Anda di halaman 1dari 18

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN

MURID TAHUN 1 DALAM MENYUSUN NOMBOR

MENGGUNAKAN MODEL

KIT PERMBARIS ASAS

NAMA: MUHAMMAD ASNAWI BIN OTHMAN


NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI PULAI
ALAMAT SEKOLAH : JALAN BATAI 3, TAMAN SRI PULAI, 81300
SKUDAI, JOHOR.
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Tajuk
2.0 Pengenalan
3.0 Demografi sekolah dan murid

4.0 Pelaksanaan kajian tindakan

4.1 Membuat pemerhatian


4.2 Refleksi
4.3 Merancang
4.4 Melaksanakan Tindakan
5.0 Membuat pemerhatian
6.0 Merefleksi
7.0 Kesimpulan

1.0 TAJUK
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 1 DALAM

MENYUSUN NOMBOR MENGGUNAKAN MODEL KIT PERMBARIS ASAS

2.0 PENGENALAN

Kajian tindakan ini dijalankan dengan tunjuan untuk membantu dan memberi

fokus kepada murid-murid Tahun 1 SK Taman Sri Pulai dalam meningkatkan kemahiran

menyusun nombor secara menaik dan menurun dengan menggunakan kit pembaris

asas. Peserta kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun 1 yang mendapat

markah terendah semasa ujian pra. Data kajian dikumpul dengan menggunakan ujian

pra, lembaran kerja, ujian pasca dan pemerhatian. Hasil analisis data menunjukkan

peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. selepas model kit

pembaris asas diperkenalkan kepada murid. Kaedah ini menunjukkan model kit

pembaris asas berjaya membantu murid Tahun 1 untuk meningkatkan penguasaan

mereka dalam menyusun nombor secara menaik dan menurun.

3.0 DEMOGRAFI SEKOLAH DAN MURID

Demografi kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di dalam daerah

Kulai, Johor. Sekolah ini menempatkan 98 orang guru terlatih dengan enrolmen murid

seramai 1205 orang. Sekolah ini juga merupakan sekolah 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi

petang. Terdapat 3 buah bangunan tiga tingkat dan 2 buah bangunan satu tingkat yang

secara keselurahannya memilik 21 buah kelas yang dikongsikan bersama sesi pagi dan

sesi petang. Sekolah ini juga mempunyai infrastruktur – infrastruktur yang lain seperti

perpustakaan, dewan terbuka, dewan tertutup, kelas pendidikan khas, makmal


komputer, makmal sains, bilik RBT, klinik kesihatan dan kantin. Sekolah yang berusia

34 tahun ini telah mula beroperasi sejak tahun 1987. Selain itu juga, sekolah ini sedang

menjalankan program TS25.

1.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


1.1 PEMERHATIAN
Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas tahun 1 bagi mata pelajaran

Matematik, saya dapati bahawa lima daripada 30 orang murid saya menghadapi

masalah dalam menjawab soalan untuk menyusun nombor secara menaik atau

menurun dalam tertib yang betul. Sebagai contoh, murid mengalami kesukaran dalam

menggunakan cara yang ditunjukkan oleh guru untuk menjawab soalan berkaitan

menyusun nombor. Mereka tidak faham akan cara untuk mendapatkan nombor

sebelum atau selepas bagi susunan nombor yang diberikan terutama sekali dalam

menentukan nombor sebelum susunan nombor yang diberikan. Mereka juga tidak dapat

menjawab soalan – soalan yang diberikan dengan betul. Terdapat murid yang hanya

mengikut gerak hati dan terdapat murid yang menunggu masa untuk meniru jawapan

rakan sebelah. Hal ini dapat ditunjukkan melalui analisis penyemakan ujian pra murid

Analisis Ujian Pra Murid

Murid Kesilapan Analisis kesilapan

A
Keliru dengan konsep
pembundaran
B
Hanya menulis jawapan
sahaja

Semasa menganalisis kesilapan - kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam

ujian pra, saya dapati bahawa murid A keliru dengan konsep susunan nombor kerana

dia tidak dapat menetapkan sama ada nombor sebelumnya adalah nombor lebih kecil

atau lebih besar.

Manakala, hasil analisis murid B pula menunjukkan murid hanya menulis nombor

sesuka hati mereka. Hal ini mungkin terjadi kerana mungkin masih belum menguasai

konsep membilang nombor dengan baik.

1.2 REFLEKSI

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid dan semakan ujian pra murid

semasa di dalam kelas, saya dapati terdapat segelintir murid yang masih tidak dapat

menjawab soalan menyusun nombor dengan baik. Apabila menyemak hasil kerja murid,

segelintir murid masih tidak dapat mengenal pasti nombor yang perlu dituliskan dalam

melengkapkan susunan nombor yang diberikan dengan betul.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid kerana mereka tidak memahami konsep

membilang dan mengenal nombor dengan baik. Masalah ini juga mungkin berlaku

kerana murid belum pernah diperkenalkan dengan membilang nombor secara terbalik.
Selain itu juga, masalah ini juga mungkin berpunca daripada saya kerana strategi

pengajaran yang saya gunakan tidak berfokuskan kepada murid yang masih lemah

dalam mengenal dan membilang nombor.

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid masih tidak dapat menguasai

kemahiran menyusun nombor secara menaik dan menurun dengan baik. Jika perkara

ini tidak ditangani secepatnya, murid mungkin tidak akan berjaya menjawab soalan

susunan nombor yang diberikan. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan berusaha

dalam membantu murid-murid saya memahami konsep membilang dan menyusun

nombor secara menaik dan menurun dengan menggunakan satu kaedah secara konkrit

iaitu Model Kit “Pembaris Asas”.

1.3 MERANCANG

Objektif kajian :-

1) Meningkatkan kemahiran murid-murid tahun 4 dalam pembundaran nombor

bulat hingga 100 000 ke puluh, ratus, ribu, puluh ribu dan ratus ribu terdekat

dengan menggunakan Model Kit “Kaedah Glove”.

2) Memperihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam

meningkatkan penguasaan murid tahun 4 dalam meningkatkan kemahiran

membundarkan nombor bulat 0 hingga 100 000 ke puluh, ratus, ribu, puluh

ribu dan ratus ribu terdekat.

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah pemerhatian

dan penyemakan buku latihan murid untuk mengumpul data awal mengenai masalah
pembelajaran murid dalam topik pembundaran nombor bulat. Analisis data yang akan

saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah laporan pemerhatian dan jadual

peratus pencapaian dalam penyemakan buku latihan murid.

Analisis Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Semasa pemerhatian saya dalam proses PdP, saya dapati bahawa tiga daripada empat

orang murid saya menghadapi masalah dalam menjawab soalan pembundaran hingga 100

000, ke puluh, ratus, ribu dan puluh ribu terdekat. Sebagai contoh, murid mengalami kesukaran

dalam mengingat cara yang ditunjukkan oleh guru untuk membundarkan nombor ke puluh,

ratus dan ribu terdekat. Mereka tidak menukarkan digit – digit yang berada selepas nilai

pembundaran kepada sifar dan tidak menambah satu kepada digit yang dibundarkan sekiranya

digit yang berada di sebelah kanan bernilai 5 hingga 9. Mereka juga tidak dapat mengekalkan

digit yang dibundarkan sekiranya digit yang berada di sebelah kanan bernilai 0 hingga 4.

Terdapat murid yang hanya mengikut gerak hati dan terdapat murid yang menunggu masa

untuk meniru jawapan rakan sebelah.

Analisis Penyemakan Buku Latihan Murid

Jadual 3 menunjukkan skor pencapaian murid dalam buku latihan.

Pencapaian murid dalam buku latihan

Murid Skor dalam buku latihan (n) n


Peratus % = ×100
s (n)

A 14 47

B 13 43

C 27 90

D 12 40
Menurut Jadual 2, hanya murid C mendapat markah lebih daripada 50%. Murid-murid

yang mendapat pencapaian 50% ke bawah telah dipilih sebagai peserta kajian. Maka, saya

telah memilih murid A,B dan D sebagai peserta kajian bagi kajian ini.

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3


- Peringkat konkrit - Peringkat semi konkrit - Peringkat abstrak
Kaedah Glove Kaedah Glove Kaedah Glove

1.4 MELAKSANAKAN TINDAKAN


Berdasarkan kepada perancangan, laksanakan tindakan/ intervensi mengikut
metodologi yang telah ditetapkan. Contoh intervensi:Projek, Perbahasan,
Pementasan, ABM baharu, Kaedah pengajaran baharu/( di sinilah keluarnya
inovasi). Contoh metodologi pengumpulan data: Ujian, rakaman, soal selidik, temu
bual, Dokumen, pemerhatian tingkah laku/situasi. (CATATKAN :-i) siapa yang
terlibat, ii) Tarikh/masa dilakukan, iii) Apa yang berlaku Iv) Bagaimana dilakukan

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan


aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : ………………………………..
Langkah 1 :
…………............................................................................................................................
Langkah
2 : ......................................................................................................................................
.....
Aktiviti 2 : ……………………………………….
Langkah
1 : .....................................................................................................................................
.....
Langkah
2 : ......................................................................................................................................
.....
Aktiviti 3 : ……………………………………….....
Langkah
1 : .....................................................................................................................................
.......
Langkah
2 : .....................................................................................................................................
......
Langkah
3 : ......................................................................................................................................
......

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada


masalahyang hendak diselesaikan/objektif yang hendak dicapai.

Contoh
Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan
aktiviti seperti berikut :
Fasa pertama : Penggunaan Model Kit Go Glove secara konkrit

I. Guru memperkenal dan mendemonstrasikan cara menggunakan Model Kit Go Glove

II. Seterusnya guru telah menunjukkan penyelesaian bagi contoh soalan


pembundaran nombor bulat dengan menggunakan Model Kit Go Glove seperti
dibawah.
1. Murid memilih sampul surat mengikut aliran masing-masing.
2. Murid perlu melihat soalan yang terdapat dalam sampul tersebut dan menuliskan
nombornya pada petak mengikut nilai tempat.
3. Murid perlu meletakkan modal cermin pada nilai tempat yang perlu dibundarkan.
a. Bulat pertama pada modal cermin merupakan nilai tempat yang perlu
dibundarkan. Manakala, bulat kedua pada modal cermin akan berada pada
nombor sebelah kanan nombor akan dibundarkan.

4. Murid perlu memakai “Glove Magic” dan perlu melihat pada jari nombor yang
ditunjukkan oleh bulat kedua pada modal cermin.

5. Seterusnya, murid perlu melihat nilai yang ada pada tapak tangan jari nombor tersebut
dan menambahkannya pada bulat pertama modal cermin yang ada simbol ‘+’.

a. Sekiranya jari nombor 0 hingga 4, murid akan menambahkan ‘0’ pada


bulat pertama modal cermin.
b. Kalau jari nombornya 5 hingga 9, murid akan menambahkan
‘1’ pada bulat pertama modal cermin.

6. Selepas penambahan, murid perlu menuliskan nombor bulat pertama modal cermin
pada baris kedua dan bulat kedua modal cermin akan menjadi 0.
7. Selepas mendapat jawapan pada Modal Kit “Go Glove”, murid akan menyemak
jawapan pada skema jawapan yang terdapat di belakang lembaran kerja.
8. Murid boleh mengambil ganjaran dalam kotak kecil jika jawapannya betul.
9. Murid akan mencuba lagi dengan soalan lain jika jawapannya salah.

Fasa kedua : Penggunaan Gambar Glove secara semi konkrit

I. Murid diminta mengimbas kembali langkah-langkah pembundaran nombor bulat


dengan menggunakan Model Kit Go Glove.

II. Guru telah mengadakan sesi soal jawab dengan menggunakan soalan yang sama
seperti fasa pertama.

II. Seterusnya, guru telah membimbing murid menyelesaikan soalan pembundaran nombor
bulat dengan menggunakan gambar Glove seperti Jadual 5.
Jadual 5

Contoh penyelesaian dengan gambar Glove.

Langkah Penerangan Contoh penyelesaian


1 Guru telah memaparkan satu soalan dan
meminta murid untuk membundarkan ke 6 222
puluh yang terdekat.
2 Murid diminta melukis garisan melintang
6 222
di bawah nombor soalan.
3 Murid diminta membuat garisan menegak
di sebelah kanan pada nilai puluh.
6 222
4 Guru telah memberikan gambar Glove
kepada semua murid

6 Murid diminta untuk melihat soalan dan


memastikan nombor apakah yang 6 222
terdapat di sebelah kanan garis menegak,
iaitu nombor 2.
7 Selepas itu, murid diminta melihat pada
nombor 2 dalam gambar Glove dan tapak
tangan gambar tersebut.

9 Murid diminta menambahkan nilai yang


ada pada tapak gambar Glove kepada +0

nombor sebelah kiri garis menegak.


11 Murid diminta membuat pembundaran
6 222
puluh terdekat pada nombor 6 222 dan 6 220
menulis jawannya di bawah soalan.

III. Selepas guru mendemonstrasikan cara penyelesaian pembundaran nombor bulat


dengan menggunakan gambar Glove, guru telah mengedarkan gambar Glove kepada
setiap murid dan diminta membundarkan nombor 9 655 kepada ribu terdekat dengan
menggunakan Kaedah Glove.

IV Guru telah membimbing murid untuk menyelesaikan soalan.

V. Guru telah mengadakan aktiviti berpasangan, terdapat tiga soalan aktiviti berpasangan
yang memerlukan murid menjawab dengan menggunakan gambar Glove.

VI. Guru telah menyemak jawapan aktiviti berpasangan.

VII. Guru telah memberikan lembaran kerja B secara individu kepada murid.

Fasa ketiga : Lembaran kerja peringkat abstrak

I. Guru telah meminta murid untuk membayangkan Model Kit Go Glove secara visual
pada tangan dan menyatakan langkah-langkah penyelesaian soalan pembundaran
dengan menggunakan gambar Glove.

II. Guru telah meminta murid menyelesaikan satu contoh soalan secara individu.

Contoh soalan. Membundarkan nombor 8 345 kepada ratus yang terdekat?

III. Guru telah berbincang jawapan dengan murid dan membetulkan jawapan mereka
sekiranya terdapat kesilapan.

IV. Pada akhir fasa ketiga, murid telah menyelesaikan lembaran kerja C yang diberikan oleh
guru.

5.0 MEMBUAT PEMERHATIAN


Pemerhatian semula Guru mencatatkan perubahan yang berlaku selepas
tindakan/intervensi dijalankan .

Contoh: hasil analisis perbandingan markah, tingkah laku (behaviour), sikap


(attitude), disiplin, motivasi, gambar, video, kaedah pengajaran sebelum dan
selepas tindakan/ intervensi dilakukan sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

(Refleksi keseluruhan kajian)


i. Jika objektif telah tercapai, guru mencatatkan refleksi mengapa beliau berpuas
hati dan kajian tindakan

.......................................................................................................................................
.....................................................................................................................................

ii. Jika objektif tidak tercapai, guru mencatakan refleksi mengapa objektif/ sasaran
tidak tercapai dan

mencadangkan perancangan alternatif yang lebih praktikal dan ulang kembali


proses refleksi di 4.2 hingga selesai kitaran untuk menentukan objektif yang
asal/baharu tercapai.

Contoh
ANALISIS DATA

Pentaksiran bertulis (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Saya telah mentadbirkan ujian pra dan ujian pasca kepada tiga orang peserta

kajian saya sebelum dan selepas sesi tindakan. Soalan bagi kedua-dua ujian ini adalah

sama dan markah penuhnya ialah 15. Jadual 6 dan Rajah 6 menunjukkan

perbandingan pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 6

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Murid Ujian pra Ujian pasca Perbezaan Catatan


(%) (%) markah
A 40 100 60 Peningkatan
Markah
B 40 100 60 Peningkatan
Markah
C 33 100 67 Peningkatan
Markah
120

100 100 100


100
Markah Murid (%)
80

60

40 40
40 33

20

0
A B C

Peserta Kajian

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 6. Pencapaian Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Peserta Kajian.

Berdasarkan Jadual 6 dan Rajah 6, semua murid telah menunjukkan peningkatan


markah dalam ujian pasca dibandingkan dengan ujian pra. Dua orang peserta kajian
yang mendapat 40 markah dalam ujian pra telah mendapat 100 markah dalam ujian
pasca. Murid C yang mendapat 33 markah dalam ujian pra telah mendapat 100 markah
dalam ujian pasca sekaligus mencatat perubahan markah tertinggi dengan memperoleh
perbezaan 67 markah. Perubahan dan peningkatan markah dalam ujian pasca sedikit
sebanyak dapat menunjukkan bahawa Kaedah Glove ini dapat meningkatkan
kemahiran pembundaran nombor bulat murid-murid ini.

Semakan Latihan (Lembaran Kerja)

Saya telah mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dalam setiap fasa
tindakan yang telah dijalankan. Tujuanya adalah untuk memantau pencapaian peserta
kajian dalam penguasaan konsep pembundaran nombor bulat dengan menggunakan
Kaedah Glove, gambar Glove dan Lembaran Kerja.

Jadual 7

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3


Murid
Bilangan (%) Bilangan (%) Bilangan (%)
Soalan Soalan Soalan
Yang Yang Yang
betul (9 betul (9 betul (9
soalan) soalan) soalan)

A 9 100 9 100 8 89

B 9 100 9 100 8 89

C 9 100 9 100 9 100

100
90
80
Jadual 7
70
Peratus Markah

60
peserta
50 kajian
40
dalam
30
20
10
0
A B C

Peserta Kjian

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3


Rajah 7. Perbandingan pencapaian murid dalam lembaran kerja sepanjang fasa
tindakan
lembaran kerja semasa fasa tindakan dijalankan. Pola pencapaian murid C
menunjukkan pencapaian markah yang sama dengan mendapat semua soalan betul
dalam ketiga-tiga lembaran kerja yang diberikan. Manakala, murid A dan murid B
menunjukkan pencapaian markah yang tidak sama, di mana terdapat penurunan
markah dalam Lembaran Kerja fasa tiga

Refleksi Kajian
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, Model Kit Go Glove memang
meningkatkan kemahiran murid dalam pembundaran nombor bulat. Ia juga
membuktikkan objektif kajian saya tercapai.

6.0 MEREFLEKSI
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang
mungkin telah menyebabkan berlakunya perkara yang diperhatikan di 5.0. Kenal pasti
punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri dan fikirkan jalan penyelesaian. tamat
dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan beliau sendiri pada masa
akan datang.

Pada pendapat saya kekuatan kajian ini adalah perancangan tindakan yang rapi
mengikut susunan yang sesuai telah membantu saya mencapai objektif kajian ini.
Pembahagian pelaksanaan tindakan kepada tiga fasa yang sesuai dengan tahap
keupayaan murid telah membantu saya melaksanakan kajian dengan lebih teratur dari
segi pengajaran dan pembelajaran. Fasa pertama tindakan, penggunaan bahan kokrit
Model Kit Go Glove telah membantu murid untuk menguasai dan memahami kemahiran
pembundaran nombor bulat dengan lebih mudah dan cepat. Pernyataan ini disokong
oleh Saunders (1974, seperti dinyatakan dalam Khoo, 2014). Sebelum ini, saya kurang
mengaplikasikan penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran kerana saya
beranggapan bahawa penggunaan bahan konkrit hanya membebankan guru dan murid
kerana ia hanya pembaziran masa dengan menggangu penumpuan murid semasa
pengajaran. Selepas fasa pertama dilaksanakan, saya sedar bahawa penggunaan
bahan konkrit akan membantu murid memahami kemahiran pembundaran nombor bulat
dengan lebih mudah.

Cadangan Kajian Seterusnya

Berdasarkan hasil pelaksanaan kajian tindakan ini, saya mencadangkan Kaedah


Glove ini dijadikan sebagai satu courseware supaya konsep nilai tempat juga dapat
diterapkan. Dengan menyediakan courseware, Kaedah Glove boleh digunakan oleh
murid tahun 1 hingga tahun 6 sekaligus penggunaan teknologi dan maklumat juga
boleh diterapkan.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulanya, pengajaran dan pembelajaran yang beransur maju daripada
penggunaan bahan konkrit, semikonkrit ke abstrak adalah sesuai untuk murid
kumpulan sasaran saya kerana konsep pembundaran yang abstrak memerlukan
sesuatu bahan manipulatif untuk mengajarnya dan penyampaian pengajaran
secara berperingkat ini membolehkan murid-murid membina pemahaman yang
mendalam.

Anda mungkin juga menyukai