Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI PONTENG

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan
yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan
sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.
Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca
daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang
"dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi
sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya
diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.

Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi


tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas
ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan


untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang
tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan
kelas, denda ataupun kelas gantian.
KESAN PONTENG SEKOLAH
Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada
pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan
negative yang timbul ialah seperti berikut:

1. Pembaziran masa dan tenaga

Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga
mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun
dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng
sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang
dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

2. Masyarakat memandang serong kepada pelajar

Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada
mereka dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai
contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-
satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah sampah
masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa
depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik
anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

3. Masa Depan tidak terjamin

Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh
rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana
mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal
peneraju yang berwawasan.

4. Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar

Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah namun risiko
yang perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial ponteng sekolah lebih
ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar.

Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan
rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus
kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah
sebanyak 85%. Justeru, sekiranya tidak memenuhi syarat tersebut peluang bagi pelajar
terbabit untuk mengikuti peperiksaan akhir tahun turut terjejas.

5. Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru

Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri perlu juga
dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah kepada pihak sekolah terutamanya
guru-guru. Diantara alasan guru-guru yang merasa tertekan dengan perlakuan para pelajar
yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah.
1. Merasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lainnya kepada
pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap
corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Menganggu proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang
guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta
tidak difahami oleh pelajar ponteng.

3. Pelajar yang ponteng sering menganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan
pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran tertentu.

Anda mungkin juga menyukai