Anda di halaman 1dari 8

SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

Penghargaan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Transkrip Temubual 3

3.0 Dapatan Temubual 5

4.0 Kesimpulan 6

5.0 Rujukan 7

6.0 Lampiran 8

1
Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut Pendidikan


Guru Kampus Bahasa Melayu kerana memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan
tugasan projek bagi kursus Budaya dan Pembelajaran (EDUP 3073). Kalungan budi dan
junjungan kasih saya kalungkan kepada pensyarah saya Encik Zulkifly bin Hussin atas
segala penerangan dan tunjuk ajar yang beliau berikan sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini. Sesungguhnya, tugasan ini tidak dapat saya siapkan tanpa tunjuk ajar beliau.

Seterusnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua ibu


bapa saya Encik Raganathan dan Puan Parameswary yang banyak memberi sokongan
moral dalam menghasilkan kerja kursus ini. Walaupun hanya dari jauh sokongan dan
dorongan yang telah mereka beri banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga rakaman penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang


sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan serta bertukar pendapat dan idea
dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

Secara tuntasnya, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambah ilmu pengetahuan disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab
dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu, saya juga berharap bahawa
tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri sendiri terutamanya kepada pembaca agar
kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan
maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat
setempat khususnya.

2
1.0 PENGENALAN
Budaya dapat ditakrifkan sebagai suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan,
kepercayaaan, seni, tatasusila, serta sebarang tingkah laku yang dipelajari oleh manusia
sebagai ahli sesebuah masyarakat (Tylor, 2017). Kamus Dewan Edisi Keempat pula
mengistilahkan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, cara
perlakuan dan sebagainya. Maka secara umumnya budaya dapat diertikan sebagai suatu
cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai, adat resam dan pantang larang
yang diturunkan daripada satu generasi ke generasi baharu.

Kepelbagaian sosiobudaya di negara kita ini wujud kerana terdapatnya pelbagai jenis
kaum dan etnik yang mempunyai budaya yang tersendiri. Kepelbagaian sosiobudaya dalam
masyarakat majmuk akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan
sistem pendidikan umumnya (Ting Len Siong, 2013). Program sosiobudaya yang
dianjurkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu pastinya dapat memberikan
impak positif kepada semua guru pelatih. Sejajar dengan itu, saya menemu bual seorang
pensyarah yang bernama Puan Vijayaletcmy a/p Muniyandy daripada Jabatan Pengajian
Melayu untuk mengetahui implikasi progarm kepelbagaian sosiobudaya yang diadakan di
institut ini.

2.0 TRANSKRIP TEMUBUAL

Tharssinee : Selamat pagi Puan Vijaya. Boleh anda luangkan sedikit masa untuk saya
menemubual
anda mengenai program sosiobudaya yang dijalankan di institut kita?

Pn Vijaya : Selamat pagi Tharssinee. Ya dipersilakan. Saya akan cuba bantu sebaik mungkin.

Tharssinee : Apakah pendapat puan mengenai konsep budaya?

Pn Vijaya : Pada pendapat saya, budaya merupakan cara hidup seseorang termasuk adat
resam,
nilai dan cara pemikiran.

Tharssinee : Baik puan. Budaya itu merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan

3
seharian kita. Seterusnya, apakah program kepelbagaian sosiobudaya yang
dianjurkan di institut kita?

Pn Vijaya : Institut kita telah menganjurkan pelbagai program bagi membantu guru pelatih
mengenali budaya kaum lain. Contohnya, sambutan tahun baru cina, sambutan
perayaan deepavali, budaya moral, sambutan iftar dan hari raya aidilfitri.

Tharssinee : Berdasarkan pendapat puan, apakah kebaikan yang akan diperoleh oleh guru pelatih
sekiranya mereke melibatkan diri dalam sambutan sebegini?

Pn Vijaya : Program ini dapat meningkatkan silaturahim antara kaum kerana dengan adanya
program seperti ini pelajar akn bekerjasama dalam menjayakan sambutan ini.
Mereka
juga akan menerapkan nilai murni seperti bekerjasama dan bertolak ansur ketika
berganding bahu memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Tharssinee : Saya sokong dengan pendapat puan. Kita dapat lihat betapa meriahnya sesuatu
sambutan hasil gabungan idea pelajar yang berbagai kaum. Pelajar juga secara
sukarelanya mendaftarkan diri dalam tarian cina demi menimba pengalaman dan
mengenali budaya masyarakat Cina.

Tharssinee : Puan selain daripada sambutan perayaan, program apakah yang memainkan
peranan
dalam meningkatkan sosiobudaya antara kaum di institut ini?

Pn Vijaya : Saya rasa program Malam Ekspresi Budaya dan program Budaya Moral
memberikan
kesan yang mendalam dalam diri guru pelatih. Malam Ekpresi Budaya membolehkan
pelajar memupuk minat dalam bidang tarian di samping mengenali tarian pelbagai
kaum di Malaysia. Selain itu, program Budaya Moral pula membincangkan isu
semasa
supaya pelajar tidak seperti katak di bawah tempurung dan menerapkan sifat
berdikari
dalam diri pelajar. Perkara ini kerana saya melihat pelajar yang mengendalikan
segala-
galanya dalam program itu dari segi mengambil kehadiran sehingga
membentangkan

4
tajuk. Pensyarah cuma menjadi penasihat dan membantu murid. Sikap kepimpinan
ini
akan membantu pelajar pada masa hadapan apabila mereka menjejakkan kaki di
sekolah sebagai seorang guru.

Tharssinee : Saya sangat setuju dengan pendapat puan. Program sebegini membawa kebaikan
yang amat kepada guru pelatih dari segi memupuk nilai murni dan meningkatkan
silaturahim antara kaum. Baiklah sampai sini sahaja sesi temu bual kita. Terima
kasih
atas masa yang diluangkan serta perkongsian ilmu sebentar tadi. Saya amat
menghargainya.

Pn Vijaya : Sama-sama. Saya juga gembira kerana dapat membantu Tharssinee dalam
menjayakan kerja kursus.

Tharssinee : Terima kasih puan dan jumpa lagi.

3.0 DAPATAN TEMUBUAL

Berdasarkan temubual dengan Puan Vijayalechmy, beliau berpendapat bahawa


kepelbagaian sosiobudaya dapat menanamkan pelbagai nilai baik dalam diri guru pelatih.
Program sebegini dapat menanamkan penghayatan terhadap amalan budaya kaum lain.
Misalnya dengan adanya sambutan tahun baru cina pelajar dapat memahami asal usul
perayaan ini diraikan dan pantang larang yang perlu diamalkan ketika musim perayaan.
Secara tidak langsungnya, program ini akan menerapkan sifat bertolak ansur dalam diri
murid. Selain itu, program kepelbagaian sosibudaya dapat memupuk nilai murni dalam diri
murid seperti sikap bekerjasam dan tolong menolong dalam menjayakan sesuatu program.
Sesuatu program yang dianjurkan akan melibatkan semua kaum untuk berganding bahu
dalam merancang sambutan ini seperti menjadi pengacara majlis, pengurus cenderamata,
pengurus persembahan dan sebagainya. Program ini pastinya dapat membantu pelajar
saling memahami budaya dan tradisi kaum lain dan mengelakkan daripada melakukan
perkara yang dapat membangkitkan isu perkauman. Misalnya, ramai pelajar yang bukan
beragama Hindu telah memakai sari atau ‘pavadai thani’ untuk persembahan Bollywood
pada sambutan Hari Guru dan Pencak Bunian.

5
Program Malam Ekspresi Budaya merupakan antara program yang paling penting
dalam pertukaran budaya. Malam Ekspresi Budaya bukan sahaja menggabungkan semua
guru pelatih malah menggabungkan guru pelatih daripada semua Institut Pendidikan Guru
(IPG) di seluruh Malaysia. Setiap IPG akan menghantar beberapa kumpulan untuk membuat
persembahan di institut ini daripada pelbagai jenis tarian. Misalnya, IPG Kampus Teknik
telah membuat persembahan Tarian Zapin dan Tarian Moden. Perkara ini akan
meningkatkan integrasi kaum dengan adanya pelbagai jenis tarian yang merangkumi Tarian
Sumazau. Program ini akan memupuk minat guru pelatih dalam bidang tarian di samping
mengenali budaya kaum lain.

Selanjutnya, beliau juga turut berkongsi berkaitan budaya moral yang diadakan pada
setiap hari jumaat dapat memanfaatkan semua guru pelatih. Hal ini kerana pelbagai isu
semasa akan dibincangkan dalam sesi tersebut yang membolehkan guru pelatih sedar dan
tidak ketinggalan dengan perubahan sedunia. Misalnya, tajuk seperti ‘ Laman Sosial
Instagram dalam Kehidupan Seharian’ dapat menyedarkan pelajar mengenai kebaikan dan
keburukan dalam menggunakan laman sosial. Etika seseorang individu itu perlu djaga
dengan tidak berkongsi serta menularkan perkara yang tidak sahih dalam laman sosial.
Tambahan pula, program ini juga dapat melahirkan pelajar yang berdikari serta
berkepimpinan tinggi. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar IPGKBM dan
pensyarah akan membantu sebagai penasihat sahaja. Pelajar akan membentang tajuk yang
diberikan kepada guru pelatih yang lain. Perkara ini secara tidak langsungnya akan
membina keyakinan diri seseorang yang akan membantu mereka kelak sebagai seorang
guru di sekolah.

4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, program kepelbagaian sosiobudaya dapat membawa manfaat kepada guru


pelatih dan pensyarah dalam mengenali budaya dan tradisi kaum lain. Konsep kepelbagaian
sosiobudaya di Malaysia perlu diperkenalkan dan ditanamkan di jiwa pelajar sejak mereka
masih kecil lagi. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, adat resam dan latar
belakang perlu disatu padukan sehingga boleh membentuk satu integrasi nasional ( Noriati
et. al, 2011). Dengan adanya pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat lain, mereka
akan dapat menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama dan toleransi
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Jika sikap ini telah kukuh dalam setiap jiwa warga
Malaysia wawasan  untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersatu padu,
mempunyai masyarakat yang mempunyai nilai moral yang kukuh, hidup secara demokratik,
liberal dan bertolak ansur, penyayang serta adil akan terlaksana selaras dengan hasrat

6
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan masyarakat yang holistik dari segi
jasmani, rohani, intelek dan sosial (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013).

5.0 RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2013). Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Johnathan. (2016, Mac 6). Course Hero. Retrieved from Laporan Temubual:
https://www.coursehero.com/file/28194570/laporan-temubualdocx/

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati Abdul Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad et. al. (2011).
Budaya

dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Tylor, E. B. (2017). Religion and Culture. London: Sutherland Bloomsbury Publishing.

Ting Len Siong. (2013). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn

Bhd.

7
6.0 LAMPIRAN

Gambar menunjukkan sesi temu bual yang dijalankan bersama Pensyarah


Jabatan Pengajian Melayu IPGKBM Puan Vijayaletchmy

Anda mungkin juga menyukai