Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI MENYELURUH TERHADAP PROJEK LITERASI Semasa melaksanakan tugasan Folio Numerasi ini, saya telah menerima banyak

faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang Numerasi dari segala segi yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga mula merasai kepentingan Folio Numerasi ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah, walaupun saya mengambil pengkhususan di dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan namun, saya pasti pengetahuan berkaitan NUMERASI yang saya dapati dari Folio Numerasi ini, sedikit sebanyak akan membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan matapelajaran NUMERASI ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi membimbing anak bangsa selain melahirkan modal insan yang sempurna. Selain itu, melalui proses menyiapkan Folio Numerasi ini, ia telah membuatkan hubungan silaturrahim antara saya dan rakan-rakan semakin rapat. Sikap toleransi dan kerjasama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan Folio Numerasi ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai