Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI NAMA : MAZNIDATUL AKMAR SYIHAN BIN JANI (831230-01-6209)

Bersyukur kepada Tuhan dengan izinNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Sebelum ini saya banyak pendedahan dan pengalaman yang melibatkan penyertaan persatuan. Walau bagaimanapun persatuan berkaitan seni dan budaya terutamanya aktiviti-aktiviti muzik merupakan perkara baru bagi saya. Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang seni dan budaya amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet, perpustakaan dan perbincangan sesama rakan ahli kumpulan serta pensyarah.

Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang telah diberikan ini .Sebagai seorang bakal pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai seni dan budaya untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk menguruskan sesuatu persatuan. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarahpensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai