakan tentang hal ini. Learner (1985) dalam teorinya menegaskan
bahawa guru perlu menyedari bahawa kanak-kanak ini berbeza dari segi kebolehan dan
keupayaan mereka. Di atas kesedaran ini, guru dapat menjalankan aktiviti yang sesuai untuk
memberi pertolongan sejak awal-awal lagi bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
murid.
Guru hendaklah tahu mendiagnosis dan menyimpan rekod kemajuan murid tersebut. Dengan ini,
guru dapat menyusun strategi pengajaran yang lebih sesuai kepada murid-murid yang berkenaan.
Walau bagaimanapun kegiatan diagnosis dan langkah pemulihan kurang berkesan mungkin
kerana bilangan murid terlalu ramai dalam sebuah kelas dan juga disebabkan guru sendiri tidak
mampu membuat analisis kesalahan serta tidak tahu cara menjalankan aktiviti pemulihan. (Kok
Boh Boon, 1981).

Walaupun terdapat penekanan terhadap penguasaan kemahiran 3M perlu dikuasai oleh murid,
namun

melalui laporan-laporan dan data-data di

Jabatan

Pendidikan

Khas,

Kementerian

Pelajaran Malaysia yang dikemukakan terdapat masih lagi sekumpulan murid yang gagal
menguasai kemahiran tersebut.

1.1

Latar belakang kajian

Selama dua tahun saya telah mengajar mata pelajaran matematik bagi murid tahun 3. Setiap kali
selepas tamat mengajar sesuatu tajuk saya sentiasa akan mengadakan penilaian secara formatif

untuk menentukan daerah kelemahan atau kemahiran yang telah mereka kuasai. Saya mendapati
prestasi murid selalu menurun apabila tibanya ujian yang melibatkan tajuk penolakan yang
melibatkan pengumpulan semula.

Pengajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi
semua murid. Untuk tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran serta
latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat
pelajar diambil kira. Perhatian juga perlu diberi kepada daya dan gaya pembelajaran yang
berbeza di kalangan pelajar.

Kaedah yang saya gunakan semasa mengajar topik ini merupakan kaedah tradisional. Saya
terpaksa meluangkan masa yang lama dalam satu topik ini dan sering mengalami kesuntukkan
masa .Saya sentiasa risau dan mendapati diri saya amat sukar untuk mencari satu pendekatan
agar murid-murid saya menguasai kemahiran untuk menyelesaiakan penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula.

KBSR mencadangkan para guru untuk mengunakkan kaedah bertulis secara format dalam
pengajaran Operasi Asas Matematik.Namun, kaedah ini tidak begitu efektif untuk murid-murid
yang agak lemah.Menurut Paul Swan (1977) dalam artikelnya, mental Maths strategies
mengutarakan bahawa terdapat bukti yang mengatakan bahawa pengajaran.Algoritma dalam
bentuk lazim sejak usia awal akan memberikan kesan negatif kepada pengunaan kaedah
pengiraan mental di kalangan murid-murid lemah.Maka dengan ini fokus kajian saya supaya
mengunakkan kaedah baru bagi memberi peluang kepada peningkatan pencapaian murid dalam

penguasaan penolakan pengumpulan semula.

1.2

Pernyataan masalah

Selepas menjagar tajuk penolakan saya telah mengadakan ujian untuk menguji tahap kefahaman
murid . Hasil ujian

menunjukan segelintir murid tahun tiga mengalami masalah

meyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan

dalam

semula . Perkara ini amat

merisaukan dan merungsingkan saya. Jika keadaan ini berterusan maka murid murid saya
dengan pastinya tidak dapat

meningkatkan

kemahiran mereka dalam operasi penolakan

pengumpulan semula.

Masalah ini menarik perhatian saya justeru ianya membuka hati saya untuk mengadakan
penyelidikan tindakan ke atasnya kerana sepanjang pengalman saya sering kali menemui murid
yang mempunyai masalah penolakan melibatkan pengumpulan semula ini. Saya juga dapat
mengenalpasti hanya segelintir murid yang gagal memahami konsep penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula setelah menyemak hasil kerja murid.Saya telah megenalpasti 4 jenis
kesalahan umum yang dibuat oleh murid saya menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
penolakan yang melibatkan penolakan pengumpulan semula. Kesalahan tersebut dihuraikan
seperti berikut.

Rajah 1 : Kesalahan

1 Yang Dilalui

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lalui saya dapat mengenalpasti
kesalahan yang biasanya dilakukan oleh murid-murid saya.Antaranya termasuklah mereka
sentiasa terikat kepada satu konsep dimana nombor yang kecil sentiasa ditolak daripada nombor
yang besar tanpa menghiraukan kedudukan nombor atau nilai tempat.(Rujuk kesalahan 1)

Rajah 2: Kesalahan 2 Yang Dilalui


Terdapat kalangan murid-murid yang mempunyai masalah dalam penolakan yang melibatkan
banyak nombor sifar (rujuk kesalahan 2).Apabila ditanya kepada murid,mereka kata bahawa
mereka rasa keliru untuk menjawab soalan yang melibatkan sifar dalam penolakan pengumpulan
semula.

Rajah 3: Contoh Kesalahan 3 Yang Dilalui

Ada juga segentintir murid sering melakukan kesalahan dalam menyelesaikan soalan penolakan
mengikut cara bertulis lazim yang betul.(Rujuk kesalahan 3) Keslahan ini timbul apabila mereka
menolak dua nombor yang berlaianan dari kiri ke kanan.Ianya dapat diperhatikan dengan ketara
apabila mereka menolak nombor dua digit dengan satu digit dalam bentuk lazim.Menurut Fred

J.Schonella (1975) dalam buku Diagnosis And Remedial Teaching In Arithmeticmengatakan


bahawa penolakan yang melibatkan sifir dalam pengumpulan semula merupakan kesalahan
umum yang dilakukan kebanyakkan murid.

Rajah 4: Contoh Kesalahan 4 Yang Dilalui

Ramai murid juga keliru dengan konsep pinjam sebelah dan kemudian kumpul semula.(Rujuk
kesalahan 4) Murid ini faham tentang nilai yang dipinjam dan keliru cara bagaimana hendak
kumpul semula nilai yang dipinjam.Namun kekeliruan murid adalah dengan nilai yang sedia ada
selepas dipinjam.

Pelbagai masalah dan isu mengenai pendekatan dan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah
telah dibincangkan oleh ramai pihak dan sebahagian besarnya mempunyai hubungkait yang
signifikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengajaran guru dalam bilik

darjah khasnya dan sekolah amnya. Tidak dapat dinafikan bahawa guru adalah agen yang
penting kerana mereka adalah pelaksana kepada segala perancangan yang telah dirangka oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, guru-guru seharusnya bijak, kreatif,
inovatif dalam menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini secara
langsung, akan melibatkan murid secara aktif dan terkawal. Kaedah yang berkesan digunakan
akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan
strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seseorang murid itu menjadi aktif, seronok
dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru.
Saya mendapati murid-murid saya agak lemah dalam tajuk penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula.Berdasarkan kepada tinjauan saya didapati pelbagai kaedah atau strategi
yang boleh digunakan untuk menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan
semula.Antanya termasuklah kaedah One to one correspondence,Kaedah pecahan 10,Kaedah
decomposition dan sebagainya.Walaubagaimanaupun saya ingin memperkenalkan satu kaedah
baru serta lebih efektif bagi mengatasi masalah murid yang lemah dalam menguasai topik
ini.Kaedah ini dikenali sebagai Garis Lurus Leap.Berdasarkan kajian Ian Thompson (1999)
kaedah Leap dalam satu digit nombor merupakan salah satu strategi pengiraan mental yang
efektik dalam bilik darjah.Menurut John L Marks et.al ( 1975) dalam buku berjudul Teaching
Elementary School Mathematics For Understanding menyatakan bahawa pembelajaran melalui
kaedah pengiraan mental memberikan peluang kepada murid-murid untuk menguasai konsep
penambahan dan penolakan dengan lebih berkesan.Berdasarkan Brian W. Broughton et.al.(1993)
mengatakan bahawa apabila menggunakan nombor yang lebih besar,maka lebih mudah angka itu
dipecahkan.Fakta ini dapat menyokong Kaedah Garis Lurus Leap yang telah saya kenalpasti.

1.4

Kerangka Konseptual

Berdasarkan kepada kajian ini, saya akan menerangkan beberapa konsep yang saya akan
digunakan sepanjang kajian ini dijalankan. Tajuk yang telah dipilih adalah Kaedah Pengunaan
Garis lurus Leap Bagi Mengatasi Masalah Operasi Tolak Bagi tahun 3
John L.Marks et.al.(1975) menyatakan bahawa gambarajah yang melibatkan garis nombor akan
membantu murid untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang penolakan secara
mental.Derek Haylock dan Anne Cockburn (2003) dalam buku berjudul Undersatanding
Mathematics in the Lower primary Years mengatakan bahawa perbezaan di antara dua nombor
yang dipaparkan melauli garis nombor akan memberikan imej yang jelas tentang konsep
penolakan dan ianya digunakan secara kerap dalam pengiraan mental.

Penyelidik akan menggunakan beberapa konsep untuk menghubungkaikan perkara yang hendak
dikaji. Konseptual kajian penting dalam membentuk hubungan dan membuat perkaitan antara
tajuk dengan perkara yang dikaji.
Tajuk : Kaedah Pengunaan Garis lurus Leap Bagi
Mengatasi Masalah Operasi Tolak Bagi
tahun 3

Mengenalpasti
masalah

Kumpulan
sasaran
3 orang murid

Ujian pra

Penggunaan
Kaedah Garis
Leap

Temubual
Selepas
intervensi

Ujian pasca

Pemerhatian

Rajah 4 : Kerangka Konseptual


1.4

Objektif kajian

Objektif penyelidikan ini adalah untuk:


i.

Mengenalpasti tahap penguasaan murid-murid tahun 3 bagi topik penolakan yang


melibatkan pengmpulan semula selepas menggunakan kaedah Garis Lurus Leap.

ii.

Mengetahui minat pelajar bagi topik penolakan yang melibatkan pengumpulan


semula selepas menggunakan kaedah Garis Lurus Leap.

iii.

Mengenalpasti masalah-masalah pemahaman

yang masih berlaku bagi topik

penolakan yang melibatkan pengmpulan semula selepas menggunakan kaedah Garis


Lurus Leap.

1.5

Soalan kajian

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

i.

Adakah kaedah Garis Lurus Leap dapat membantu tahap penguasaan murid-murid
tahun 3 bagi topik penolakan yang melibatkan pengumpulan semula.

ii.

Adakah

kaedah Garis Lurus Leap minat murid murid tahun 3

bagi topik

penolakan yang melibatkan pengumpulan semula.


iii.

Adakah kaedah Garis Lurus Leap

dapat mengenalpasti masalah-masalah

pemahaman yang masih berlaku bagi topik penolakan yang melibatkan pengmpulan
semula.

1.7

Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah kepada tiga perkara utama iaitu kebaikan kepada guru, membantu
murid-murid dalam pembelajaran dan meningkatkan prestasi mata pelajaran matematik. Ketigatiga perkara ini amat penting untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah khasnya murid itu
sendiri. Terutamanya meningkatkan motivasi murid dan prestasi murid agar terus maju dan
menjadikan mata pelajaran matematik lebih cemerlang di masa akan datang.

Selain itu, dapatan kajian yang akan diperolehi boleh dijadikan panduan atau asas meningkatkan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula dalam mata pelajaran matematik dengan menggunakan Kaedah Garis
Lurus Leap. Kajian ini juga menjadi panduan untuk para guru untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran serta prestasi murid dalam penilaian secara formal dan tidak formal
dalam tajuk penolakan dengan mengurangkan murid yang gagal dan menjadikan matematik
sebagai mata pelajaran yang paling disukai oleh murid.
Berdasarkan kepada cadangan dari hasil kajian, pihak sekolah, Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri boleh memperbaiki kelemahan-kelemahan serta memantapkan lagi kelebihan
dan kekuatan yang wujud.

1.8

Batasan Kajian

Kajian meletakkan batasan dalam melakukan kajian supaya menghadkan bidang kajian lebih
berfokus. Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik memberi tumpuan untuk mengkaji pendekatan
kaedah Garis Lurus Leap dalam meningkatkan kemahiran penolakan yang melibatkan

pengumpulan semula. Murid-murid yang saya pilih dalam penyelidikan ini adalah murid tahun 3
SJKT Ladang Kota Bahroe, Gopeng. Mereka adalah seramai 3 orang murid yang lemah dalam
topik penolakan yang melibatkan pengumpulan semula di mana mereka terdiri daripada seorang
murid lelaki dan seorang murid perempuan.
Seperti yang sedia maklum, Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dan latar belakang
murid dari keluarga sosioekonomi yang rendah . Murid juga terdiri daripada latar belakang yang
berbeza dari segi tahap akademik. Oleh itu, pendedahan kaedah Garis Lurus Leap dapat
memudahkan murid untuk mengukuhkan kefahaman murid dalam konsep mendarab nombor
besar.
Secara ringkasnya, kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan seperti berikut:
1. Penyelidik akan mengkaji keberkesanan kaedah Garis Lurus Leap dalam kemahiran
penolakan.
2. Responden kajian ini adalah murid-murid dari SJKT Ladang Kota Bahroe, Gopeng dan
tidak melibatkan sekolah yang lain.
3. Kajian ini tidak akan mengkaji penggunaan pendekatan lain di dalam pengajaran
matematik.
4. Kajian ini tertumpu kepada penggunaan kaedah Garis Lurus Leap
meningkatkan kemahiran penolakan yang melibatkan

dalam

pengumpulan semula dua digit

dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit dalam matapelajaran matematik di
dalam kalangan murid tahun 3 sahaja dan tidak melibatkan tahun lain.
1.9

Definisi Pembolehubah

Bagi memahami tajuk yang dikaji, penyelidik akan menjelaskan definisi istilah-istilah yang
digunapakai dalam kajian ini dengan lenih lanjut. Istilah-tilah yang terdapat dalam kajian ini

ialah mengenai pendekatan, keberkesanan, kaedah, kaedah Garis Lurus Leap

kemahiran

penolakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

1.9.1 Pendekatan
Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil
bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Menurut buku yang ditulis oleh Mok Song
Sang (2008), terdapat empat jenis pendekatan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif,
pendekatan integrative dan pendekatan eklektik.
Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Maka dengan itu
dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana
sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui
terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana dengan mengetahui latar belakang

mereka,

guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan
yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang
berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan
iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan muridmuridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai,
tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh

digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi
setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka
terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi
isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan
guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan
murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti
kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari
dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan
masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia
seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk
menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

1.9.2 Kaedah

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.
Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain,
kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun.

i.

Prosedur pertama : Mengnal pasti masalah

ii.

Prosedur kedua

: Merancang penyelesaian

iii.

Prosedur ketiga

: Mengumpul maklumat

iv.

Prosedur keempat : Membuat tafsiran

v.

Prosedur kelima : Membuat kesimpulan

1.9.3 kaedah Garis Lurus Leap


Kaedah Garis Lurus Leap yang telah saya aplikasikan dalam kajian tindakan saya,memerlukan
murid menyebabkan soalan operasi tolak melalui beberapa langkah yang mudah.Ianya amat
senang dikuasai oleh murid-murid terutamanya mereka yang agak lemah.Keadaan ini terdiri
daripada dua langkah yang saling berkaitan antara satu sama yang lain.Kaedah ini boleh
digunakan untuk penyelesaikan soalan yang melibatkan penolakan dua digit dengan satu digit
dan dua digit dengan dua digit.Langkah langkahnya adalah seperti dalam Rajah di bawah.

Rajah 5: Langkah-langkah penolakan melibatkan pengumpulan semula bagi dua digit


dengan satu digit.

Rajah 6: Langkah-langkah penolakan melibatkan pengumpulan semula bagi dua


digit dengan dua digit

1.10

Rumusan

Kajian ini di harap dapat digunakan oleh guru dalam meningkatkan penguasaan murid di tahun
tiga dan akan dapat membantu guru-guru matematik untuk menilai semula kaedah dan teknik
yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan minat dan
pemahaman konsep asas matematik murid. Semoga kajian ini dapat membantu guru dalam
menangani masalah penolakan yang dihadapi oleh murid tahun tiga . Guru juga dapat mengatasi
masalah kemerosotan prestasi mata pelajaran matematik dan menarik minat murid untuk belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh.

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
1.2 PENGENALAN
Terdapat banyak kajian-kajian lepas yang mempunyai perkaitan dengan tajuk yang dikaji.
Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian lepas ini, pengkaji telah membuat
pencarian berdasarkan kapada bahan-bahan lain seperti jurnal, buku, kajian kes, tesis, laporan,
rekod dan dokumen-dokumen. Ia bertujuan untuk meneliti dan menganalisis semula kajian yang
telah dilakukan oleh pengkaji yang sebelumnya. Selain itu, ia membantu pengkaji dalam usaha
untuk mencari metadologi yang terbaiknuntuk digunakan dalam penyelidikan seperti ini.

1.3 Teori dan konsep Berkaitan


Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran merupakan alat penyambung atau
penggerak dua hala di antara guru dan murid yang sentiasa berinteraksi dan saling
mempengaruhi. Menurut al-Syaibani (1975), kaedah yang baik dapat membantu murid
memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan menanam kefahaman, kemahiran dan mengubah
sikap dan tingkah laku, menanam minat dan nilai-nilai yang diingini.

Guru-guru perlulah menggunakan bentuk perkaedahan mengikut kecenderungan dan peringkat


kematangan murid berdasarkan peringkat umur dan kecerdasan otak masing-masing dalam
menyampaikan pelajaran. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah
mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud
jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham
kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Abu Saleh (1988) pula mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai
kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama
pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Sesuatu pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira peringkat akal dan pencapaian pelajar
akan menyebabkan kerumitan dan kebosanan dan membawa kepada kegagalan.

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang
dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran
maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa
oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.

2.2

Kajian-kajian Lepas

Matematik merupakan sesuatu ilmu yang perlu diajar di sekolah kepada semua murid kerana ia
merupakan satu mata pelajaran yang sangat berguna (Thomason,1969) dan boleh digunakan
dalam kehidupan seharian (Belge,1979:National Council of Sepervisors of
Mathematics{NCSM},1977).Perkembangan tentang sesuatu konsep dan kemahiran dalam
matematik sama ada secara formal atau tidak formal merupakan satu elemen yang penting dalam
keberkesanan aplikasi ilmu Matematik itu sendiri.Menurut Wahidullah 91982),konsepkonsep serta tajuk-tajukmatematik yang dapat membina kemahirankemahiran perhubungan sehari-hari hendaklah diutamakan.Ini menunjukkan bahawa konsepkonsematematik hendaklah diterangkan dengan jelas oleh guru(Palanisamy ,1983)
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996) pula,kanak-kanak mempelajari Matematik melalui
kegiatan harian tertentu.Antara aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak memperolehi konsepkonsep awal matematik iaitu aktiviti padanan(matching),penjenisan (sorting),reguan(pairing) dan
susunan aturan (ordering).Guru boleh memberikan pengalaman belajar yang menarik kepada
murid dengan pengenalan konsep menggunakan bahan konkrit.Menurut Jean Piaget
(1952),mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui
empat

peringkat

iaitu

peringkat

deria

motor

0-

2tahun),pra-operasi (2-

7tahun),operasi konkrit(7-11 tahun)

dan

operasi

formal

(11tahun

ke

dewas).Walaubagaimanapun,usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.


Gan et al. (2005) telah mendefinisikan penolakan seperti berikut:
we start with the sum and take away one of the
addends to find theother addend. The original sum is called minuend: the addend that
isbeing subtracted, the subtrahend; and the remaining addend, the
remainder or difference.

(Gan et al. , 2005)

Nombor

Baki

Penolak

12 - 5 = 7

Terdapat beberapa kajian lampau yang hampir sama dengan kajian ini, iaitu penggunaan bahan
konkrit ,penggunaan garis nombor dan sebagainya. Oleh itu guru perlu lebih kreatif dalam
merancang aktiviti yang melibatkan penerapan konsep Matematik.Penggunaan bahan yang
sesuai akan membantu dan membolehkan murid berkenaan membayangkan secara konkrit proses
Matematik yang terlibat .(Lim Chong Hin,1993).

BAB 3
METADOLOGI
3.0

Pendahuluan

Bab ini bertujuan untuk membincangkan tentang prosedur metodologi yang digunakan dalam
kajian ini. Dari reka bentuk kajian, mengumpul data, prosedur kajian analisa data dan kaedah
pengajaran. Bab ini juga menerangkan bagaimana untuk mengumpul data dan prosedur untuk
menjalankan instrumen ke atas sampel, bagaimana cara untuk mendapatkan data dan bagaimana
cara untuk menganalisis data. Dalam bab ini juga diterangkan bagaimanakah caranya pengkaji
menganalisis data yang diperolehi, apakah alat pengukuran yang digunakan, bagaimanakah

pengkaji mentafsir data yang diperolehi.

3.1

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk sesuatu kajian penyelidikan adalah satu panduan atau teknik/kaedah tertentu untuk
memperoleh maklumat yang diperlukan untuk mencari penyelesaian bagi persoalan kajian yang
dijalankan. Secara umumnya, rekabentuk sesuatu penyelidikan dirangka untuk membincangkan
bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Rekabentuk merupakan keseluruhan
rangka projek penyelidikan yang menyatakan apakah corak jenis kajian yang hendak
dilaksanakan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, daripada mana sumber maklumat boleh
didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi. Sekiranya penyelidikan
direkabentuk dengan berhati-hati, reka bentuk akan memastikan bahawa maklumat yang
diperolehi adalah sesuai dengan persoalan masalah yang ingin diselesaikan. Di samping itu,
maklumat yang dikumpul akan diperolehi dengan kaedah yang paling berkesan (Mohd. Majid
Konting, 2005).

Sebelum ujian ini diadakan pengkaji telah memperoleh data daripada hasil pencapaian murid
dalam peperiksaan ujian formatif murid, dengan mengkaji cara menyelesaikan penolakan yang
melibatkan kaedah pengumpulan semula. Dalam ujian bentuk kualitatif pula pengkaji
mengadakan satu ujian soal selidik di antara pengkaji dengan sampel. Satu soal selidik dan ujian
pra serta temu bual dengan murid dilakukan sebelum pengkaji melakukan pengajaran dengan
menggunakan kaedah Garis Lurus Leap

dan kemudian melakukan satu lagi soal selidik

dan ujian pasca serta temu bual dengan sampel akan di jalankan.

Satu set borang pemerhatian dibina oleh pengkaji untuk menilai penglibatan sampel dari

keaktifan sampel semasa dan selepas menggunakan kaedah Garis Lurus Leap. Di dalam set
borang ini terdapat beberapa item yang akan ditekankan.
3.3 Populasi dan Persempelan
Sampel dalam kajian ini adalah seramai 3 orang murid yang terdiri dari murid tahun tiga di
SJKT Ladang Kota Bahroe , Goepng . Sampel adalah terdiri dari seorang murid lelaki dan dua
orang murid perempuan. Maka murid yang dipilih adalah dari kecerdasan yang sederhana untuk
sekolah tersebut.Murid tahun tiga ini telah mempelajari

penolakan yang melibatkan

pengmpulan semula semasa tahun 2. Sepatutnya murid pada tahun tiga ini telah menguasai
pengiraan penolakan yang melibatkan pengmpulan semula.
3.3

Instrument Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada penggunaan Garis Lurus Leap dapat meningkatkan
pemahaman murid tahun 3 dalam konsep penolakan melibatkan pengumpulan semula nombor
dua digit dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit.Oleh itu saya telah memilh empat
instrument kajian untuk mengumpul data seperti Ujian yang terdiri daripada Ujian Pra,Ujian
Pasca,kaedah pemerhatian dan juga kaedah temu bual
3.3.1 Ujian Pra
Ujian pra akan diberikan kepada semua murid tahun 3. Ujan ini mengandungi 20 soalan dari
topik yang melibatkan pengumpulan semula yang perlu dijawab dalam masa 30 minit . Ujian
pra diberikan kepada murid-murid untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap
penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Tujuan mengadakan ujian ini dijelaskan .
kepada murid-murid terlebih dahulu. Melalui keputusan ujian pra , saya telah memilih 3 orang
murid yang sesuai sebagai responden kajian tindakan saya.

3.3.2 Ujian Pasca


Ujian Pasca akan dilaksankan pada akhir penyelidikan saya.Objektif ujian pos ini adalahuntuk
menentukan pencapaian murid dalam menjawab soalan-solan penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula selepas kedahGaris Lurus Leap diperkenalkan.Responden kajian akan
menjawab soalan yang diberikan dalam masa setengah jam.
3.4

Pemerhatian

Murid diperhatikan dari segi tingkah laku dan sikap sewaktu aktiviti dijalankan dengan merakam
proses perjalanan pengajaran tersebut.Pemerhatian penting bagi mencatat data yang diperlukan
tentang sejauh mana murid dapat menggunakan Garis Lurus Leap dalam menyelesaikan masalah
penolakan pengumpulan semula melibatkan dua digit dengan satu dan dua digit dengan dua digit.
Selain dari itu,melalui pemerhatian juga penyelidik dapat melihat sama ada murid semakin
bermotivasi untuk melakukan aktiviti atau tidak melalui KaedahGaris Lurus Leap yang
diterapkan.
Adakah murid seronok menggunakan Garis Lurus Leap?,
Adakah murid dapat menjawab soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula yang
melibatkan dua digit dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit?

Soalan tersebut akan dijawab dengan sendirinya melalui sesi pengajaran dan pembelajaran serta
pemerhatian yang telah dijalankan.Tingkah laku murid juga dapat dinilai sama ada mereka
berminat atau tidak untuk mengikut arahan guru atau semakin bosan dengan aktiviti yang
dijalankan.Pergerakan secara spontan dapat melihat sejauh mana murid terhadap arahan yang
diberikan oleh pengkaji sama ada mereka menuruti atau mengingkari arahan tersebut.Dalam
pemerhatian ini borang senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik bagi memudahkan

proses mencatat tingkah laku dan penganalisian data.Borang Pemerhatian sebagai bukti muridmurid melakukan atau tidak melekukan tingkah laku yang diinginkan oleh saya.

Instrumen pemerhatian (rujuk Lampiran ) dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan


pembelajaran berlangsung.Pemerhatian ini dijalankan oleh rakan guru yang ditugaskan oleh saya
supaya pemerhatian yang terdapat dalam Borang Pemerhatian yang disediakan.Laporan
pemerhatian saya pula ditulis dalam borang pemerhatian sebagai rujukan sendiri bagi
melihatperubahan-perubahan murid apabila menggunakan Kaedah Garis Lurus Leap dalam
menyelesaikan soalan penolakan pengumpulan semula sama ada mengembirakan atau
sebaliknya.Berdasarkan pemerhatian saya,saya dapat mengesan kelemahan dan kekuatan sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kali intervensi dijalankan daripada reaksi dan
penguasaan murid.

3.5

Temubual

Sesi temubual yang dijalankan adalah sesi temubual murid. Saya telah memilih tiga orang murid
responden saya untuk sesi temubual murid.Sesi temubual dijalankan di dalam kelas bahagian
sudut bacaan supaya tidak menggangu sesi pengajaran di kelas.Bagi sesi ini saya akan memilih
responden saya untuk ditemubual mengenai kajian saya.Saya juga telah memilih lima soalan
yang wajar iaitu berkaitan dengan kajian tindakan ini dan mudah difahami oleh muridmurid.Sesi ini adaplah untuk mendapatkan respon daripada responden yang terlibat dalam
aktiviti intervensi ysng telsh saya laksanakan.Tambahan itu juga,sesi ini adalah untuk mendengar
pandangan pendapat murid tentang subjek matematik dan juga penerimaan mereka terhadap
tajuk penolakan pengumpulan semula.(Rujuk Lampiran )

Penyelidik membuat pemilihan murid secara rawak tiga orang murid tersebut dan penyelidik
menentukan lima minit untuk setiap murid dalam sesi temubual ini.Mereka juga dimaklumkan
supaya menjawab setiap soalan yang diajukan secara jujur dan bukan menyebelahi manaman pihak.Respon yang diberikan daripada ketiga orang murid mengenai kelima-lima soalan ini
dicatatkan dan dibuat huraian daripada maklum balas.

3.6

Perancangan cara menganalisis data

Kaedah Garis lurus Leap marupakan kaedah baru yang diperkenalkan kepada murid tahun
3. Maka penyelidik harus mengmpul data sebagai bukti keberkesanan kaedah ini terhadap
murid. Penyelidik mengumpul data dari pelbgai peringkat iaitu peringkat sebelum kaedah
Garis lurus Leap diperkenalkan .Data-data dikumpul dengan soalselidik, Temu bual serta
keputusan ujian Pra. Peringkat kedua adalah semasa kaedah ini diperkenalkan.data yang
dikumpul adalah melalui pemerhatian , keputusan setiap lathihan.Peringkat ketiga adalah
selepas kaedah ini diperkenalkan. Data dikumpulkan dengan temubual, Keputusan ujian pasca.
Analisis data lebih tertumpu kepada kebolehan murid menolak sebarang dua digit nombor
dengan satu digit nombor dan dua digit nombor dengan dua digit nombor dengan menggunakan
kaedah Garis lurus Leap.
3.7

Rumusan

Kajian ini adalah untuk mengetahui kebolehan murid tahun tiga untuk menyelesaikan masalah
penolakan yang melibatkan pengumpulan semula dengan mengunkan kaedah Garis lurus
Leap , serta membantu guru memilih kaedah yang bersesuaian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan hasil ujian pra dan ujian pos yang menunjukkan peningkatan
menunjukkan perancangan kajian ini berjaya dan sesuai digunakan pada masa akan datang.
Seterusnya kajian ini boleh dijalankan untuk tajuk-tajuk yang lain serta untuk mata pelajaran

lain di sekolah.

Lampiran

LAMPIRAN C
BORANG PEMERHATIAN
SESI P & P 1:PENGENALAN KAEDAH GARIS LURUS LEAP
ASPEK GURU
ITEM Soalan
Adakah guru berjaya menjadikan pengajaran dengan

1. menarik dan bermakna? Dan adakag guru

Catatan

Adakah guru dapat memanipulasikan Kaedah Garis Lurus

2. Leap dalam operasi penolakan pengumpulan semula dua


digit dengan satu digit semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung

ASPEK MURID
ITEM Soalan
1.
2.

Catatan

Adakah murid menunjukkan minat terhadap pengajaran?


Adakah murid memberikan penglibatan secara aktif
semasa proses pengajaran dan
pembelajaran(individu/kumpulan)?

SESI P & P 2:PENGENALAN KAEDAH GARIS LURUS LEAP


ASPEK GURU
ITEM Soalan
Adakah sama ada kaedah Garis Lurus ini dapat difahami

1. oleh murid dan dapat diaplikasikan dan soalan penolakan


yang melibatkan penolakan pengumpulan semula dari dua
digit dengan dua digit

Bolehkah murid membuat latihan yang melibatkan

2. penolakan pengumpulan semula dua digit dengan dua


digit.

Catatan

ASPEK MURID
ITEM Soalan
1.

Adakah murid dapat menggunakan kaedah Garis Lurus


Leap untuk menjawab soalan penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula?

2.

Adakah murid dapat menyelesaikan soalan penolakan


yang melibatkan pengumpulan semula yang melibatkan
dua digit dengan dua digit daripada pengajaran tadi?

Catatan

LAMPIRAN D
SENARAI SEMAK SOALAN TEMU BUAL (MURID)
BAHAGIAN A:LATAR BELAKANG SAMPEL

1.Nama:__________________________________________________________
2.Umur:___________________________________________________________
3.Alamat:__________________________________________________________
___________________________________________________________
4.Pekerjaan Ayah :___________________________________________________

5.Pekerjaan Ibu :_____________________________________________________


6.Pendapatan keluarga:_________________________________________________
BAHAGIAN B:PERSEPSI TENTANG KEMAHIRAN YANG DIUJI
1. Apakah anda rasa apabila berada dalam kelas mata pelajaran matematik??

__________________________________________________________________________

2.Adakah anda faham tentang penolakan?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
3.Apakah perasaan anda apabila menggunakan Garis Lurus Leap?

___________________________________________________________________________

4. Adakah kaedah Garis Lurus Leap ini membantu anda memahami konsep penolakan
penumpulan semula?.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
5. Bolehkah anda selesaikan soalan 35 17=?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

SENARAI RUJUKAN
Brian W.Boughton.Peter J.Ballard (1993).Matematik Binaan.Selangor darul Ehsan:
Percetakan Dewan Bahasa dan pustaka
Derek Haylock,Anne Cockburn.(2003).Understanding Mathematics in the Lower
Primary Years (p.49).London:Paul Chapman Publishing.
Fred J. Schonell.F. Eleanor Schonell.(1999).Diagnisis and Remedial Teaching in
Aritmetic.London:Oliver and Boyd Publishing
H. Q. Yap dan S .P. Lee.Kaedah Aritmetik Mental secara penulisan dan Kira Cepat
(p.1-1).Dalam Sekai.(2004).Bahagian 1:Kaedah Aritmetik mental secara penulisan.Selangor
Darul Ehsan:Hereald Printers Sdn.Bhd.
Ian Thompson.(2003).Enhancing primary mathematics teaching (p.17).Great Britain:
Bell and Bain Ltd,Glasgrow.s
John L.Marks,C,Richard Purdly Lucienb,B.Kinney and Arthur A.Hiatt (1975).
Adding and subtracting mentally.Dalam Stephen D.Dragin.Teaching Elementary school
Mathematics for Understanding ( p. 91 -96).United States of America:Von Hoffmann Press,Inc
Kementerian Pelajaran Malaysia .(1975) KBSR,HSP Matematik Tahun 3
Mike Askew.(1998).National Curriculum expectations/teaching and learning about
mentalmethod of computation.Dalam Michelle Selinger.Teaching Primary Mathematics (p. 48 49).Arrowsmiith,Bristol:Multipex Teahniques LTd.
Nik Aziz Nik Pa.(1992).Penggunaan Rangsangan MuzikTerhadap Penguasaan sifir pelajarpelajar di SMK Sultan Omar,Dungun..Universiti Kebangsaan Malaysia
Paul Swan.(1977).Mental Maths Strategies ( A Practical explanation).
Wahidullah ,Khan.(1982).Berita Matematik,Unit Matematik Menengah ,Pusat Perkembangan
Kurikulum.Kuala Lumpur 1104.
K.V.Palanisamy.(1983).Berita Matematik,Unit Matematik Menengah,Pusat Perkembangan
Kurikulum Kuala Lumpur 1104

Anda mungkin juga menyukai